Friday, July 6, 2018

Macam mana sebenarnya kehidupan seorang "Work at Home Mom" (WAHM)

Masa raya hari tu, lama aku duduk rumah mentua aku. Aku suka berborak dengan dia sebenarnya. Dia suka bercerita. Aku respect dia. Anak 11 orang semuanya, semua dia uruskan sendiri. Sampai sekarang, kalau anak-anak balik, tersebut nak makan itu ini, terus dia masakkan. Kalau 11 orang punya selera, 11 jenis lauk lah terhidang kat meja makan tu. Dia cerita, masa anak-anak kecik, semua dia uruskan. Kalau nak raya sampai ke cari buluh, cuci beras, merendang semua dia buat. Ayah mentua aku memang tak bantu langsung. Hanya bagi duit belanja atau beli kan barang-barang masak je. Tugas Ayah mentua aku ialah cari nafkah dan tugas mak mentua aku ialah jaga anak-anak dan rumahtangga. Masa pantang pun dia jaga diri dia sendiri. Masa tu anak-anak semua kecik-kecik lagi. Bila aku dengar, aku respect. Sebab aku tak boleh jadi gitu. Suami aku duduk ngadap handphone sedangkan aku sibuk memasak dan anak menangis tak dipedulinya pon aku dah meradang! Aku selalu cakap aku penat tak larat. Aku dah macam ape tah uruskan rumah dengan anak sorang. hahahah. Tapi mak mentua aku, dengan anak 11, dengan ayah mentua aku tak bantu langsung pun dia masih bersabar. huhuhu

Aku dah biasa bekerja, pegang duit sendiri,fokus pada kerja yang aku buat tanpa gangguan. Tapi bila aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi seorang WAHM semua jadi tak tentu arah. Dah sampai masa aku ketepikan semuanya.

Ini kisah aku, seorang "Working at Home Mom" atau kalau shortform yang femes WAHM(sebutannya wamm-lebih kurang)

Aku terjebak dengan dunia WAHM ni masa Airis umur 6 bulan. Yes, kalau kau seorang yang aktif Multi-Level Marketing (MLM) mesti dah biasalah dengar perkataan WAHM ni. Semua wanita (ke aku je) memang mengimpikan kehidupan WAHM ni . Duduk rumah sambil buat duit siapa yang taknak kan? Aku membayangkan kehidupan seorang WAHM tu sangat simple. Duduk rumah, jaga anak, masak dan "making money" 

Bulan pertama tu semuanya baik-baik je. Aku masih punya saving dan balance gaji sebelum berhenti. Silap aku cuma aku berhenti kerja sebelum bulan puasa, dan aku terpaksa sekat perbelanjaan aku untuk beli kelengkapan raya. Masa ni, suami aku agak struggle sikitlah, yelah kalau sebelum ni kami ade 2 income tetapi tiba-tiba jadi 1 income. Nak bayar itu ini, beli itu ini. Masuk bulan ke2 aku dah krik-krik. Kalau masa kerja dulu, aku ada duit gaji untuk rolling stock barang MLM aku dan aku pegang kuat dengan kata-kata leader aku masa tu "stock tu umpama gula,gula akan tarik semut-semut datang(semut tu umpama customers)" Jadi aku takde masalah nak restock barang-barang aku dan alhamdullilah memang habis pon semuanya dan aku mampu rolling balik guna duit gaji + duit untung sales + commission yang aku dapat setiap bulan. 

Lepas aku dah tak kerja, duit yang aku ada aku terpaksa dulukan perbelanjaan rumah, aku dah kurang restok barang. Bila sales aku kurang, leader aku pun kurang ambik perhatian kat aku. hahahha. Yes this is true. Aku bukan nak mengata. Tapi ni lah aku lalui. Jadi hampir 1 tahun aku struggle hidup aku sampai Allah tu jumpakan aku dengan Essential Oil Young Living ni. Start dari situlah kehidupan aku sedikit baik dan makin hari aku nampak hikmah semua ujian-ujian yang aku hadap.

