Thursday, September 19, 2019

Apa itu GARAM AURA?

Assalamualaikum everybody

Last post aku dah cakap nak cerita tentang Mandian Detox Aura 21 hari tapi sebelum aku cerita tentang detox Aura ni baik aku bagitau ape itu GARAM AURA dan ape keistimewaan dia dan kenapa orang sibuk suruh mandi garam.

Aku terdengar tentang mandi garam ni masa aku join IMKK Dr.Azizan Osman bila banyak kali mention tentang cuci kolam jiwa dan dia galakkan mandi garam untuk bantu cuci kolam jiwa. Sebab bila kolam jiwa kita bersih, takde iri hati, takde sakit hati, tenang je banyak benda baik akan sampai. In islam pon kita diajar untuk tak dengki-dengki dan iri hati kan? Macam mana nak bersihkan kolam jiwa ni? Dengan banyak buat solat taubat, istigfar, zikir, dan topup lah dengan mandian terapi garam.

Terapi garam ni menggunakan Garam Bukit Himalayan. Banyak manfaat yang Allah beri melalui garam ni.

Garam ni actually bantu kita tenang dan jangan tak tau garam himalaya juga bagi kita energy tau. Sebab tu lepas mandi kita rasa best, rasa fresh.

Jom ambik tau ape itu AURA.
Cc : Kak Long Diva

"AURA adalah getaran gelombang tenaga dalaman. Getaran ini berkait rapat dgn tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal"

Semakin kuat tahap tenaga ini, semakin kuatlah tarikan org terhadap kita. Apa saja yg kita lakukan akn mendapat perhatian ramai

Tarikan yg dtg kpd kita boleh dtg dlm bentuk kasih sayang, harta kekayaan, wang berjuta ataupun kesihatan yg baik. Inilah yang dipanggil rezeki.

Untuk mengaktifkan semua tarikan ini, diantara caranya ialah dengan kaedah TERAPI MANDIAN GARAM!

Apabila menggunakannya.... Makin besarlah AURA kita dan banyak manfaat yg kita boleh dapat!

AURA juga adalah sbg perisai untuk menolak tarikan negatif disekeliling kita.

AURA yg terdapat di dlm garam akan membantu membuang segala penyakit yg kita lindungi selama ini.

Inilah rahsianya "mandi garam"
Dpt besarkan Aura dapat bertambah rezeki dapat buang penyakit dan hidup sentiasa dilimpahi keberkatan dariNya.

Insha Allah dengan izin Allah.

Kenapa aku pilih garam AURA REZEKI dan tak brand yang lain?

Sebab foundernya.

Aku bukan kenal pon JM Mis Wan tu secara rapat. Aku tau nama dia pon lepas aku dok buat research pasal Aura Rezeki ni. Aku sukakan cara dia bawa diri dia dan bisness dia. Its all about the founder.
Garam ni mungkin sama je dengan garam yang lain tapi Puan JM yang buatkan garam tu jadi special. Jiwa Puan JM dan aura dia datang bersama-sama garam ni.

Garam Aura rezeki sangat terjaga pembuatannya dan dah diprogram dengan ayat-ayat Quran.

Sama macam Balm Lullabies. Kenapa korang pilih untuk beli dan repeat beli balm Lullabies kalau korang boleh dapat yang sama dengan brand yang lain? Macam tu lah bila aku beli garam Aura Rezeki ni.

Jadi nasihat aku, sayang diri sendiri. Jaga energi setiap masa dengan terapi mandian garam . Korang akan nampak perbezaannya.

Dengan izin Allah

Hugs❤️
Fa Zahirah

#ceritagarammamy


Macam mana saya terjebak dengan Mandian Terapi Garam Aura Rezeki

Assalamualaikum,
Semoga kalian berada dalam limpahan kurnia Allah s.w.t

Aku nak share posting tentang terapi mandian garam hari ni dan bilamasa aku terjebak dengan dunia terapi garam ni semua. Aku memang jenis cepat terjebak lebih-lebih lagi dalam bab-bab terapi ni, aku suka kan sesuatu yang semulajadi. Aku jenis tak depends on ubatan tapi aku more to psychology. Ade kena mengena ke? Haiss korang baca je lah sampai habis.

Sejak aku dengan dunia Essential Oil, aku banyak belajar tentang frekunsi, positif, negatif, chakra, aura, law of attraction, affirmation dan yang berkaitan lah. Aku tak layak nak komen banyak sebab elmu aku tak banyak cuma aku hanya gunakan untuk diri sendiri je dan orang sekeliling aku. For me, semua ni adalah sistem Allah, cuma it depends on cara pembawakan dan kepercayaan kita. As long kau tak buatnya sampai lari akidah dah lah. Aku percaya dalam al-quran pon ade sebut-sebut pasal semua ni cuma biasalah orang kita ni terlebih pandai, pukul sama rata semua benda jadi macam-macam lah tanggapan dan tuduhan.

If u are not into this elmu, jangan memandai. Itu je aku pesan . Cari someone yang kau percaya dan memang ajarannya tak langgar akidah. Sekarang ni banyak sangat elmu "New Age" yang merapu. Astagfirullah.

Ok, back to tajuk. Since aku suka bab-bab natural healing ni, jadi aku suka lah terapi-terapi ni, selama ni aku hanya depends on essential oils aku dan garam aku guna pon sebab nak titikkan essential oil tu supaya larut dalam air. Garam himalayan aku guna pon kalau bukan untuk masak, aku guna as one of ingredient dalam skin care aku (scrub etc) sebab benda senang nak cari, nak guna, murah dan semulajadi.

Sampai satu tahap aku down with depression.

Entah ape yang aku stress kan pon aku taktau. Just aku suka sangat create stress life dalam hidup aku. Aku jadikan semua benda keliling aku ni attract stress dan depression. Tak memasal aku mengamuk, aku marah anak, aku tinggi suara dengan suami aku, aku jadi tak tenang bila tengok orang lain buat sales banyak, aku iri hati, in da same time, hutang yang berlambak tu aku tak bayar dan aku kusut everyday. Kauorang boleh bayang tak? Aku tidur fikir hutang, bangun nampak hutang. Hidup aku macam tak terurus. Aku menangis je. Bila menangis aku stress. Aku marah anak aku. Aku benci suami aku. Bisness aku macam tertutup, ape je aku buat atau jual aku rasa tak menjadi.

Ok bila baca ni nampak macam aku ni kena sihir je kan? Aku pon fikir gitu at first. Asik terfikir siapa yang dengki sangat kat aku sampai buat life aku macam ni? Huhuhu

Sebelum ni aku ade je buat terapi dengan someone yang boleh "scan" atau tau ape yang tak kena. Guna essential oil. Dia ni akan bantu aku pilih essential oil mana yang boleh bantu aku. Titik dalam air dan mandi. Kan setiap essential oil tu ade frekunsi nya. Nanti aku cerita more tentang frekunsi ni.  Seriously, tak membantu. Sebab aku tak tahu cara dia. Dia pon tak membantu banyak bab ni. Hahahha. Semua suruh aku gugel. Huhuhu. Alhamdullilah aku jenis kiasu, aku gugel aku buat research, at least dapat calm kan diri aku a lil bit.

Aku doa every day masa solat.
I need help Allah. I need something yang boleh bantu aku with all this. Beri petunjuk. Tunjuk aku jalan. Sebab aku tak suka ape yang aku lalui. Aku penat. Bisness aku camtu jugak. Tak kemana. Lagi aku push diri aku lagi aku stress. Sian Airis. Asik kena marah je dengan aku.

Sampailah aku nampak kawan dalam contact aku bercerita tentang Garam Aura Rezeki. Dia bercerita macam mana garam tu bantu dia with all depression dan anxiety. Bercerita macam mana garam tu buat bisness dia success. Dia sebut nama yang menjual garam tu, aku cari dekat Instagram. Ok baca dari 1st posting dia tentang garam ni. Ok menarik. I need this..

Tapi biasalah aku ni, aku nak membeli tu bukan suka-suka. Aku bukan banyak duit, jadi aku akan beli benda yang aku perlukan dan membantu. Aku gugel testimoni, aku cari dekat pinterest kebaikan mandi garam, aku gugel lagi info-info semua.

Testimoni yang menarik perhatian aku is MANDI-MANDI SALES 10K 😆

Manusia dengan duit kan, itu je yang aku nampak. Aku cuma nampak 10k tu je dan aku hanya ingat kalau aku kaya, bisness maju aku takkan jadi camni, suami aku akan sayang aku lebih.

Aku wasap beberapa agen yang jual garam ni, dari conversation aku dengan dorang ni, aku macam tak dapat info yang aku nak. Then aku tak jadi beli. Tapi setiap hari hati aku ni membuak-buak nak beli, nak jugak sales 10k tu. 😂

Sampai lah aku jumpa KAK LONG DIVA.
Aku baca sharing dia dekat IG, aku tengok IG dia setiap hari. Ade something yang buat aku follow dia dekat IG . So aku wasap dia.

