Nama Aku Fa Zahirah


https://wondermamyfablog.blogspot.com/

"𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓫𝓮𝓰𝓲𝓷𝓼 𝓽𝓱𝓮 𝓶𝓸𝓶𝓮𝓷𝓽 𝔂𝓸𝓾 𝓭𝓮𝓬𝓲𝓭𝓮 𝓽𝓸 𝓫𝓮 𝔂𝓸𝓾𝓻𝓼𝓮𝓵𝓯"

19 Januari 2020, masuklah umur mamy 35 tahun dan mamy rasa Syukur & Happy :)

Dalam umur 35 tahun, alhamdullilah i am a wife & a mom. Walaupun kebanyakkan kawan mamy by umur 35 anak dah berduyun, mamy syukur Allah kurniakan mamy dengan seorang cahaya mata yang jadi penyeri rumahtangga mamy  dan mamy dah settledown banyak perkara, walaupun bukan full 100% but, alhamdullilah satu persatu Allah mudahkan.

TTC hampir 3 tahun & Allah kurniakan mamy rezeki Airis dan bermulalah kehidupan mamy sebagai WAHM ( Working at home mom!)

Januari permulaan bulan setiap tahun dan pertambahan umur untuk mamy, 7 tahun lepas, pada bulan yang sama mamy bergelar mak (walaupun Airis lahir on Dec tapi dia lah birthday present paling best Allah bagi kat mamy!)

35 ɪꜱ ᴊᴜꜱᴛ ᴀ ɴᴜᴍʙᴇʀ!

Walaupun umur nampak "lanjut" dan adalah beberapa "bunyian" yang kata umur 35 tahun dah terlalu "tua" untuk tambah anak dan mungkin akan jadi macam-macam masalah kalau pregnant dan time melahirkan atau anak mungkin lahir tak cukup bulan .. yada..yada..yada.. 

Mamy pekakkan saja telinga! Biasalah mulut orang mana boleh tutup kan? 

Hampir 7 tahun mamy TTC (Try to conceive) tapi every month hanya tangisan yang mamy mampu share dengan si Babah. Every time nampak kawan-kawan, kenalan atau family yang share berita kehamilan, hanya Allah tu yang tahu apa yang mamy rasa & in the same time, doa sambil nangis. Siapa yang pernah rasa taulah ape perasaan mamy setiap kali dengar dan nampak "good news" orang sekeliling.

Tahun ini macam tahun-tahun sudah, masih yang sama, berdoa dan berharap. Tapi 35 tahun ialah umur 'matang' jadi kenalah jadi matang. Ambil mana yang baik dan LET GO mana yang tak baik dan menyakitkan hati. Mamy belajar ape itu REDHA dan percaya setiap yang terjadi mesti bersebab. 

Nak belajar hati redha bukan benda yang senang nak buat walaupun nak sebut redha tu senang. So ape mamy buat ialah sentiasa ajar diri "Memaafkan semua orang" sebab inilah satu cara permulaan kita nak belajar REDHA

Sebab bila kita memaafkan semua orang, hati kita jadi lebih tenang, ape je yang datang dekat kita, kita mudah letgo

Bila hati tenang, muka pun berseri je (takde lah nampak tua kan? )

Bila masuk umur 35 tahun ni, keinginan mamy more to ibadah. Bukan nak menunjuk tapi benda ni datang semulajadi. Rasa nak baca Quran setiap hari dan suka dengan hal-hal berkaitan cara mendekatkan diri dengan Allah. Mamy hadiahkan diri mamy dengan senaskah Al-Quran juga, bukan tak ada al-quran tapi mamy obsess dengan Al-Quran. Belajar setiap terjemahan dan memahami maksud ayat dalam Quran.

Apa yang jelas, i just be my self. I'm still working on lot of things, masih banyak benda nak belajar dan nak capai (perjalanan Auroma Scents masih jauh!) tapi tahun 2020 ni lebih baik dari tahun lepas dan sebelumnya. 

Dalam usia 35 tahun ni  mamy lihat wajah mamy dekat cermin tanpa make-up, dengan eyebag sebakul, jeragat sekampung, lemak ternak dengan jayanya tapi Mamy bersyukur sangat sebab Allah beri nikmat rezeki dalam pelbagai sudut dan bentuk. 

فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ?Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan

35. Mamy sayang diri mamy, mamy makin kenal siapa diri mamy, i'm a good mom, wife and friend. Mamy bukan seorang yang perfect tapi i'm still learning to be better each day, InsyaAllah