5 Amalan-amalan yang boleh diamalkan sebelum Hamil.


Assalamualaikum Readers & Friends.

Tak habis-habis kan isu tentang anak ni? Aku kadang rasa rimas kalau bercerita tentang ni sebab akan trigger anxiety dan depression aku. Dan tak habis-habis isu anxiety aku ni. Yerp! bukan senang nak buang si anxiety dan si depression ni tau. Bukan senang tapi macam aku pernah cakap, semua kerja Allah . Jadi aku positifkan diri sendiri dan yakin Allah tahu dan akan bantu. 

Isu anak ni kadang boleh gaduh suami isteri, bermasam muka sesama kawan, terasa hati sesama mentua, dan in the end it create satu perasaan yang tak best. dendam, iri hati, sakit hati dan sebagainya.

Tanyalah aku ni, 7 tahun of waiting macam-macam perasaan. Lagi-lagi bila orang sekeliling asik beranak pinak. Sedangkan kau masih beranak satu. Tapi semua ni mengajar aku lebih bersabar dan menghargai apa yang Allah dah beri pada aku. Ajar aku bersyukur dan sentiasa redha. Anak ramai, senang mengandung bukan penentu atau ukuran kehebatan dan kelebihan. Tapi lagi aku diuji lagi aku sayangkan anak solehah yang sorang tu dan makin aku menghargai si Babah. 

Aku ditanya tentang apa aku buat untuk mengandung dulu. 9 tahun lepas punya cerita aku nak kena flash back balik pulak ahahaha. Cuma aku bagitau kat sini, nak mengandung yang sorang tu punya lah banyak yang aku buat. Mental Emosi semua terganggu. Basah sejadah setiap kali doa, berhabisan duit jugak. Yes! Allah uji aku dan si babah masa tu dan diuji lagi masa sekarang.

Aku suka share apa aku buat. Walaupun Allah belum pilih aku untuk mengandung lagi, tapi aku harap sharing ni dapat jadi ladang pahala buat aku bila ada yang dapat manfaat daripadanya dan aku yakin, masa aku akan sampai nanti :)

Aku nak share amalan-amalan yang kita boleh buat sebelum mengandung atau cara cepat untuk Allah makbulkan permintaan kita nak mengandung. Kita back to Allah. Kalau kita dah buat macam-macam, jaga makan, jaga emosi, makan supplement, buat rawatan, pergi berurut sana-sini tapi masih tak mengandung, kita back to Allah dan berserah, sebab Allah tahu kita dah usaha macam-macam, Dia tengok semua tu.

Sebelum kita nak mengandung tu, benda pertama kena ubah ialah diri sendiri. Bacalah al-Quran walau 2 pages sehari. Sebab apa? Sebab inilah yang akan jadi penguat diri. Jadi tembok penghalang negativity. Kalau baru-baru kawin, kita tak terasa sangat kalau masih belum mengandung. Tapi kalau dah masuk tahun ke-2 dan seterusnya, hal mengandung ni boleh buat gaduh. Masa ni lah Allah nak uji dan Syaitan Iblis nak hasut. Bila kita dah biasa baca Quran, automatik masa kita mengandung nanti kita akan sentiasa baca Quran, AL-Quran membantu mengimbangkan emosi . Kalau kita penat, kita akan stress, kalau stress orang kata susah nak lekat. Jadi bila ambil wuduk, solat dan baca Al-Quran, kita rasa tenang. Lepas baca tu doalah, InsyaAllah Allah dengar :)

Banyakkan bersedekah. Aku ingat lagi masa aku dan si babah usaha nak dapatkan Airis dulu, kami jadikan sedekah ni  rutin. Lepas sedekah kami doa. Doa sekali semoga nanti anak kita pun rajin bersedekah. Alhamdullilah, Airis kalau jumpa tabung sedekah, dia memang akan masukkan duit dalam tu. Itu yang aku perasan. Dia suka memberi. 

Doakan orang lain. Konsep mendoakan orang lain ni aku suka sangat. Sebab bila kita mendoakan orang lain, malaikat pulak akan mendoakan kita. Aku tahu ramai orang sekeliling aku yang nak anak, dan aku tahu kisah dan struggle mereka, jadi mereka selalu dalam doa aku. Bila aku dapat tahu yang mereka mengandung, aku happy dan aku syukur sangat mungkin asbab doa aku yang Allah makbulkan . Sebab kadang kita taktahu, mungkin ada waktu-waktu kita doa tu waktu mustajab dan aku yakin, bila-bila masa nanti turn aku pulak :) Bila aku dengar berita-berita baik ni, aku akan doakan aku sekali. 