1st aku terus nak beli Garam Lady Millionaire. Sebab testimoni aku baca tu orang tu guna Lady Millionaire ni lah yang dapat sales 10k.

Long story short, Kak long ni advice aku ambik Garam Romantika dulu. Sebab dia cakap, kasi aku betulkan dulu energi aku, kasi aku calm dulu, sebab ni 1st time aku buat terapi garam, jadi Garam Romantika ni yang aku perlu. If, aku terus guna Lady Millionaire, maybe aku akan jadi lagi teruk.

Memula aku tak faham. Ape maksud dia.

Setiap benda ade frekunsi, essential oil ade frekunsi, so garam pon ade frekunsi. Dan Romantika ni frekunsi dia rendah dan untuk yang 1st time guna, dia imbangkan balik energi dalam badan kita, buat kita calm dan detact ape masalah dalam diri kita.

Macam ni, bila guna Garam Romantika, energi kita yang negatif tu akan naik ke positif, dan dari sini kita boleh detact ape yang buatkan energi kita low.

Macam aku yang konon banyak sangat masalah sampai depression ni, aku cuma perlukan perhatian, aku cuma perlukan kasih sayang dan bila aku tak dapat semua ni, aku jadi stress. Aku letih.

Jadi bila aku buat terapi garam mandian Romantika, aku akan tarik energi kasih sayang masuk dalam diri aku, aku akan jadi lebih calming, dan dari sini lah aku senang tarik positif vibes sekeliling aku dan aku salurkan pada suami dan anak aku. Jadi bila aku happy, orang dalam rumah ni pon happy sama.

Ini semua berkaitan dengan energi.

Kak Long ni dia suruh aku buat detox Aura 21hari. Mandi semalam 21hari. Sebab dalam masa 21hari ni lah sel sel kita membentuk yang baru. Sama macam energi, dalam masa 21 hari ni bila kita mandi garam, dia akan berkembang cantik dan selsesai 21hari tu kita hanya perlu maintain energi supaya sentiasa cantik dan on point.

Alhamdullilah, belum sampai 21 hari aku dah nampak benefit dia. Aku macam makin tenang. Aku kurang marah. Aku banyak sabar, aku letgo semua yang aku tak perlu simpan dan fikir.

Dan sampai sekarang aku masih on mandi garam bila perlu. Aku jadi lebih positif. Aku dah pandai jaga energi aku. Jadi bila aku nak naik hantu tu je aku dah pandai lah nak kawal balik. Bila macam ni, aku jadi lagi tenang.

Bila tenang, ape je yang dulu tak nampak, kau dah nampak. Kalau macam dulu aku asik fikir sales aku takde, now aku letgo self sabotaj tu dan aku jadi yakin, hari-hari aku ade sales. Aku yakin dengan Allah, yakin dia ade dengan aku always jadi semua jadi smooth je.

Aku baiki hubungan aku dengan family. Alhamdullilah rezeki masuk non stop.

Macam mana pulak lah garam ni buat aku tenang?

Setia garam Aura Rezeki ni dah di programkan. Bau-bauan bunga-bungaan tu yang bantu naikan mood ketenangan aku, buat mood aku cun. Lepas mandi tu rasa konfiden je.  Rasa happy. Sebab masa ni lah aku belai-belai diri aku dan cakap benda baik-baik dan positif dekat diri sendiri.

Pep talk to myself

Kadang kita ni just sibuk nak buat orang lain happy tapi kita tak happykan diri sendiri. Jadi cuba happykan diri sendiri, kauorang boleh nampak benda yang best je yang kauorang attrac.

Jadi, aku harap, kaum-kaum ibu macam aku ni, cuba mandian terapi garam ni. Bila kita happy dan tenang, semua urusan kita pon mudah dan family kita pon happy dan tenang.

Tunggu next post aku ok. Aku cerita ape tu detox aura 21 hari.

Hugs ❤️
Fa Zahirah.


Friday, September 13, 2019

Cerita Kiasu si Mamy dan Pertandingan Pakaian beragam.

Assalamualaikum.

Sebulan lepas, bila cikgu bagitau ada pertandingan pakaian beragam sempena Merdeka, otak aku dah mula kelam kabut. Masalah aku is, siapa yang nak jahit. Aku mana ade mesin jahit, aku tak pandai jahit pon. Aku hanya harap mak kat kampung tolong aku, itu pon dia macam malas layan aku, last minit siap jugak lah skirt layer merah putih kuning si Airis. Since cikgu cakap tak boleh potong bendera buat baju, mak aku gigih cari kain yang masuk tema. Ok lah kain semiter tak sampai RM3. Material pon macam bendera.

