5 Essential OiL Yang Mommies Perlu Ada (Essential Oil Guide untuk mommies)



Assalamualaikum Readers and Friends |

Kejap je dah Syawal ke-3 kan? Apa je lah yang mamy buat dalam masa 3 hari ni selain makan dan makan. Oh ye, PROMO LULLABIES BALM tinggal lagi 3 hari je mommies! Jangan lambat-lambat dapatkan Lullabies Balm dengan Promo Price tau sebab lepasni tak tau lagi bila HQ nak buat. Tapi InsyaAllah promo HQ akan dilanjutkan sebab bulan ni kita terikat dengan tempoh PKP dan HQ pun tak dapat nak promote macam biasa. Apa-apa pun kita tunggu HQ punya announcement ok.

Bercakap tentang balm Lullabies, salah satu bahan dalam balm ni semestinya Essential Oil atau minyak pati tumbuh-tumbuhan. Kebanyakkan mommies yang beli Lullabies Balm ni ialah mommies yang sukakan Essential Oil dan nak merasa sendiri kebaikan setiap Essential Oil tu. Setiap Lullabies Balm sekurang-kurangnya ada 4 jenis Essential Oil dalam setiap balm. 

Essential oil bukan murah. Bukan semua mampu nak beli dan kalau beli pun bukan boleh beli semua. Tapi disebabkan Essential Oil ni banyak khasiatnya, banyak dah brand/jenama yang mampu milik dijual. Mamy nasihatkan, pilih Essential Oil yang tanpa campuran alkohol dan pastikan Essential Oil yang dibeli tu betul-betul PURE dan kalau boleh carilah yang organik.

Kalau kita dah biasa dengan jenama Young Living atau Doterra, mesti dah tau yang jenama-jenama ni dah siap-siapkan Starter Kit untuk dibeli. Starter kit ni biasanya dah disertakan dengan Diffuser (alat untuk diffuse essential oil) dan pilihan Essential yang most wanted. Jadi tak payah pening dah, cuma sediakan saja duitnya. heheheh. Macam mamy, mamy start dengan Young Living Starter Kit yang bagi mamy sangat berbaloi dengan harganya. Semua Essential Oil dalam starter kit Young Living tu memang kita perlu especially kalau ada anak kecil. Mamy mula ber Essential Oil ni masa si Airis 3 tahun sampai lah sekarang. Sekarang dah buat balm lagi lah kena guna Essential Oil kan? Cuma ilmu Essential Oil tu mamy akan belajar dari masa ke semasa sebab kalau lagi dikaji, macam-macam kebaikan dari Essential Oil ni.

Selain Young Living, Doterra pun mempunyai rangkaian essential oil yang berkualiti dan harganya murah sikit dari Young living tetapi kualitinya setanding Young Living.

Essential oil datangnya dari tumbuh-tumbuhan dan dah digunakan berabad tahun lamanya dan tak pernah mengecewakan. Dan Essential oil ni digunakan sebagai alternatif perubatan pada zaman dulu sampailah sekarang.

Tapi kalau taknak beli Starter Kit, apa je Essential Oil yang betul-betul perlu dan berbaloi untuk beli dan guna? Mungkin entry ni dapat bantu mommies pilih Essential Oil yang betul-betul diperlukan dan dapat jimatkan duit jugak kan? Mamy senaraikan 5 Essential Oil yang perlu ada bagi setiap mommies yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia Essential Oil ni, jadi takde lah pembaziran terjadi. like i said before, essential oil bukan murah oii! 

1. LAVENDER ESSENTIAL OIL
Lavender Essential Oil ni sangat popular dikalangan penggemar Essential Oil sebab 1 Essential oil ni ada 1001 kegunaan dan kebaikanya. Orang gelarkannya Versatile . Kalau dalam starter kit, Lavender essential oil ni mamang ada je dalam kit. 

Lavender memang terkenal dengan baunya yang wangi dan boleh merangsang ketenangan dan menceriakan mood yang tak berapa nak ceria tu. Bau Essential Oil juga mampu membuatkan kita lebih tenang dan membantu mengurangkan stress dan tekanan. 

