Bila anak demam 4 hari.

Ini cerita 5 hari lepas. Si Airis tetiba demam. Semalamnya elok je pergi open house, pergi Alamanda shopping-shopping, sekali esok nya isnin boleh demam. (aku rasa dia demam rindu si mama angah dia. sebelum mama angah dia balik, dia pergi bantai melalak macam ape tah. Aku yang mak sebenar dia ni pun kalau tinggalkan dia takde pulak dia melalak gini~huh!)

Ok sambung. Isnin tu pagi hujan lebat, aku terbantai lelap sampai pukul 730am. Aku tengok si Airis elok je tidur dan aku pun malas nak bangun, jadi aku pun sambung tidur sampai pukul 8am (ok aku ter-missed Subuh!) dan aku pontengkan Airis sekolah. Rupanya tengah hari tu aku perasan badan dia dedar. Sampai ke malam badan dia panas dan sepanjang hari dia tidur je. Jadi takde lah serba salah sangat aku rasa sebab pontengkan dia sekolah! 

Selalunya, kalau airis demam, aku tak terus beri ubat demam. Sebab aku lebih suka kalau buat cara alami. Selalu aku akan cek suhu dia, kalau below 38'c tu aku akan keep sponging je dia. Dia start dengan batuk & selsema, jadi aku sapukan dia dengan Chesty Chest Rub Lullabies kerap-kerap & Bedtime Balm pun sama sebab dia cakap kepala dia sakit. Aku lap badan dia kerap-kerap. Aku letak kain lembab dekat dahi & leher dia. Kejap-kejap aku pantau suhu badan dia jangan kasi suhu tu mendadak naik.

Apa aku buat bila Airis demam:
1) Pantau suhu.
2) Mandikan dengan air suam & lemon (lemon ni aku slicekan tabur dalam bath tub)
3) Sapukan dengan Chesty Chest Rub dekat dada, tapak kaki & belakang badan & Bedtime balm dekat dahi dan tengkuk
4) Banyakkan beri dia minum air masak 
5) Masakkan sup ayam dan bubur nasi - Pastikan dia makan kalau tak badan akan lemah dan buat lagi mudarat
6) Keep Sponging badan dia terutamanya bahagian ketiak, kelengkang, tengkuk, belakang badan dan letakkan kain lembab di dahi (pastikan kerap-kerap lembabkan kain)
7) Normalkan suhu bilik, pastikan tak terlalu sejuk atau terlalu panas.
8) Pakaikan baju yang nipis dan selsesa. 

Hari ke 2 sampai ke 3 tu ok lagi. Cuma bila aku perasan badan dia dedar tak kebah. Aku beri jugak ubat demam sebelum tidur. Sebelum tu, petang aku beri dia ubat batuk Breacol yang aku beli kat farmasi. Malam lepas makan ubat demam, alhamdullilah suhu dia normal balik. Nampak lah dia berpeluh. Pukul 3 pagi dia muntah. Muntah kahak dan lendir. Dia cakap perut dia sakit, aku sapu Happy Tummy je, kejap-kejap aku pantau suhu. Dalam range normal lagi. Sekali pukul 6 pagi aku cek balik suhu dia terus mendadak naik ke 40'c

Ok aku panik! Terus aku bawa dia jumpa doktor. Aku tak pergi klinik biasa, aku pergi Pakar kanak-kanak area rumah aku ni (Klinik pakar kanak-kanak KiddieCare Sri Petaling) Klinik ni bagus, cuma aku tahu harganya mahal sikit. Aku hampir bawa Airis pergi Hospital Serdang tapi mak aku cakap, cek kat klinik dulu, kalau tak juga ok baru admit hospital . Lagipun si babah tak ada masa tu, jadi aku bawa je lah pergi klinik.

Masa doktor tu cek suhu Airis, aku nampak dekat termometer telinga tu 37.9'c. Aku dah sedikit lega. Maknanya dari pagi tadi, suhu dia dah turun juga lah. Tapi bila doktor tu cakap suhu masih tinggi aku dah balik panik. Dia cakap sebab dah hari ke-4 masih tinggi, dia nak buat "blood test" dengan "influenza test" untuk langkah berjaga-jaga. Dia cakap sekarang ni memang banyak kes denggi & influenza. Dia tengok tangan, mulut airis taknaik "blister" jadi dia cakap bukan HFMD. Alhamdullilah lega lah sikit hati aku.

Blood test dengan Influenza test ni buat kat klinik je, sebab klinik ni semua mesin ada. 5 minit je result dah keluar. Blood test tu dia cucuk sikit je kat jari airis, ambik sikit je darah dalam tiub nipis kecik. Muka Airis dah panik dah tapi tak menangis. Result keluar alhamdullilah bebas Denggi sebab platelet darah dia normal. Result semua normal. Doktor cakap ni hanya virus dan bukan bakteria. Virus ni macam-macam virus. Cuma virus ni datang dan pergi. Jadi memang kena pantau takut mudarat.