Itu pon nak melawan kiasu aku ni punyalah susah. Dalam kepala ni macam-macam design aku nak. Tapi sebab mak aku yang jahit dan aku taknak susahkan dia, aku terima je lah ape yang dia jahit. Baju atas guna kebaya sedia ada. Cuma skirtnya je jahit lain buat layer-layer.

Alhamdullilah, hari pertandingan ni cikgu pospone lepas UPSR, lepas kain siap jahit, KIASU aku aktif seminggu dok fikir camne nak siapkan baju si Airis ni.

Aku fikir bunga raya.

Sebab nak nampak Malaysia tu, aku decide buat sendiri bunga raya guna material stokin nipis (yang buat bunga stokin tu) tapi sebab dawainya lembut, airis langgar sikit je kemek. Sebab masa dah suntuk, aku decide buat guna felt. Senang nak buat dan terletak cantik.

Tengah bunga tu mula-mula aku buat guna felt, dah kawan aku cakap macam fries Mekdi, jadi sebab kiasu aku ni, aku gigih jahit benang satu-satu nak nampak macam real sikit lah. 😂

Bunga raya ni je dah berapa banyak kali aku otter. Berapa kali jari aku kena hot glue. Aku sampai terlelap kat meja sebab buat bunga ni.

Sebab baju Airis takde langsung lambang bendera, aku buatlah reben guna bendera.

Kawan aku cakap macam baju Korea, aku ubah sikit lagi letak kerawang. Then headbandnya pon aku letak bunga raya. Overall macam yang korang tengok ni lah. Aku puas hati, alhamdullillah.

Aku actually tak mengharap pon menang, since cikgu cakap ade 10 pemenang, so aku rasa Airis ade peluang menang. Sebab kalau nak dibandingkan baju anak anak yang lain, baju Airis antara yang masuk tema.

Bila time panggil nama pemenang, dalam 10 tu Airis langsung tak menang. Aku tak frust, cuma aku frust, anak yang menang tu langsung tak masuk tema pun bajunya. Kebaya hijau dan tudung kekaboo (merdeka-ni je kot masuk tema)

Semua list 10 pemenang tu ade sorang dua je yang bajunya ikut tema. Lain-lain langsung tak masuk tema. Jubah hitam + tudung marron, selempang bendera pon menang, nak dibandingkan dengan anak yang pakai baju melayu bercorak bendera siap dokoh pon tak menang!

Aku a lil bit FRUST!

Biasalah Kiasu 😂

Ade hikmahnya InsyaAllah.

Aku tak kesah siapa pon nak memang, tapi biarlah yang bajunya masuk tema. If kau di tempat aku, aku percaya kauorang pon tak puas hati. Aku sabar. Aku senyum, aku happy walaupun aku a lil bit FRUST!

Bila cikgu explain, pertandingan tu dorang nak tengok tahap konfiden anak-anak. Cara jalan, cara konfiden dia peragakan pakaian tu. No wonder ade budak yang pakai baju biasa je.

Ade sorang tu hanya baju Tee dan seluar panjang je. Aku rasa kalau budak tu masa runaway dia jalan konfiden, mungkin dia boleh menang, tak perlu nak bersiap pon.

Airis masa berjalan tu dia takut-takut. Muka pun masam je. Hahahhaha

Kalau aku tahu, markah tu paling tinggi, tak payah aku kiasu lebih-lebih. Pakai je lah baju pape, pegang bendera, jalan je dengan konfiden.

Tadi kata tak kesah menang ke tak kan?
Aku tak kesah, cuma aku kesahkan baju anak yang menang tu tak masuk tema. Itu je. Senang kerja mak dia, pakaikan tudung je dah menang no1 😆

As parent, of course lah aku berhak tahu markah-markah nya, cikgu patut bagitau kan?

(Patutnya cikgu cakap-)
"Baik puan, markah paling tinggi ialah konfiden, make sure anak-anak komfiden dan jalan dengan penuh gaya masa pertunjukkan nanti" (tapi cikgu tak cakap pape pon 😅)

Tapi anak yang memang tu memang konfiden dia jalan.

Baiklah, yang paling penting, aku dah buat yang terbaik, yang paling penting aku dah buat dan hasil kerja tangan aku sendiri.

