Wednesday, August 7, 2019

dōTERRA Touch Cheer® Essential Oil Blend untuk bantu naikkan mood Happy dan Positif

Assalamualaikum 

Manalah semangat update blog aku ni lately menghilang. Jap muncul, Jap tenggelam, Allah berilah aku ilham nak update blog ni Allah. Nilah tempat aku sharing sesuatu bermanfaat dan tempat aku cari rezeki. 

Kebelankangan ni, banyak benda aku buat. kadang dah on laptop, dah nak menulis tapi idea tak sampai sebab aku dok fokus benda lain. Timing aku out langsung. hahahha. Nak menulis ni bukan senang bagi aku. Kadang idea ni datang time aku dalam bilik air. dah camne aku nak menulis pulak ? Pastu bila dah ambik hp atau dah on laptop hilang tah mana idea tu, TT (sobs~)

Lagi satu hal, dah aku ni seorang Working at Home mom (WAHM) jadi kerja aku dirumah dengan si anak. Bila anak sekolah aku takde pulak idea nak menulis, bila anak depan mata punya banyak idea. Sama,on laptop atau nak update guna hp, tup tup hilang je idea sekali ayat nak menulis tu . arghhhhh! (tu tak termasuk si anak panggil mamy 66x nonstop!)

Macam-macam hal kan? Kadang aku hope aku ade Super Power. Ape je lah super power yang patut. Tapi sebab aku takde Super Power dan tak mungkin akan ada Super Power, jadi aku perlukan sesuatu untuk aku rasa aku ni ada Super Power. Kalau boleh satu yang boleh control emosi aku. Sebab dari emosi tak stabil ni lah aku kadang boleh hilang fokus & takde mood nak menulis.

Aku sekarang addicted dengan Doterra Essential Oil. Actually aku ni suka Essential oil tak kesah lah ape jenama, janji baunya tak pecah. Pecah ni maksud aku, berubah ikut suhu. Ade certain essential oil yang aku pernah bau, baunya akan jadi tengik bila lama-lama. Doterra ni sama dengan Young Living (YL) bau dia mild sikit dari YL dan lebih kurang Plant Therapy 

Aku akan cerita lebih-lebih nanti kenapa aku suka Doterra ni dan ape lainnya Doterra ni dengan YL . Cuma aku nak bagitau, Doterra ni dia ada community  sendiri dan fokus untuk anak-anak Autism,ADHD dan lain-lain. Aku suka tengok Instagram adamsautismfamily . Nanti klik lah link tu dan korang boleh tahu kenapa aku suka sangat tengok Instagram tersebut.

Aku taknak cerita tentang single oil tapi menariknya Doterra ni dia ada blend oil jenis roll-on. Kalau YL roll on tak berapa banyak, kena buat sendiri kan? Tapi Doterra ni dah memang sedia ada. Bau semua best-best. Untuk blend Touch ni ada 6 jenis kesemuanya. Single oil pon ade yang jenis roll on (dah siap dilute) jadi tak payah lah susah-susah korang nak bancuh-bancuh kan?

  Macam aku ada sekarang ni namanya Cheer Touch (Uplifting blend)


Cheer Roll-on ni bukan je aku roll kan kat diri sendiri, tapi kat si anak dan si Babah. Magicnya, aku perasan dorang ni makin happy bila aku roll kan Cheer ni. Mungkin bau Cheer ni kot. Bau dia mongi sangat. Ade bau orange, bau spice-spice gitu. Eh susah aku nak explain. Cuma aku boleh bagitau, kalau korang yang tengah takde mood, then bau Cheer ni, boleh lah buat mood korang Cheer balik. haaa gituuu!


Lepas aku roll kat diri aku tu aku akan jadi macam dalam gambar ni 😆

Jadi nak dipendekkan cerita, ini lah minyak SUPER POWER aku sekarang. Ehhhh.. Lullabies Balm aku tak guna Doterra ye, Doterra ni aku guna untuk persendirian. Tapi kalau sesiapa yang minat nak beli boleh je halo-halo aku :) (klik je link wasap aku)

Hugs💗
 Fa Zahirah (Mamy Si Kekris)

======================================
UPLIFTING BLEND
dōTERRA Cheer Touch combines Fractionated Coconut Oil with the sunshiny, fresh aroma of dōTERRA Cheer essential oil blend. This convenient and gentle roll-on can be applied to the skin to counteract negative emotions and provide a boost of happiness and positivity when one is feeling down.
• Features Fractionated Coconut Oil, Lemon Myrtle, Clove, Wild Orange, Star Anise, Ginger, Zdravetz, Cinnamon Bark, Nutmeg, and Vanilla
• Promotes feelings of optimism, cheerfulness, and happiness
• Counteracts negative emotions of feeling down, blue, or low

Retail: RM96
Member: RM73

No comments: