Friday, June 29, 2018

Hari raya,Makcik Pakcik Bawang dan bila anak dah "ready" nak Adik.

Alhamdullilah,dah 2 minggu kan kita beraya. Kejap je aku rasa. Ye lah aku duduk kampung start dari Airis cuti sekolah sampai  seminggu raya. Jadi dah berapa banyak open house korang pergi? Soalan tepat untuk aku ialah "dah berapa KG berat aku naik?" sebab aku tak pergi mana-mana open house pon cuma aku dok menghadap kuih raya macam esok dah nak habis raya. huhuhu

Bila tiba musim-musim perayaan, macam biasalah mesti jumpa ramai sedara mara kan? Seronok memang seronok. Sebab dah lama tak jumpa, ni jelah masa yang kita nak jumpa, borak-borak. Tahun ni aku beraya rumah mentua. Ye, turn sebelah suami. Kau tahu betapa liatnya aku nak packing balik rumah mentua. Kadang aku sampai cakap kat diri sendiri "kalaulah ada rezeki aku pregnant bulan puasa ni bagus kan, tak payah nak heboh-heboh kena masak nanti" tapi dah niat tak baik, Allah pun tak perkenankanlah, heh~ aku datang bulan masa 2nd week puasa. Jadi masa raya takde lah berita terbaru aku atau takde lah update "Im Pregnant

Tipulah sepanjang beraya takde soalan cepumas dari Makcik Pakcik bawang. Hey..aku dah menghadap soalan ni hampir 8 tahun pun. Start awal perkahwinan aku pun dah ditanya soalan ni, masuk tahun ke2 lagi lah kuat soalan ni bunyi. Lepas airis lahir, masuk airis 6 bulan pun keluar juga soalan ni.Sekarang Airis dah 5 tahun..masih soalan yang sama tapi bukan pada aku, tapi pada Airis.

"Airis taknak adik ke?"
"Tengok si XXX tu, ada adik. seronok. Main sama-sama. ni kalau semua dah balik, airis tinggal sorang. Main sorang-sorang. Tak best"

Panas je telinga aku dengar. Airis pandang aku, aku senyum je. Then dia sambung main. Tapi masa aku solat, dia datang kat aku tanya "Kenapa airis takde adik, mamy? Lambatlah Allah nak kasi airis adik. Airis nak adik.."

Puas aku explain, Allah tak bagi bukan sebab Allah tak sayang Airis. Allah belum nak hantar lagi. Sebab Allah nak hantar yang paling Best Adik in the world untuk Airis. So Airis boleh jadi The Best Kakak in The World. Then aku suruh dia doa hari-hari. Ye, aku dengar dia doa. maknanya dia memang nak sangat adik. Bertabahlah wahai anak. 

Bukan aku dengan suami aku taknak anak lagi. Tipulah.
Kalau boleh aku nak anak ramai. Sebab bagi aku, adik beradik ni lah tempat kita mengadu nasib, susah senang macam aku dengan adik beradik aku. Kalau aku sesak, dorang tolong. Kalau aku stress dorang lah yang tadah telinga dengar masalah aku. Kalau dah takde kawan nak berjalan ke, gosip ke, ape ke adik-adik kaulah yang hiburkan kau. Ye, aku doa Airis ada adik beradik yang rapat dan sayang each other. Aku tak nak dia sorang-sorang bila aku tak ada nanti. 

Aku rasa bukan aku je face benda ni kan? Setiap kali soalan ni datang, aku membayangkan kawan-kawan atau sedara mara aku yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Lagi peritkan perasaan dorang? Sedara mara sebelah mak aku sendiri ada yang dah 10 tahun kahwin masih belum ada anak. Kawan-kawan aku juga pun ada yang senasib. Aku malas sikit nak layan kalau orang yang baru 1 tahun kawin melalak-lalak update FB ke IG ke soalan pakcik makcik bawang ni. Setiap bulan update emoji sedih-sedih sebab datang bulan. heh~ sebab bagi aku, setahun dua kawin tu ialah masa kau nak Honeymoon dan mengenali pasangan kau masing-masing. Percayalah, bila ada anak kehidupan kau akan bertukar 360 darjah. Masa tu kau jangan update "need me time" sebab masa Allah kasi kau me time tu kau sibuk mintak macam-macam. huh!

Apa-apa pun semua ni Rahsia Allah. Aku ke, makcik bawang ke, pakcik bawang ke tak tahu ape sebenarnya yang Allah dah tetapkan. Mungkin bukan sekarang airis ada adik, mungkin bulan depan? mungkin tahun depan? atau mungkin Allah tu cakap cukuplah 1, jaga baik-baik, didik baik-baik. 

Untuk Pakcik Makcik bawang, aku tak marah atau ambik hati. Aku anggap tu 1 gurauan atau 1 soalan ramah nak mengeratkan silaturahim. Aku anggap itu 1 doa. Moga Allah balikkan kebaikan dan rahmat.

Aku doakan yang membaca entri aku ni, yang masih belum dikurniakan cahaya mata atau yang senasib dengan aku, moga Allah makbulkan doa-doa kalian untuk menimang cahaya mata dalam masa-masa terdekat ni. Aaaminn Allah Ya Mujib.

Yang masih 1 anak nya, jaga dan didik lah amanah Allah itu dengan baik. Beri kasih sayang yang secukupnya. 

Syukur Alhamdullilah.
Allah belum beri aku cahaya mata ke-2 tapi Allah beri aku rezeki yang banyak dekat bisness Lullabies balm ni. Alhamdullilah Allah izinkan aku bantu mak-mak beranak kecil ni dengan Lullabies Balm  

Korang yang nak beli atau tengah mencari balm baby dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia terlarang boleh usha IG LULLABIES BALM ok


Post a Comment