Kegunaan dan kebaikan Lavender Essential Oil :
  • Membantu badan dan minda lebih relax, mengurangkan stress dan anxiety.
  • Melegakan lenguh-lenguh badan dan urat (dijadikan minyak urut) bila diurut pada badan.
  • Mewangikan dan menjadikan bau bilik lebih nyaman dan menenangkan (jika di diffuse di dalam bilik)
  • Mengandungi antiseptik yang membantu kulit jadi lebih sihat dan berseri (Banyak terdapat dalam rangkaian Skin Care)
  • Bau lavender yang kuat dan TIDAK disukai oleh serangga (boleh dijadikan sebagai Insect Repellent)
  • Digunakan berabad lamanya untuk mengubati luka kerana dapat membantu mengelakkan infeksi pada luka dan melawan bakteria dan kulat.
  • Membantu tidur lebih lena dan berkualiti (bagus untuk mereka yang Insomnia) 
  • Membantu minda lebih fokus (sesuai di-diffuse dalam bilik belajar atau disapu pada anak-anak)

Cara mamy guna Lavender Essential Oil .
  • Diffuse Lavender Essential Oil dalam bilik tidur. Bau Lavender memenuhi ruang bilik buat keadaan tenang dan tidur dengan lena.
  • Disebabkan dalam BEDTIME balm dan BABY BALM kandungan Lavender Essential Oil tinggi, mamy hanya gunakan balm ni dan sapu pada tapak kaki dan seluruh badan Airis (massage) sebelum tidur. Airis sejenis kerap terjaga dan mengigau setiap kali tidur malam, bila mamy buat rutin massage ni dia makin mudah tidur dan tidur lebih lena.

2. LEMON ESSENTIAL OIL
Selain Lavender, Lemon jugak salah satu essential oil yang mamy suka. Mamy akan pastikan Lemon Essential Oil ni sentiasa ada dalam stok Essential Oil mamy dan tak boleh putus ini disebabkan banyak benefit dalam sebotol Lemon Essential Oil. 

  • Campurkan beberapa titik Lemon Essential Oil dalam air dan boleh dijadikan sebagai house cleaner (mamy selalu titikkan beberapa titik Lemon Essential Oil dalam botol spray, campur dengan air dan spray pada permukaan meja atau mana-mana yang nak dibersihkan) Wangi je rumah tau.
  • Meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan.
  • Antiseptik, Antiviral
  • Membantu melegakan masalah penghadaman.
  • Melegakan masalah pernafasan dan membantu melegakan simptom batuk dan selsema.
  • Memberikan mood yang baik (bila di-diffuse dalam ruang rumah)
  • Menyegarkan 
Cara mamy guna Lemon Essential Oil .
  • Bila tiba musim selsema dan batuk, mamy akan diffuse lemon dalam bilik dan ruang tamu. Lemon bagus sebagai antiseptik, antiviral dan antibakteria. Diffuse dirumah bukan je bantu "menyahkan" bakteria dan virus tapi sekaligus menyegarkan ruang rumah dan menghilangkan bau kepam dalam rumah.
  • Bila anak demam, mamy akan titiskan beberapa titis Lemon Essential Oil pada segenggam garam Himalaya dan tabur dalam baldi/bathup berisi air suam. Biarkan anak berendam dalam air tu. Bau lemon akan membantu melegakan pernafasan dan air suam tadi mencairkan hingus (jika berhingus dan batuk) dan membantu menurunkan suhu demam.
  • Dalam Chesty Chest Rub dan Bodyguard balm ada Lemon Essential Oil dimana fungsi nya sebagai meningkatkan sistem imun tubuh badan dan membantu meredakan batuk selsema.

