Lullabies Chesty Chest Rub : Balm yang Meredakan Selsema dan Batuk tanpa rasa berangin.


Assalamualaikum readers and friends

Siapa yang suka bila dengar anak kecil yang tidur berkeruh dan kejap-kejap terjaga sebab tersedak? Tidur mereka terganggu, bila tidur terganggu, mereka ni cepat tantrum. Kita pun tidur tak lena dan pergi kerja bermata panda. 

Anak kecil ni memang kerap batuk, selsema lebih-lebih lagi mereka yang alergi pada habuk, hama, cuaca dan keadaan persekitaran yang kurang bersih. Kita as mak ni lah yang risau itu ini, yang bercengkang mata, yang terpaksa ambil cuti sebab anak kerap tak sihat. 

Kebanyakkan minyak angin atau balm yang dijual dipasaran atau farmasi kebanyakkannya berangin, bukan semua anak kecil serasi dengan balm yang berangin yang mungkin akan menganggu pernafasan mereka. Kadang mamy yang tua ni pun kalau guna balm yang ada kandungan menthol akan rasa sesak nafas. 

Chesty Chest Rub ni antara balm yang terhasil  dari sebab-sebab diatas. Airis seorang yang ade masalah sinus. Masa dia bayi, dia tidur berkeruh, kerap tersedak yang menganggu tidur dia. Dia jenis tidur sekejap-sekejap sebab dia kerap tersedak. Bila terjaga, dia ambik masa yang lama untuk tidur balik dan kemudian tersedak balik dan kembali terjaga.

Bila mamy bawa dia jumpa pakar kanak-kanak, doktor cakap normal. Peparu dia bersih dan takada masalah yang serius. Doktor juga cakap Airis mungkin ada masalah sinus dan mungkin juga disebabkan keturunan kami yang ada sinus dan tidur berkeruh. Doktor cakap, masalah ni akan hilang bila dia membesar nanti. Tapi as mak, mana lah sanggup nak tengok dia tidur dan tersedak. Nak tinggikan bantal, dia baby lagi. Cara yang bantu dia tidur tak berkeruh bila dia tidur dekat pangku mamy ni tapi mana tahan kan? penat kot!

Ape je brand balm dan minyak mamy beli tapi keadaan anak ni sama je, sehinggalah mamy jatuh hati dengan Essential Oil. Bila mamy belajar lagi tentang Essential oil ni rupanya banyak kebaikannya. Mamy belajar cara buat "blend oil" dimana beberapa jenis essential oil yang dibancuh dengan "carrier oil" untuk dijadikan minyak bayi. Blend oil untuk batuk dan selsema ialah blend oil yang 1st mamy bancuh untuk Airis dan selepas itu, barulah blend oil tu mamy formulakan balik menjadi bentuk balm.

Balm mudah sapu, tak melekit dan senang meresap dalam kulit jadi anak lebih rasa selesa dan tak rasa rimas.

Alhamdullilah, Airis serasi dengan balm ni, dengan izin Allah, keruh dia dah tak ada dan dia tidur lena sampai pagi. Jadi tak adalah lagi mamy bermata panda. :)

Bila balm ni dah mula dijual pada orang ramai, Alhamdullilah feedback yang mamy terima semuanya positif. Ada yang anak setiap bulan batuk selsema, tapi lepas guna Chesty Chest Rub, anak dah tak selsema batuk lagi, ada yang baru guna sekali, hingus dah kering, batuk reda. Semuanya dengan izin Allah.


Ini antara testimoni Chesty Chest Rub yang mamy terima. Banyak lagi korang boleh follow Instagram Auroma Scents Hq dan Testimoni Lullabies balm (Klik link)

Istimewanya Lullabies Balm ni, kesemuanya balm diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti SUNFLOWER OIL, COCOA BUTTER dan ESSENTIAL OIL. Bahan utama dalam balm Lullabies ialah ESSENTIAL OIL yang natural,pure & organik tanpa campuran bahan-bahan lain.

Hanya Essential oil yang terpilih dan berkualiti sahaja yang mamy guna untuk balm-balm Lullabies. 



FUNGSI CHESTY CHEST

Antara fungsi Chesty ni bantu membaikpulih atau mengurangkan simptom penyakit yang berkaitan dengan peparu/lung dan respiratory sistem.

= Membantu mengurangkan simptom-simptom ketidakselesaan akibat BATUK DAN SELSEMA seperti HIDUNG TERSUMBAT, ASTHMA (SUKAR BERNAFAS), KAHAK PEKAT, GATAL TEKAK, DAN SAKIT KEPALA AKIBAT SINUS.

= Mencairkan Kahak dan hingus agar tidak tersumbat dan mudah keluar

= Membantu menurunkan suhu panas badan akibat demam

= Membantu tidur lebih lena

BERITA BAIK! Sekarang sampai hujung bulan ni semua balm Lullabies tengah offer 4 @ RM100. Boleh lah ramai-ramai klik link Auroma Scents Hq untuk dapatkan Balm Lullabies hari ini ok.


0 comments