LULLABIES BALM SHARING : 6 TIPS ANAK TIDUR LENA SEPANJANG MALAM


Bila kita dah jadi mak ni, bermulalah episode tak dapat tidur malam. Nak harapkan si ayah memang tak lah kan, dia lagi lena tidur tak sedar langsung anak menangis heehehe. Siapa yang suri rumah tak ada masalah sangat, nanti siang bila anak tidur, kita boleh lah sama melunjur kaki tapi bagi yang bekerja mesti jadi lagi stress bila time kerja mengantuk dan banyak pulak task dan meeting nak kena attend, kan?

Untuk bayi yang baru lahir, menang normal untuk mereka bangun, menangis sebab nak susu. Bayi yang baru lahir akan kerap menyusu. Mereka akan bagi signal lapar (merengek,menangis) untuk disusukan. Tapi kena faham ok, merengek atau menangis bukan signal utama mereka nak susu. Kadang lampin mereka penuh atau perlu perhatian pun mereka akan merengek dan menangis.

Tanda bayi perlukan susu
❶Bersandar atau menekapkan muka pada breast si ibu atau botol susu.
❷Menghisap jari atau tangan
❸Membuka mulut, menjelirkan lidah atau memuncungkan bibir
➍Merengek atau tak senang duduk.

Bila bayi mula terjaga dan susah tidur waktu malam, mulalah kita ni resah. Macam-macam kita buat semata nak tidurkan dia. Kadang baru sekejap je dia tidur, dah terjaga semula. Ingatkan nak sambung buat kerja lepas mereka tidur, tapi bila kita bangun dan bergerak dari katil, tiba-tiba mata mereka terbuka luas dan merengek. Habis cancel semua kerja yang kita nak buat tu. Terus takde mood dah. 😅

Rutin tidur bayi
Setiap bayi memerlukan tidur yang lena kerana ianya penting bagi memastikan kesihatan mereka terjamin. Tidur yang lena juga perlu untuk pastikan mood mereka baik setiap masa. Tahu tak? Bila kita membantu mereka untuk tidur dengan mendodoikan mereka atau meredakan rengekkan mereka supaya mereka tidur lebih lena, ini akan menjadikan satu moment indah dan penting dalam diri kita sebagai seorang ibu dan satu cara untuk kita lebih akrab dan rapat dengan mereka dan menjadikan waktu tidur mereka lebih bermakna dan tidur lebih lena.

Rutin tidur bayi yang baru lahir
Bayi yang baru lahir tidur dengan lebih kerap tetapi bukan dengan masa yang lama. Mereka akan kerap terjaga bila rasa terganggu. Tetapi tahu tak, kita boleh bantu rutin tidur mereka jadi lebih baik dan lebih lama bagi membantu tumbesaran yang sihat. Dalam minggu-minggu pertama selepas kelahiran mereka merupakan masa-masa "bonding" antara ibu dan anak. Masa ni kita boleh kenalpasti pattern tidur anak kita  dan kita boleh perlahan-lahan betulkan rutin tidur mereka.


Bayi mudah terjaga dan lebih kerap 
Bayi akan mudah tertidur dan terjaga setiap jam (siang dan malam) untuk beberapa bulan selepas kelahiran mereka. Dalam masa 24 jam mereka akan tidur lebih kurang 2 ke 5 jam dalam satu masa dan tak kira siang atau malam. Tapi pastikan kita sedar dan ambik tahu bila masa mereka perlukan susu atau lampin mereka dah penuh! Sebab-sebab ini juga menganggu tidur mereka dan buatkan mereka moody bila tidur tak cukup.

Ajar mereka perbezaan Siang dan Malam

Macam mana nak ajar bayi perbezaan hari siang dan malam? Bila mereka tidur di siang hari, biarkan keadaan bilik normal dan terang dan biarkan suasana pesekitaran seperti bunyi TV dan sebagainya seperti biasa. Bila tidur waktu malam pula, tutup lampu bilik dan biarkan keadaan bilik gelap (atau pasangkan lampu tidur) susukan dia jika perlu tukarkan lampin atau baju, lakukan dengan perlahan dan senyap. Kurangkan interaksi dengan bayi. Bila lama-lama kita akan nampak meraka dah mula terbiasa dengan suasana siang dan malam dan akan tidur lebih lama sebelah malamnya.

Bagi si ibu, gunakan masa tidur bayi ni sebagai masa tidur kalian juga ye. At least dapat lelap mata sekejap pun dan ok kan supaya bila kita terjaga tu, kita lebih relax dan dapat selesaikan kerja tertanguh dengan lebih baik.

6 TIPS ANAK TIDUR LENA SEPANJANG MALAM
Jom baca 6 tips yang boleh mommies buat untuk mebantu tidur anak lebih lena, lebih lama dan lebih berkualiti.




Semoga pekongsian ni membantu mom to be atau firstime mom atau mommies yang ada masalah anak susah nak tidur . Dah cuba 6 tips ni boleh share dengan mamy ok berjaya ke tak berjaya tidurkan anak tu. 

Lullabies balm boleh dibeli dari AUROMA SCENTS HQ atau klik pada link gambar sebelah entry ni untuk direct whatsapp HQ ye :)

0 comments