3. PEPPERMINT ESSENTIAL OIL
Bau berangin pada peppermint essential oil menjadikan essential oil yang ketiga dalam list must-have mamy. Biasalah kita sebagai mak-mak ni kadang migrain lah, sakit kepala lah, jadi dengan bantuan bau "minty" pada Peppermint Essential Oil ni membantu meredakan sakit kepala dan migrain. Disebabkan baunya "minty" dan bila disapu pada kulit akan terasa berangin, mamy akan campurkan 1 titik Peppermint Essential Oil dalam sesudu besar "carrier oil" atau lotion jika nak sapu pada anak.

  • Membantu memberi kelegaan pada simptom selsema dan batuk dan sakit tekak.
  • Melegakan masalah lenguh dan sakit-sakit pada urat saraf.
  • Membantu meredakan masalah sinus dan melegakan pernafasan.
  • Boleh dijadikan sebagai Insects Repellent
  • Membantu meredakan masalah penghadaman seperti sakit perut, kembung dan angin, juga membantu meredakan masalah migrain dan morning sickness
  • Membantu melegakan kulit kepala yang gatal,melebatkan rambut dan mengurangkan kelemumur.
Cara mamy guna Peppermint Essential Oil .
  • Sebagai penganti kepada minyak angin. Mamy akan campurkan Peppermint Essential Oil dan Lavender Essential oil dalam carrier oil dalam botol roller 10ml, dan gunakan bila sakit kepala,migrain atau sakit perut.
  • Bila musim batuk selsema atau demam, mamy akan diffuse Lemon,Peppermint dan Lavender Essential Oil bertujuan untuk memberi kelegaan pada sistem pernafasan dan membantu tidur lebih mudah diwaktu demam selsema.
  • Disebabkan Airis dah besar, mamy akan titikkan beberapa titik Peppermint Essential Oil dalam Chesty Chest Rub untuk effect "minty" untuk meredakan batuk dan melegakan pernafasan (Chesty Chest Rub Lullabies tak panas dan tak berangin tapi efektif membantu meredakan masalah batuk selsema untuk anak kecil)

4. TEA TREE ESSENTIAL OIL
Siapa tak suka Tea Tree Essential Oil memang rugi. Mamy dari anak dara cukup suka beli skin care yang ada Tea Tree sebab masa dulu muka jenis berminyak dan berjerawat dan Tea Tree sangat-sangat membantu meredakan masalah jerawat dan kulit berminyak mamy masa tu. 

  • Tea tree Essential Oil membantu membunuh bakteria penyebab infeksi dan mengubati luka 
  •  Membersihkan udara persekitaran dan membantu membunuh kuman (apabila di-diffuse dalam rumah)
  • Tea Tree juga membantu mengubati masalah kulit (fungus,kegatalan kulit, ekzema dan ruam)
  • Membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan berjerawat.
  • Tea Tree Essential Oil juga Antibakteria yang membantu masalah badan berbau dan nafas berbau.
  • Jika dicampur dengan carrier oil, boleh disapu pada kuku dan rambut untuk menguatkan dan mencantikkannya.
  • Sangat mujarab bila disapu pada gigitan serangga dan boleh dijadikan sebagai Insects Repellent. 

Cara mamy guna Tea Tree Essential Oil .
  • Campurkan 1 titik Tea Tree Essential oil dalam pencuci muka. Alhamdullilah kulit jadi makin licin dan jerawat susah nak naik.
  • Dalam Bliss Essential Oil ada Tea Tree Essential Oil, dan mamy hanya gunakan Bliss balm untuk masalah kulit seperti ruam dan ekzema. 
  • Kadang-kadang mamy akan diffuse Tea Tree Oil campurkan bersama Lemon Essential Oil untuk menyegarkan ruang rumah dan bilik sekaligus membantu "membunuh" kuman dan bakteria dalam ruang udara.


5. GERANIUM ESSENTIAL OIL
Dalam banyak-banyak essential oil bunga-bungaan selain Lavender, Geranium Essential Oil ialah salah satu kegemaran mamy bagi menggantikan Rose Essential Oil. Rose Essential Oil mahal sangat dan Geranium lebih kurang je benefitnya dengan Rose Essential Oil. Bau Geranium pon lebih kurang rose dan wangi sangat.