"Ya Allah, izinkan pulak aku rmerasa rezeki yang ini sebagaimana kau berikan nya pada si dia" 

Selalu bersyukur. Walau kita belum dikurniakan anak atau doa kita masih belum makbul, bersyukuklah. Sebab Allah sebaik-baik yang mengetahui. Tengok sekeliling kita, cari satu point yang kita perlu bersyukur. Aku bersyukur, aku ada anak sorang, cost sara hidup tak telalu tinggi, aku tak perlu fikir itu ini, aku tetap ada sorang anak yang akan doakan aku bila aku dalam kubur nanti. Itu lah satu yang aku kena curah kasih sayang dan didik sebaik mungkin. 

Minta dekat Allah tunjukan kita satu pemandangan yang buatkan kita rasa bersyukur dan doa pada Allah agar jadikan hati kita ni sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat, rahmat mahupun ujian.

Cuci kolam jiwa. Benda paling susah nak buat. Jadi banyak-banyak solat taubat, solat tahajud dan duha. Semua ni pembuka pintu rezeki. Anak juga rezeki, jadi buatlah semua ni, InsyaAllah sampai masanya nanti Allah makbulkan doa-doa kita :)

Teruskan berdoa. Jangan putus asa. Doa dengan yakin dan sepenuh hati. Sentiasa bersangka baik dan jangan ragu-ragu sedikit pun dengan Allah. 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Aku pun masih cuba istiqomah. Lagi satu, walaupun kita dah buat semua ni tapi masih tak dikurniakan anak, jangan mengeluh, buatlah kerana Allah. Buat sebab kita sayangkan Allah dan bukan sebab nak anak semata. Allah lebih tahu bila masa-masanya yang sesuai Dia nak beri dan ada sebab-sebabnya kenapa Dia masih belum beri. 

Kisah TTC aku dari dulu sampai sekarang  ajar aku banyak perkara. Masa aku struggle nak anak 9 tahun lepas (aku kahwin tahun 2011) banyak ujian Allah beri. Setiap tahun aku mengharap, tak berhenti mengharap. Aku sangat beremosi bila aku tak mengandung, aku kerap persoalkan kenapa Allah tak makbulkan doa aku, aku keep tanya kenapa susah sangat aku nak mengandung sedangkan orang lain tak perlu bersusah payah pun. Aku create rasa iri hati dekat orang yang mengandung, aku jadi murung. Aku salahkan diri aku sendiri dan dalam bab rumahtangga lagilah worst.

Bila aku teringat baik, mengucap panjang. Bila dah lama-lama baru aku nampak hikmahnya. Allah tak kurniakan kami anak diawal perkahwinan sebab masa tu ekonomi kami tak stabil, si babah pulak selalu outstation, kalau tak outstation pun dia kerja 24/7. Aku selalu balik lewat malam sebab nak tunggu dia ambil dekat office masa tu. Gaji aku dan gaji dia tak seberapa. Kadang makan pun bersukat. Allah nak beri aku dan si babah masa untuk kenal hati budi memasing, beri ruang pada diri memasing sebab bila ada anak, semua akan turn around 360

Aku banyak dengar keluhan kawan-kawan aku yang anak ramai, me time tak ada, nak rehat pun waktu malam je, tu pun bila anak semua dah tidur, anak sakit satu hal, sekolah satu hal, belum lagi isu duit, masa dan lain-lain. Yep, k-e-l-u-h-a-n .

Lepas hampir 3 tahun kahwin, si babah dah tak outstation jauh, aku pulak dapat kerja tempat baru yang gaji lebih baik, keadaan semua baik-baik barulah aku mengandung.

Aku nak bagitau kat sini, Allah akan makbulkan doa kita dan akan beri pada masa yang sesuai, yang betul. Tapi andaikata Dia tak beri, bukan bererti Dia tak sayang kita atau abaikan kita, Dia akan beri rezeki yang lebih baik dan yang lebih perlu terlebih dahulu. 

Macam aku sekarang ni, aku tahu Allah akan beri rezeki anak kedua bila-bila Dia rasa dah sampai masanya, dan tugas aku sekarang ni ialah fokus amal ibadah aku sebab inilah yang akan menjamin kehidupan aku dan keluarga aku nanti. Lain-lain aku berserah. Andai kata Airis seorang je anak aku, aku redha dan aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada seorang anak yang akan mendoakan aku nanti. Dan amanah ini lah yang aku kena jaga, kena didik dengan baik. InsyaAllah

Dah baca sharing aku tentang kelima-lima amalan sebelum hamil ni, nanti aku share pulak tips kira waktu subur :)

Amalan ni kita buatlah bersama suami, lebih berkat insyaAllah.


" Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

(Yusuf 12:87

Aku doakan, sesiapa yang baca posting aku ni dan tengah berusaha untuk mengandung, semoga kalian dikurniakan anak yang ditunggu-tunggu dan anak yang menjadi penyeri rumahtangga kalian, anak yang membawa rezeki dan soleh solehah. aaminn  


0 comments