Paling penting, baju ikut TEMA walaupun maybe last minit dorang decide tak perlu bertema bendera, janji jalan kena ade konfiden. Ehmmmm..

Aku yakin ada hikmahnya.
Bukan rezeki Airis disini.

Aku kena mandi lebih Garam Aura lepas ni letgo everything yang tak best ni. Hahahha.

Walaupun Airis tak menang, im so happy with my self sebab dah buat sesuatu yang bagi aku sendiri terbaik.

==============
kiasu

/ˈkjɑːsuː/


(of a person) having a grasping or selfish attitude arising from a fear of missing out on something.




Tuesday, September 10, 2019

False-Positive Pregnancy Test

Assalamualaikum

Masih mood nak sharing moment 2 line pregnancy test aku. Of course aku happy. Hampir 6 Tahun aku tak pernah nampak pon test tu naik 2 line dan Alhamdullilah Allah bagi aku nampak pagi 9 September hari tu. Syukur Alhamdullilah.

Test tu naik 2 line positif lepas aku lewat period 4 hari. Dan aku decide nak cek sebab masa ni aku rasa emosi aku tengah stabil dan any result aku dapat, aku terima. Tak pregnant pon aku ok, kalau pregnant lagilah aku happy 😊

Dan tak sangka resultnya 2 line (gambar)

Long story short, itu cuma false positif pregnancy result.

Result positif yang boleh dilihat tetapi tak pregnant. Aku benci benda ni. Hahhaha dia macam bagi aku false hope. But ade hikmahnya. Aku yakin. Kotlah kali ni false, bulan depan memang aku pregnant ke kan? Kannnn?

Aku gugel nak tau kenapa boleh naik 2 line padahal esoknya aku period. Jadi nah no hasil gugel aku.

Sebelum tu biar aku explain, kenapa boleh jadi benda ni. Pregnancy test ni dia detact hormon HCG dalam badan kita. Hormon ni akan produce bila kita pregnant. Jadi maybe aku memang pregnant pon masa tu sebab tu pregnancy test ni detact hCG hormon aku.

6 Penyebab terjadinya False-Positive Pregnancy test result.

1) Lambat untuk cek pregnancy test.
Ok maksudnya, kita dah guna test ni, dah letak urine tapi kita biarkan je tak tengok result dia macam mana. Kita buat test subuh tapi kita biarkan atau terlupa nak cek, dan kita cek balik petang. Masa ni, ada sesetengah test yang akan mengering dan line yang satu tu akan timbul. Sebab tu kena baca instruction dekat paket test tu, cek result within beberapa minit. Kalau lambat cek mungkin korang akan dapat False-Pregnancy test result.

2) Pregnancy Test Expired
Haaa ni lah aku rasa puncanya pada aku. Pregnancy test aku beli dah bertahun woii! Aku tak guna sebab period aku always on time. Kalau lewat pon, esok dah niat nak cek, sekali period 😂 . Maybe lah dah expired. Bila test tu dah expired, chemical yang detact hCG hormon tu takdapat berfungsi dengan baik. Tu lah resultnya gitu. Boleh jadi result dia nampak positif padahal kau tak mengandung atau resultnya negatif padahal kau mengandung. Jadi kalau korang ada test lama-lama tu guna je lah jangan simpan. Takpun beli je baru. Supaya korang tak frustrated.

3) Tengah ambil ubat hormon/ fertility medication
IF korang tengah onz ubat hormon then cek pregnancy test terlalu awal memang akan ganggu result test tu lebih-lebih lagi fertility medication yang bantu naikkan hormon hCG.

4) Miscarriage / keguguran
At 1st aku fikirkan aku keguguran. Or maybe YES. Sebab test tu detact hormon hCG aku, dan berkemungkinan aku memang pregnant dan gugur terlalu awal. Aku pon masih cramp perut yang teramat sangat. Kemungkinan Ini bukan kehamilan yang normal. Sebab itu ia gugur terlalu awal. Atau ni dipanggil chemical pregnancy. If keadaan tak baik jugak aku pergi checkup.

5) Hormon hCG masih ada dalam sistem dalaman selepas keguguran atau bersalin.
Ini salah satu penyebab kenapa korang boleh dapat False-Positive pregnancy test result padahal korang tak pregnant pun bilamana hormon hCG masih ada lagi dalam sistem kita selepas kita keguguran atau baru lepas melahirakan. Hormon hCG ambil masa 4-6 minggu untuk back to normal.

6) Ectopic pregnancy atau Kehamilan luar rahim.