Aku rindu nak bekerja. Rindu nak pegang duit gaji setiap bulan. Rindu nak shopping dekat KLCC, rindu nak beli perfume sesuka hati setiap bulan bila time gaji. Rindu nak beli makeup dan baju cantik-cantik. Ramai je kawan-kawan aku yang suruh aku balik bekerja bila aku cerita masalah kewangan aku. Kadang aku naik rimas jugak. Yela,aku kadang bercerita masalah aku untuk release kan tekanan aku, bukan untuk dengar cadangan "balik bekerja"tapi ada lah dalam  2 ke 3 kali juga aku cuba nak hanta resume. Tapi bila aku pandang muka Airis, aku tak jadi. Airis ialah kekuatan aku. Reason aku yang utama sebenarnya Airis. Ini lah semua orang tak nampak, tak rasa, tak cuba fahamkan.

Airis ni fully Breastfeed. Disebabkan adik aku taknak sambung jaga Airis sebab risaukan mama sensorang kat kampung dan aku pulak sejenis yang tak sanggup anak aku dijaga orang yang aku tak kenal, jadi aku ambik keputusan untuk berhenti kerja. Suami aku mulanya setuju sebab aku cakap commission MLM aku boleh kaver semua gaji aku, tapi bila keadaan jadi tak sama macam yang dirancang, dia dah mula rasa tertekan. Aku pun sama.

Aku ada dateline. Aku ada target sales yang aku perlu achieve. Dalam planner aku penuh benda aku nak buat. Ni memang selalu aku buat masa aku bekerja pun. Aku suka planning. So aku takkan missed ape-ape task dan aku takkan kelam kabut. Kehidupan WAHM tak sama macam bekerja di pejabat. Kalau kerja kat pejapat, kau boleh buat kerja tanpa gangguan (kalau gangguan pon sementara dari boss kau ke, clique kau ke yang nak ajak kau minum pagi) Kau boleh start buat task kau ikut planner kau sampai habis. Bila jadi WAHM ni, asal aku on laptop je Airis menangis, masa tu lah dia nak menyusu, dah menyusu nak kena main-main dengan dia pulak, then nak mandikan, nak suapkan dia makan, tup-tup dah petang. Jadi Off kan jelah laptop tu dan masuk dapur start masak kang suami aku balik nak makan. 

Aku hanya dapat pegang HP je masa tu, kang nak update produk, macam-macam pulak gangguan, sudahnya terus takde mood. Update gamba airis je la. hahahha

Idea nak menulis tu bukan selalu ada. Aku langsung takde mood. Tapi aku tau, 80% customer aku datangnya dari blog masa tu. Kalau aku tak update blog aku, % sales tu akan menurun. Susahlah aku nak cari income. huhuhu. Sebab aku cuba juga berniaga ni Ig, FB tapi memang blog juga orang baca. Jadi aku percaya kuasa blog tu dapat bantu sales aku dan income aku.

Anak aku pulak jenis mengempeng (melekat) Sebab dia menyusu badan, asal nak tidur je kena mengempeng. Kalau aku nampak dia dah lelap, aku lepaskan susu, dia akan terjaga dan balik lah mengempeng. huhuhu. Sebab tu aku sangan heaven kalau dia tidur. Masa dia tidur semua kerja aku buat pelan-pelan. Pastikan takde bunyi langsung yang keluar. Kalau anak aku terjaga, habislah kerja aku 1 hari tu. Bila anak aku mengempeng, aku boleh pergang HP je lah, taip-taip lah ape yang patut, tapi selalunya, aku pon sama tertidur. (hey! bila menyusukan anak, energy kita pon sama low dan kerap mengantuk)

