Tips Anak Kembali Ke Sekolah (PKPP) Norma Baharu

Tips Anak Kembali Ke Sekolah (PKPP) Norma Baharu


Assalamualaikum Readers & Friends 

Bila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah umumkan tarikh pembukaan sekolah sepenuhnya pada 22 Julai 2020, aku antara yang tak senang duduk. 

Im not ready for this! Aku dah set kan kepala aku yang sekolah tak dibuka langsung tahun ni dan akan dibuka sepenuhnya next year. Jadi bila dah confirm sekolah akan dibuka, aku jadi anxiety. Tak habis-habis kan dengan anxiety aku ni. Tapi apa aku boleh buat? Bukan dibawah bidang kuasa aku pun kan tapi kita as parent, kalau rasa risau nak hantar anak ke sekolah, boleh bincang dengan pihak sekolah. They will understand. Sebab Virus ni bukan boleh bawak main & yes, they will understand. Dalam borang kaji selidik sekolah pun ada ruangan SETUJU atau TAK SETUJU anak masuk sekolah pada tarikh yang ditetapkan (Tapi kenalah ada reason yang munasabah) supaya pihak sekolah Take Note tidak kehadiran anak-anak korang ke sekolah.

Back to sekolah story, aku akur. Aku perlu hantar Airis masuk sekolah. Sebab anak solehah ni duduk rumah main game je kerjanya. Buka buku sekejap, siapkan homework lepas tu capai handphone, main game. Jadi, aku perlu hantar dia ke sekolah. Cuma biasalah macam-macam persoalan dalam kepala aku ni. Risau pun cukup risau, pulak lagi aku dengar, anak-anak di sekolah tak dibenarkan bergerak bebas. Dari pagi kat sekolah sampai lah balik, hanya dalam kelas. Kecuali nak pergi Toilet. Makan waktu rehat pun dalam kelas (jadi aku kena start buat balik bento dia) 

Mengikut surat rasmi sekolah, pemakaian mask (topeng muka) hanya di wajibkan untuk anak-anak yang bergejala (selsema,batuk) sahaja. Jadi anak-anak yang tak bergejala tak wajib pakai. Sebab, anak-anak kecil ni sebenarnya tak digalakan memakai mask (nanti aku cerita tentang ni detail, ada kena mengena dengan medical issue) Kalau sekolah tadika, ada kawan-kawan aku share yang anak-anak dorang guna face shield (sebab parent wajib beli face shield) pakai dalam kelas sesi pembelajaran macam biasa. Tapi sekolah rendah, menengah ni takde pulak aku dengar kena pakai face shield tapi mungkin pihak sekolah buat penjarakkan sosial 1 meter dan pantau suhu dan kesihatan anak-anak.

Tapi bagi aku, aku suruh jugak lah Airis pakai mask. kalau dalam kelas dia nak bukak aku rasa takde masalah. Pendapat aku, walaupun anak cikpuan selsema dan batuk ringan, skip sajalah sekolah. Tak perlu hadir sebab kita tak tahu tahap immuniti anak-anak ni berlainan setiap anak. Jangan selfish sangat ok.

Memandangkan aku ni seorang anxiety disorder, aku memang susah sikit nak bertenang kalau aku risau. Jadi aku nak share lah apa langkah aku ambil untuk melepaskan anak aku ke sekolah time ni.

1) Mask
Pemakaian mask ni perlu walaupun anak tak bergejala. Tapi Si Airis ni dia suka sangat garu mata, kerap selsema (sebab dia ni macam ade resdung & alergi to dust  & hama) jadi aku makesure dia pakai mask. 
Mask kena pakai yang 3 ply ( aku beli dekat Shopee - sekotak 50 keping taksampai RM50 pun) Mask kena guna yang biasa punya tak boleh yang corak-corak atau cloth mask)

2) Wet Tissue
Aku bekalkan juga, buat lap-lap tangan ke, muka ke, meja ke. Wet Tissue ni memang biasa ada dalam handbag aku, Airis pun dah biasa guna wet tissue, disebabkan makan semua dalam kelas, senang dia nak lap tangan dan mulut lepas makan. 

3) Sanitizer
Aku rasa setiap kelas memang cikgu sediakan hand sanitizer. Tapi aku bekalkan juga sebotol untuk Airis, tak perlu lah share dengan orang lain. Lagipun aku dengan Airis ni jenis kulit sensetif, bukan semua sanitizer kami sesuai. Kadang ada yang buat kulit mengelupas, aku bekalkan Airis sanitizer Imaan, sebab sanitizer ni selamat untuk kulit anak-anak (kandungan alkohol dari sumber jagung) dan tak perlu risau mengeringkan kulit sebab Imaan Sanitizer ni sekali dengan aloe vera. Lembut je pada kulit.

Pastikan anak-anak dah diajar dengan kebersihan (KERAP CUCI TANGAN) sekerap yang mungkin atau selepas keluar toilet, sebelum dan selepas makan atau buat aktiviti luar.

Ajar anak-anak amalkan PENJARAKKAN SOSIAL , ye aku tahu bukan senang nak pastikan anak-anak ni tak berkumpul sebab lama kot tak jumpa kawan-kawan dan main sama. Tapi aku rasa adalah jadi tangungjawab kita as parent untuk terangkan in detail tentang jangkitan virus ni. Supaya anak-anak ni faham. Kalau anak ke sekolah dengan Van atau Bas, pakai mask sentiasa sebab mesti anak-anak duduk beramai-ramai dalam tu kan? 

Kalau boleh hantar dan ambik anak buat sementara waktu ni lebih elok. Tapi kalau tak dapat, ikut saja SOP yang dah ditetapkan

PANTAU anak-anak. Kalau dia selsema atau batuk, skip je sekolah, tak perlu hadir . Mudahkan kerja cikgu-cikgu ye.

Ajar anak TUTUP MULUT masa batuk atau bersin dan TERUS CUCI TANGAN lepas bersin atau batuk. Sebab ITU wet tissue dan sanitizer perlu dibekalkan. Jadi anak-anak senang nak lap dan sanitize tangan sebelum ke bilik air dan cuci tangan.

Balik rumah pastikan anak-anak mandi dan bersihkan diri. Kalau aku yang anxiety ni, balik sekolah pun aku spray beg sekolah dia. Sebab tu aku perlukan sanitizer jenis spray, senang .

Setakat ini, ini saja yang aku fikir, kalau aku teringat point-point penting lagi nanti aku sharekan. Aku masih tak boleh imagine macam mana rupanya nanti tapi aku doakan semoga semuanya dipermudhkan.

Aku doa agar anak-anak kita dilindungi dari wabak virus ni dan aku doa semoga semua akan back to normal. Aaaminn

BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.”


Love
Fa Zahirah

0 comments