Bagi aku ini hanyalah asbab. Sebab Allah know best. If korang rasa korang pregnant tapi test tu negatif, jumpalah doktor ok atau tunggu lagi seminggu untuk pastikan hormon hCG tu banyak. But if korang dapat test false positive macam aku, insyaAllah ada rezeki yang lebih baik Allah nak beri.

Jangan mengeluh sebab ini semua MILIK ALLAH. 😊


Allah dah bagi Airis Adik?

Assalamualaikum

Baca tajuk mesti dah agak ape yang aku nak cerita kan?

Baru-baru ni masa balik kampung ada lah aku terdengar bunyi-bunyi kurang best dari ipar duai aku. Konon anak 2 tak cukup. Kena tambah lagi, konon umur 35 dah tak elok pregnant, nanti banyak risiko.

Sedangkan aku anak masih sorang dan next year aku 35. Tapi aku balas dengan senyuman. Allah tahu ape yang terbaik untuk aku. Allah sayang aku dengan jaga hati aku ni. Aku senyum dan dalam hati aku tetap doa, if dia nak anak lebih ya Allah, berilah rezeki pada dia. Im ok Allah. Sebab hidup ni Kau yang aturkan. Aku redha dan aku sabar tunggu.

Alhamdullilah pagi 9 September 2019 aku Pregnant dengan 2 line muncul pada pregnancy test . Hampir 6 tahun kami tunggu kehadiran zuriat yang ke 2 mestilah berita ni 1 berita yang Happy. Paling happy si Airis lah. Berapa lama dia asyik zikir kat kami yang dia nak adik. Maybe di dah bosan main sorang-sorang dan sometimes aku dan babah dia malas nak layan 😅.

Suami aku pernah nazar, if aku pregnant dia nak cukur rambut. Jadi bila dah naik 2 line ni dia pon semangat lah. Happy tak payah cakap. Kami decide nak tunggu beberapa hari lagi untuk buat 2nd test. Sebab 1st test ni line dia samar-samar. Tapi aku yakin yang aku pregnant sebab time Airis dulu pon macam ni. 2nd day aku test lagi baru naik terang sikit line tu. Jadi aku decide nak buat yang sama. Esoknya aku nak cek balik.

1st yang tahu aku pregnant, kawan baik aku si Rina. Then mak aku last sekali baru suami aku. Hahaha. Due date aku dijangka bulan 5 time Puasa dan beberapa hari nak Raya. Alhamdullilah.

Bermulahlah episode siAiris nak adik girl,babah nak boy, nak beli toys ini dan itu yang selama ni kami sabar menunggu. Allah je tahu betapa happy dan syukurnya aku masa tu.

Allah sayang aku.

Pagi 10 September 2019 aku bleeding. Aku cramp perut. Aku dah rasa sesuatu. "ya Allah, aku period ke?" Aku blur. Aku cuci bersih, pakai pad, aku sambung tidur, aku tasbih banyak-banyak, istigfar banyak-banyak. Hope itu just mimpi. Tapi aku bangun dan memang sah aku period. Allah je tahu ape perasaan aku masa ni.

Aku hanya bayangkan wajah frustrated Si Airis dan babah. Tapi aku tak menangis. Aku teringat pesan guru aku, walau ape pon ujian yang Allah beri, ucap Alhamdullilah, Aku redha.

Tapi jauh di sudut hati ni aku masih hope itu hanya bleeding/spotting implantation yang biasa jadi masa kehamilan 1st trim. Tapi, Allah sayang aku, dia uji aku dengan ujian yang besar.

Alhamdullilah, Allah beri 1 hari berita happy dan nampak positif pregnancy test setelah hampir 6 tahun aku tak nampak 😊

Its ok Allah. Aku tahu hanya Kau tahu apa yang terbaik untuk aku dan bila masa sesuai untuk aku hamil lagi, if Kau dah tetapkan anak aku hanya Airis, jadi inilah yang terbaik untuk kami. Alhamdullilah atas kecukupan ini.

Aku pernah dengar 1 sharing ni, if kita nakkan sesuatu, contoh kita nak anak, kita kena banyakkan sedekahkan doa/ doakan kawan-kawan atau saudara mara kita yang masih belum dikurniakan anak. Jadi ini lah rutin aku. Mendoakan.

Dengan cara ni hati aku lagi tenang dan redha.

InsyaAllah rezeki besar nak sampai pada aku dan family aku.

Doakan aku ye semua. 😘

Jangan lupa cek Instagram Auroma Scents Hq sebab ada FLASH SALE 4 BALM RM100 sampai pukul 5PM ni je. 😘


Wednesday, August 7, 2019

dōTERRA Touch Cheer® Essential Oil Blend untuk bantu naikkan mood Happy dan Positif

Assalamualaikum 

Manalah semangat update blog aku ni lately menghilang. Jap muncul, Jap tenggelam, Allah berilah aku ilham nak update blog ni Allah. Nilah tempat aku sharing sesuatu bermanfaat dan tempat aku cari rezeki. 

Kebelankangan ni, banyak benda aku buat. kadang dah on laptop, dah nak menulis tapi idea tak sampai sebab aku dok fokus benda lain. Timing aku out langsung. hahahha. Nak menulis ni bukan senang bagi aku. Kadang idea ni datang time aku dalam bilik air. dah camne aku nak menulis pulak ? Pastu bila dah ambik hp atau dah on laptop hilang tah mana idea tu, TT (sobs~)

Lagi satu hal, dah aku ni seorang Working at Home mom (WAHM) jadi kerja aku dirumah dengan si anak. Bila anak sekolah aku takde pulak idea nak menulis, bila anak depan mata punya banyak idea. Sama,on laptop atau nak update guna hp, tup tup hilang je idea sekali ayat nak menulis tu . arghhhhh! (tu tak termasuk si anak panggil mamy 66x nonstop!)

Macam-macam hal kan? Kadang aku hope aku ade Super Power. Ape je lah super power yang patut. Tapi sebab aku takde Super Power dan tak mungkin akan ada Super Power, jadi aku perlukan sesuatu untuk aku rasa aku ni ada Super Power. Kalau boleh satu yang boleh control emosi aku. Sebab dari emosi tak stabil ni lah aku kadang boleh hilang fokus & takde mood nak menulis.

Aku sekarang addicted dengan Doterra Essential Oil. Actually aku ni suka Essential oil tak kesah lah ape jenama, janji baunya tak pecah. Pecah ni maksud aku, berubah ikut suhu. Ade certain essential oil yang aku pernah bau, baunya akan jadi tengik bila lama-lama. Doterra ni sama dengan Young Living (YL) bau dia mild sikit dari YL dan lebih kurang Plant Therapy 

Aku akan cerita lebih-lebih nanti kenapa aku suka Doterra ni dan ape lainnya Doterra ni dengan YL . Cuma aku nak bagitau, Doterra ni dia ada community  sendiri dan fokus untuk anak-anak Autism,ADHD dan lain-lain. Aku suka tengok Instagram adamsautismfamily . Nanti klik lah link tu dan korang boleh tahu kenapa aku suka sangat tengok Instagram tersebut.

Aku taknak cerita tentang single oil tapi menariknya Doterra ni dia ada blend oil jenis roll-on. Kalau YL roll on tak berapa banyak, kena buat sendiri kan? Tapi Doterra ni dah memang sedia ada. Bau semua best-best. Untuk blend Touch ni ada 6 jenis kesemuanya. Single oil pon ade yang jenis roll on (dah siap dilute) jadi tak payah lah susah-susah korang nak bancuh-bancuh kan?

  Macam aku ada sekarang ni namanya Cheer Touch (Uplifting blend)


Cheer Roll-on ni bukan je aku roll kan kat diri sendiri, tapi kat si anak dan si Babah. Magicnya, aku perasan dorang ni makin happy bila aku roll kan Cheer ni. Mungkin bau Cheer ni kot. Bau dia mongi sangat. Ade bau orange, bau spice-spice gitu. Eh susah aku nak explain. Cuma aku boleh bagitau, kalau korang yang tengah takde mood, then bau Cheer ni, boleh lah buat mood korang Cheer balik. haaa gituuu!


Lepas aku roll kat diri aku tu aku akan jadi macam dalam gambar ni 😆

Jadi nak dipendekkan cerita, ini lah minyak SUPER POWER aku sekarang. Ehhhh.. Lullabies Balm aku tak guna Doterra ye, Doterra ni aku guna untuk persendirian. Tapi kalau sesiapa yang minat nak beli boleh je halo-halo aku :) (klik je link wasap aku)

Hugs💗
 Fa Zahirah (Mamy Si Kekris)