Aku kuatkan juga semangat aku. Bila anak aku tidur je, aku update blog, aku update ig, update FB aku, aku buat macam-macam untuk dapatkan sales tu. Kadang aku terpaksa biarkan airis main sorang-sorang, aku jeling-jeling je dia. hahaha. Kadang aku biarkan dia melalak sampai sedu-sedu. Bila malam nak tidur, aku tengok muka dia tidur, teringat  ape yang aku buat kat dia, aku pulak yang melalak sedu-sedu. Sebak wei! Bukan senang nak jadi WAHM! Aku selalu doa Allah bantu aku uruskan semua dan mudahkan urusan aku. Aku hampir gaveup! Tapi bila tengok muka Airis aku balik kuatkan diri aku.

Apa yang aku dapat sepanjang WAHM ni, aku dapat buat Dhuha tanpa rasa terkejar-kejar. Kalau dulu, aku curi masa pagi aku kat pejabat untuk ke surau dan solat dhuha sekali pam susu untuk stock Airis. Then dari 2 rakaat aku dah dapat upgrade ke 4 kadang 6 rakaat duha. Alhamdullilah.

Sales aku bukan selalu ada. Masa tu leader aku pon tah kemana, aku struggle sendiri. Aku belajar dan cari ilmu sendiri. Aku gunakan ilmu yang ada untuk aku upgradekan sales aku. Alhamdullilah, dari rasa tak cukup, Allah sentiasa cukupkan semua kekurangan. Tapi, bila jadi WAHM ni, ajar aku jadi seorang yang think positif. Rezeki bukan nya pada duit je kan? Banyak sumber rezeki lain. Sebab aku fully breastfeed anak aku, airis membesar dengan baik, tak demam, tak meragam aku nampak semua perkembangan Airis membesar depan mata. Aku tak payah risau apa-apa tentang Airis. Kalau dulu aku jumpa dia waktu malam dan weekend je. Sebab pagi-pagi aku dah pergi kerja sebelum dia bangun. Balik kerja pun dah lewat, aku tau nak tidur tidurkan Airis dan nak tidur sebab penat.

Aku dapat bangun tahajud. Ini aku suka, dapat beberapa minit dengan Tuhan aku cukup bersyukur. Aku boleh mula baca Al-Quran. Yelah, waktu aku banyak kan, lepas duha tu aku bacalah quran. Airis aku letakkan kat tepi. Biar dia golek-golek depan mata aku.

Sales aku semakin nazak. Tapi aku dapat upgrade diri aku dekat dengan Tuhan. Cuma aku jadi tekanan bila aku dah dapat nak Me Time. Suami aku kerja 24/7, aku nak keluar pun angkut si Airis. Berdualah aku anak-beranak pergi sana sini. Ini memang penat. Aku kadang sampai nak menangis semata nak Me Time tu. Sepanjang airis masih kecik, aku jarang dapat keluar, kalau nak keluar pun dengan sedara mara aku yang dapat tolong aku handle airis. Kadang BFF aku pon bantu aku handle airis. Anak kecil ni susah sikit nak handle. Lebih-lebih lagi bila dia full breastfeed. Kejap-kejap nak mengopek. hahahha

Boleh dikatakan, suami aku memang tak bantu aku apa-apa pun dalam urusan jaga anak sebab dia sibuk bekerja. Aku cuba juga sesuaikan masa aku, nak masak, nak uruskan perniagaan aku masa tu. Penat memang penat. Demam pun redah je. Mana ada masa nak demam. Aku paling happy kalau adik aku dengan mama datang. Memang aku qado tidur aku 1 hari then bawa naik laptop dalam bilik, buat semua task aku yang aku terlepas plus siap buat task in advance. hahhaha

Bila mama datang lah aku amik peluang "Me Time" atau aku pergi kelas-kelas merketing. Aku lebih selesa kalau dapat belajar Online je. Sekarang ni dah banyak cikgu-cikgu online marketingkan.