  • Geranium Essential oil banyak digunakan dalam skin care kerana ianya sangat bagus untuk kulit.
  • Membantu meratakan tona warna kulit dan sangat efektif memberi kelembapan pada kulit kering,kemerahan dan masalah kulit yang lain. 
  • Membantu meredakan stress dan tekanan atau depression.
  • Membantu lebih fokus dan mengurangkan tahap depression 
  • Membantu menyembuhkan luka dan mengelakkan luka dari bakteria dan kuman.
  • Melegakan masalah PMS (senggugut) dan meningkatkan tahap Libido wanita.
  • Melegakan kekejangan otot dan urat saraf.
Cara mamy guna Geranium Essential Oil .
  • Disebabkan baunya yang wangi, mamy suka calit sikit dibahagian nadi dan belakang telinga sebagai perfume. Tapi pastikan beli Geranium Essential Oil yang tanpa campuran dan betul-betul pure supaya baunya tak pecah dan membusuk.
  • Geranium juga bantu melancarkan darah haid. Masa datang bulan, ambik beberapa titik Geranium Essential Oil campurkan dengan minyak kelapa atau apa-apa carrier oil, sapukan pada kawasan ari-ari (sekita perut dan bawah perut) InsyaAllah lancar je darah haid tu keluar dan takde langsung senggugut. Cara ni berkesan untuk wanita yang ada masalah period tak teratur, boleh konsisten sapu Geranium Essential Oil setiap kali datang bulan & insyaAllah period akan teratur.
  • Mamy pernah bancuhkan Geranium Essential Oil bersama carrier oil dan sapukan di tapak kaki bayi yang ada masalah Jaundice. Alhamdullilah, bacaan jaundice cepat turun dan cepat sembuh. Essential Oil membantu memelihara tahap kesihatan hati dan buah pinggang. 
  • Kandungan Geranium Essential oil ada terdapat dalam Bliss balm dimana ianya membantu masalah seperti kulit kering,ruam panas, ruam lampin, jerawat, ekzema dan masalah kulit yang lain.

Alhamdullilah, cukup 5 Essential Oil yang mamy pilih untuk mommies yang tengah memilih-milih essential oil apa yang perlu beli dan perlu ada dirumah. Kesemua 5 essential oil ni selamat digunakan pada bayi kecuali Peppermint Essential oil,  tapi tetap perlu dicampurkan dengan carrier oil sebab essential oil ni sangat potent (pekat) dan mungkin akan buat kulit kemerahan jika tak dicampur dengan carrier oil. 

Pilihan carrier oil mamy semestinya Sunflower Oil dan Grapeseed oil sebab texturenya lembut dan senang meresap dalam kulit. Semua Lullabies Balm memang guna Sunflower Oil sebab Sunflower oil sangat baik dan sesuai untuk kulit halus bayi dan tidak melekit atau terasa berminyak.

Untuk brand Essential Oil, mamy suggestkan Young Living, Doterra dan Plant Therapy. Ketiga-tiga brand ni mudah didapati di sini tapi mungkin agak mahal sedikit lah dibandingkan dengan brand local. 

Mamy nak pesan sekali lagi, jangan beli sebarangan essential oil walaupun ianya ditulis essential oil. Baca isi kandungan essential oil dan pastikan ianya bukan campuran (sesetengah essential oil dicampur alkohol) dan pastikan ianya 100% Therapeutic, pure dan kalau boleh belilah yang organik. 

Kalau nak dapatkan Lullabies Balm, boleh klik gambar disebelah entry ni atau boleh klik link Whatsapp kami dengan CODE:ILOVELULLABIESBALM dan dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk setiap pembelian LULLABIES BALM bermula hari ini. 

Selamat malam semua. Mamy nak diffuse Lavender Essential oil lah sebab banyak perah otak hari ni, jadi nak tidur-tidur tenang je :)

Love, ᗰᗩᗰY ᖴᗩ

0 comments