2nd test Influenza pulak. Test ni sakit sikit. Dia masukkan tiub halus dalam hidung airis untuk ambik lendir hidung. Masa ni airis melalak. Maybe tak selesa or maybe sakit. Result dia alhamdullilah, takde influenza A or B. Doktor cakap bukan sinus pon sebab result dia masih ok, kalau sinus ade 1 line tu no dia tinggi. Selama ni aku puas lah fikir dia sinus sebab tidur berkeruh. 

Doktor cakap, aku bawak airis good timing. Sebab nak cek influenza ni memang kena demam hari ke 3 atau 4. Selalu awal-awal susah sikit nak detact. Bila dua-dua result negative, aku memang lega. Kau tak tahu berapa banyak zikir aku baca sambil-sambil tunggu result tu. huhuhu

Doktor cuma bagi ubat batuk, kahak dengan demam. Dia cakap beri 2 hari konsisten ubat. Kalau ok takperlu makan lagi & kalau dalam masa 2 hari masih demam, bawa jumpa dia balik. (aku rasa kalau masih demam aku terus hantar hospital serdang je huhuh) Total aku kena masa tu sekali test, ubat dan consultation RM249! Mahal kan..tapi aku puas hati! Doktor tu cakap sangat jelas dan explaination dia pon clear. Tak kesah lah, janji anak aku balik sihat! Duit boleh cari.

Ohhh, doktor cakap, tekak airis tak merah, lung dia clear walaupun still banyak kahak (anak aku ni cukup susah nak buang kahak, selalu dia telan balik!)

Balik tu lepas aku kasi dia makan dan makan ubat, dia tidur lama & aku cek suhu dia terus normal. Malam tu aku masih beri dia ubat demam sebab aku risau naik balik suhu dia. Alhamdullilah esoknya terus ok sampai sekarang. Ubat batuk aku kasi sampai Jumaat. Jumaat aku skip kan juga sekolah. Sebab batuk dia still ade dan mama cakap biar dia rehat lagi sebab dia baru sangat baik. Total 5 hari straight dia tak pergi sekolah.huhuhu.

Semalam,sabtu aku dah stop kan dia ubat batuk. Kenapa? sebab aku perasan dia macam ketagihan. Kejap-kejap mintak ubat batuk! hahahha. Korang tahu, aku ni sejenis tak suka anak makan ubat. Aku suka natural way. Tapi bila dah teruk sangat terpaksalahkan beri ubat. Aku bukan lah anti-ubat terus. Cuma aku beli kalau betul-betul perlu beri. Aku pernah terbaca once upon a time, batuk dengan selsema ni virus. Bila virus ada dalam badan kita, badan kita ni fight untuk lawan virus tu. Sebab tu badan kita panas. Kalau antibodi kita tak kuat melawan penyakit, itu lah jadi lemah dan mudarat. If kita sikit-sikit nak bagi ubat, demam sikit je bagi ubat, selsema sikit je bagi ubat, badan kita ni tak mampu nak fight virus tu sendiri  dan buat sistem immune kita makin lemah. haaaaaa kalau aku salah maafkan aku. Tapi ni lah yang aku dapat dari pembacaan aku dulu.

Airis dari kecik aku memang tak biasakan dia dengan ubat. Sebab dia fully breastfeed, dan aku percaya dengan susu ibu ni akan kuatkan imun dia. Kalau dia demam, aku susukan dia kerap-kerap.  Alhamdullilah selalunya 1 hari je demam dia paling lama. Bila dia dah tak menyusu, makan pulak dah macam-macam, rajin pulak lah dia nak demam! Sampai mama suruh aku susukan dia balik...huhuhu

Ok, dari semalam aku cuma beri airis 1 sudu madu (natural honey yang aku beli kat shopping mall) dengan 2 titik jus lemon. (aku nak titik essential oil je, tapi dah ade buah lemon aku guna je buah lemon) hari ni aku perati batuk dia dah jarang-jarang. Aku paksa dia minum air suam panas kerap-kerap. Semalam mama aku dah selamat bagi dia aiskrim! uhuhuhuhu

Aku baca sekali 1 potong ayat dari surah Yunus yang baik untuk melegakan batuk macam kat bawah ni. Sambil-sambil tu aku keep sapukan Chesty Chest Rub dekat airis konsisten sebab aku percaya, balm ni buat kahak dia cair dan mudah keluar jadi lung dia clear. Alhamdullilah.


Hari ni aku pulak yang batuk + semput pakej hidung tersumbat pulak. hahahha . Aku pulak menenyeh Chesty Chest Rub kat diri sendiri.
Alhamdullilah airis dah sihat sepenuhnya. Esok boleh lah dia pergi sekolah dan alhamdullilah aku pulak punya turn. Esok boleh lah aku Me Time rehat 5 jam. Allah nak kasi aku rest lah ni. 

Tapi boleh ke aku rest......ehm...

Rawat anak demam cara alami



0 comments