Life getting better bila Airis dah bersekolah. Bila dia dah besar, kepenatan tu dah kurang. Aku ada masa 5 jam untuk aku uruskan bisness Lullabies balm aku. Aku dah makin pandai uruskan masa aku tu. Buat bisness sendiri sebenarnya lagi penat. Lagi-lagi aku home bisness, Aku belum ada pekerja, belum ada office. Semua aku buat sendiri dari A to Z. Macam mana aku bahagikan masa aku? 
Semuanya dalam Planner. Planner aku bersepah. setiap minggu aku dah plan sekian-sekian urusan. Bukan je tulis dalam buku, siap tampal kat dinding. Ikut dengan tak je. Selalunya memang tak ikut lah.hahahha Aku buat mana yang aku mampu buat. Macam nak update blog, kalau dalam 1 hari tu idea aku mencurah-curah, aku akan update 2 3 entry sekali dan schedule kan. senang. 

Buat balm pon gitu, sekali buat aku akan buat 200 bekas sekali, then aku hanya buat balm yang dah kurang stock. Aku selalu tak buat stock yang banyak. Dalam sebulan hanya min 500 bekas je kecuali kalau permintaan banyak pernah sampai  1k bekas sebulan.

Macam mana aku manage kewangan aku? Terus terang aku cakap, ni bab yang paling aku lemah. Suami aku bukan bergaji besar, dia pon ada hutang-hutang bank yang perlu disettlekan setiap bulan. Aku pulak jenis tak suka susahkan dia. Jadi aku kena bijak nak kawal perbelanjaan aku. Aku pon ada amanah hutang bank (masa bekerja) yang aku belum habis bayar. Setiap bulan keuntungan aku habis membayar amanah hutang aku tu je. hahahha Tapi aku redho sebab aku yang create masalah tu, so aku kenalah settlekan semua kan?

Aku sekat perbelanjaan yang tak patut. No more shopping like a king. Aku reward diri aku dengan Me Time kadang-kadang dengan BFF aku, pergi makan sedap-sedap. Aku dah lama tak shopping baju ke handbag ke, last aku beli ialah baju raya. hahahha selainnya aku dulukan Airis. 

Alhamdullilah Lullabies balm ni dapat sambutan ramai. Walaupun masih lagi kecil-kecilan tetapi niat aku supaya bisness aku ni beri manfaat untuk ramai orang insyaAllah. Doakan aku cukup rezeki untuk aku submit balm aku ni untuk KKM. Aku tahu, KKM ni penting kan, tapi nak dapat KKM kena sekurang-kurangnya pengeluaran 10K sebulan. Kalau 10k sebulan tu dah tahap kilang. Pengeluaran aku baru max 1k bekas. huhuhu Tapi korang jangan risau, aku ada laptest untuk balm Lullabies ni. InsyaAllah sikit hari lagi aku akan share Lab Test semua balm-balm ni ye.

Jadi pendapat aku, if korang nak jadi WAHM sebenarnya bukan susah pun. Cuma kena ada plan. Aku takde plan, aku main redah je. huhuhu. Pastikan saving korang cukup nak kaver 6 bulan pertama. Sebab 6 bulan pertama tulah yang struggle dan tempoh penyesuaian diri. Pastikan semua hutang-hutang bank korang dah settle. Sebab trust me, hutang bank ini lah yang akan menganggu hidup korang. Selain tu, mintak suami redho dan mintak dia faham dengan situasi korang. Seorang Wahm bukan Superwoman. Sebenarnya WAHM ni lagi penat kehidupannya dari seorang yang bekerja di pejabat. 

Bila jadi WAHM kena prepare mental dan emosi. Sampai sekarang dua-dua tu aku masih belum dapat kawal 100%

But

Allah sentiasa ada dengan kita. Berdoa banyak-banyak moga Allah bantu kita dan mudahkan urusan-urusan kita setiap hari.



Post a Comment