Lullabies Balm, Balm untuk Kulit Halus Bayi

 Assalamualaikum Readers & Friends |
Alhamdullilah dah hampir habis tahun 2020 dah. Sekejap je aku rasa berlalunya tahun ni. Tahun yang mencabar aku rasa. Ramai yang terkesan dengan si Corona ni. Ramai yang dibuang kerja, ramai yang bisnessnya merundum. Yes! tahun 2020 ni diimpikan tahun kejayaan tapi rupanya tahun kegagalan, kemerosotan kebanyakkan orang. 

Alhamdullilah, perniagaan Auroma Scents aku masih kukuh, tipulah kalau tak terkesan, cuma aku percaya Allah tu sentiasa melihat keadaan hambaNya, Dia uji untuk beri lebih banyak. Aku pegang dalam diri, lagi Allah uji, lagi besar rezeki dan rahmat Dia nak beri. 

Sejak aku start buat balm dan jual, macam - macam ujian aku, ups and down. Tapi lebih banyak downnya, lebih melimpah ruah rezeki yang masuk. Kuncinya SABAR . Tipsnya, bila kita tak ada sales sekian-sekian hari, tandanya Allah nak kita mendekatiNYA. Mungkin masa sales beribu-ribu sehari tu kita leka banyak, solat pun ala kadar, baca quran pun tak sempat, sibuk memanjang kan? Jadi Dia panggil kita dengan cara ni lah. Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. 

Bila cerita tentang Balm Lullabies ni, aku teringat masa memula aku buat balm untuk si Airis. Walaupun aku belajar dari sahabat baik aku (seorang founder balm baby terkenal sekarang ni) tapi aku tak berhenti kat situ je, aku belajar lagi lebih lagi untuk dapatkan kelebihan balm yang aku buat. Dari formulanya, bahan-bahannya dan Essential oil yang aku guna dalam Lullabies balm ni hasil dari RnD dan uji kaji aku. Sampailah terhasil Lullabies Balm (dibawah jenama Auroma Scents) yang korang guna sekarang ni.

Masih tak berhenti setakat tu, aku masih lagi kaji formula dan naik taraf balm-balm Lullabies supaya ianya lebih berkualiti dan lebih baik dari sebelumnya. Sebab itu #feedback dari customer #Lullabiesbalm amat-amat aku hargai dan salah satunya untuk aku menambah baik lagi produk yang sedia ada.

Lullabies balm ialah balm yang selamat untuk kulit halus bayi dan baik untuk ibunya juga. Menggunakan bahan semulajadi seperti Minyak Bunga Matahari dan Cocoa Butter untuk menjaga dan melindungi kelembapan kulit dan formulanya yang sesuai untuk kulit sensetif bayi. Lullabies balm ialah 1 produk penjagaan kulit bayi yang BEBAS dari bahan kimia merbahaya dan sintetik dan segala bahan-bahan yang tidak baik untuk kulit bayi.(PARABENS,FRAGRANCES, DYES dan lain-lain)

3 BALM LULLABIES UNTUK BAYI BARU LAHIR


Bila sebut tentang bayi baru lahir, bagaikan nightmare untuk aku. Ialah, Si Airis jenis yang melalak start pukul 12 malam bawak ke subuh. Sejenis yang kerap kembung, kerap melalak, senang beruam dan kuat mengempeng! 

Sebab itu, dalam pemilihan 3 jenis balm untuk BABY SET ini aku pastikan ibu beranak kecik akan dapat 1001 manfaat dan memudahkan urusan menjaga baby dan diri sendiri (berpantang) . Bila si ibu dapat rehat yang cukup, baby mudah terurus, emosi pun stabil dan tak cepat stress. :)

Balm-balm dalam Baby Set ni juga boleh pack siap-siap dalam beg baby, beg hospital, beg bawak pergi nursery. Senang!

1 . BABY BALM

Istimewanya baby balm ni, satu balm untuk semua. Kalau selalu kita dah biasa guna minyak bayi, minyak kayu putih & yuyi atau vapor rub, dengan Baby Balm ni boleh sekali sapu. Baby balm boleh disapu dari head to toe! Boleh dijadikan minyak rambut bayi. Dengan formula kurang berminyak dan cepat meresap, Geranium.Lavender Essential oil yang terdapat dalam Baby balm ni membantu melebatkan rambut bayi, Lavender Essential oil membantu bayi dapat tidur lebih lena, Lemon Essential oil membantu mengurangkan batuk & selsema mild pada bayi. 

Gunakan Baby balm sebagai massage balm setiap kali sebelum tidur untuk membantu bayi tidur lebih lena dan ibu dapat rehat yang cukup :) 

Buat sekali Bedtime Routine setiap malam untuk korang bonding dengan bayi korang. 

2. WOBBLES TIME BALM

Anak sembelit, kembung perut, cirit birit itu normal. Tapi kalau sampai susut badan, taknak menyusu, kita kenalah bawa dia jumpa doktor. Risau ada jangkitan pada usus atau kuman/virus.

Airis sejenis kerap kembung. Sampai sekarang. Sebab aku menyusukan dia masa dia baby, aku kena jaga makan dan pantau pengambilan makanan aku. Aku tak terfikir pun sayur taugeh tu boleh jadi penyebab si Airis kembung perut dan melalak satu hari. huhuhu. Tapi itulah pengalaman aku, dalam hampir 5 bulan jugak lah aku tak makan taugeh padahal tu sayur faveret aku!

Wobbles Time Balm ni membantu meredakan kembung perut, sembelit dan cirit birit pada bayi. Bila bayi kembung perut, dia akan rasa tak selesa & merengek. Setiap kali lepas mandi (pagi dan petang) sapukan Wobbles Time Balm ni dari perut sehingga tapak kaki. Bahagian perut buat urutan I LOVE U , di peha dan betis sapu arah kebawah sehingga tapak kaki. Urut sekali bahagian tapak kaki tu. 

Kalau sebelum ni kita sapu minyak yang berangin, cuba gantikan dengan Wobbles Time Balm yang tak berangin tapi berkesan untuk mengurangkan kembung perut bayi. Dengan izin Allah :)

3- BLISS BALM

Kulit bayi memang agak sensetif dan halus, sebab itu kalau tak dijaga dengan baik, kulit akan naik ruam, terutama dekat bahagian diaper tu. Bayangkan lah kalau kita melecet kat pelipat mesti tak selesa dan sakit kan? Bayi yang tak boleh cakap hanya menangis dan melalak je lah. Rasa tak selesa pulak tu.

Sebab itu, kena kerap tukar diaper, jangan biarkan terlalu penuh atau pakai terlalu lama. 

Aku selalu ingatkan ibu-ibu yang bayinya ada masalah ruam lampin ni supaya kerap tukar diaper, pilih diaper yang sesuai untuk kulit. Kalau boleh cuci dengan air yang mengalir, bukan guna spray bottle. Jangan lah jadi malas moms! Satu lagi, jangan guna wet wipes untuk lap punggung bayi. Cucilah dengan air mengalir walau hanya kecing je. Lebih bersih kan?

Lepas dah cuci, lap kering. Guna towel bersih, lap tu dap dap kan je, takyahlah korang pi lap kasar-kasar. Lepas dah kering baru sapu Bliss Balm. Sapu nipis je tak perlu tebal-tebal. Biarkan lalu angin lepas tu pakai diaper. Jangan ketat-ketat. Paling penting jangan sapu BEDAK sebab bedak ni akan jadi agen pengumpul kuman/bakteria dan akan buat kulit melecet lebih teruk.

Bliss Balm boleh disapu di muka juga kalau baby ade ruam susu. Sapu lah memana nak sapu, luka ke, kulit kering ke, kulit gatal & mengelupas pun boleh. Insya Allah.

Baby Set ni bukan untuk bayi je tau. Moms pun boleh jugak. Apa yang baik untuk kulit bayi, baik jugak untuk kita :) Later aku cerita tentang kegunaan untuk moms pulak ok. Cukuplah entri aku takat ni, aku banyak nak cerita tentang Lullabies ni. Sebab aku tahu balm ni dapat beri banyak manfaat untuk korang. :)

Oh ye, sekarang sampai 1 sept 2020 tengah on Merdeka Sale. Baby Set ni harga asal RM75 tapi Merdeka Sale ni akan dapat lagi pertambahan 8% off  menjadikanya RM69 sahaja!

15 hari je tau sale ni, baik korang cepat. Kalau lambat habis! Klik link Instagram untuk pembelian Baby Set Lullabies orait.



 


0 comments