======================================
UPLIFTING BLEND
dōTERRA Cheer Touch combines Fractionated Coconut Oil with the sunshiny, fresh aroma of dōTERRA Cheer essential oil blend. This convenient and gentle roll-on can be applied to the skin to counteract negative emotions and provide a boost of happiness and positivity when one is feeling down.
• Features Fractionated Coconut Oil, Lemon Myrtle, Clove, Wild Orange, Star Anise, Ginger, Zdravetz, Cinnamon Bark, Nutmeg, and Vanilla
• Promotes feelings of optimism, cheerfulness, and happiness
• Counteracts negative emotions of feeling down, blue, or low

Retail: RM96
Member: RM73

Wednesday, June 19, 2019

Apa itu FORMULA TARIK REZEKI (FTR)

Assalamualaikum

Tergerak aku nak bercerita tentang buku yang aku suka baca dan baca ulang-ulang sebagai rujukkan seharian aku. 

FORMULA TARIK REZEKI (FTR) ni lah bukunya.


Penulisnya Puan NORA YUSUF yang aku rasa sangat bijak menulis sesuatu yang bila kita baca, kita sentap. sebab tu dia selalu guna #bacabacasentap 😅

Aku dah lama aim buku ni sebenarnya, sebelum aku beli, aku selalu tengok FB Puan Nora ni dan baca testimoni-testimoni FTR ni. Aku suka cara sharing Puan Nora ni. Testimoni proven dia pon banyak. disebabkan buku ni bukan murah, aku pendam je lah nak beli tapi aku keep doa, aku nak sangat buku ni.

Aku ni sejenis suka sesuatu ilmu yang aku boleh dapat manfaat dan boleh share dengan dengan ramai orang . FTR ni bukan semata formula tarik rezeki tapi FTR ni banyak mengajar kita tentang Back to Allah apa je situasi kita. 

Kadang dalam bisness ni biasalah ada ups and down. aku dah merasa semua tu. Jadi sebab tu aku nak sangat beli FTR ni sebab aku nak belajar more lagi ilmu tarik rezeki ni. 

Bila dah beli buku FTR ni, automatik kita akan di-add dalam support group dimana support group ni akan pantau task-task yang Puan Nora suruh buat. Yang bestnya, semua dalam ni sangat positif. aku suka positif vibes dalam group macam ni. 

Task-task dia bukan mengarut-mengarut ye. Task-task nya more to Jemput Rezeki macam zikir-zikir dan doa-doa.

Bila aku dah beli buku FTR ni, sebelum dapat tu aku dah start buat task-task group. Alhamdullilah, sales aku masuk non-stop . Masa aku beli FTR ni harganya RM300 lebih kurang. sebab aku beli ni baru 1st edition. sekarang ni buku dah upgade dengan banyak lagi ilmu jadi dah naik sikitlah harganya. 

Tapi miraclenya, bila aku melabur sebahagian duit aku untuk beli FTR ni, aku dah niat kerana Allah dan minggu yang sama, aku dapat sales 2x ganda dari harga buku FTR tu. 

Dalam FTR ni ada banyak formula-formula Tarik rezeki yang kita boleh amalkan. Actually buku ni bukan semuanya formula tarik rezeki, banyak cerita-cerita dan tips-tips yang boleh kita baca tentang kejayaan dalam perniagaan dan belajar berserah pada Allah. Dari buku inilah aku belajar positif diri dan kebergantungan aku pada Allah.

Banyak ilmu yang aku dapat dalam FTR ni keseluruhannya. Inilah morning reading aku.

Asbab buku ini lah juga aku dapat selesaikan 1 hutang bank aku yang berjumlah 30k dengan hanya membayar sebanyak RM300 selesai dengan mudah. Allah. Kau tau betapa syukurnya aku.

Hutang aku banyak sebenarnya. Ni hutang-hutang dari aku mula kerja dan mula guna kad kredit dulu. Bila aku dah berhenti kerja aku diuji dengan ujian kewangan. Alhamdullilah, lama-lama hutang-hutang ni dapat dibayar sikit-sikit sehingga selesai.

Buku ni juga mengajar aku lebih bergantung pada Allah. Siapa takde masalah kan? Kalau dulu, bila ada masalah je aku selalu letak emosi dalam setiap masalah aku, tapi bila aku vaca buku ni, aku rasa lebih tenang. Sebab apa saja masalah yang aku face, aku akan buat garfu tala (bukak random page FTR) dengan izin Allah terus aku dapat jawapan melalui buku ni.



Aku doakan semua dapat beli dan baca buku FTR ni. 

Nak beli buku FTR ni boleh wasap no ni ok. InsyaAllah akan dapat manfaat bersama.

www.wasap.my/601110181916/FTR