Friday, May 12, 2017

Anak Demam dan Essential Oils

Assalamualaikum
Sedih bila tengok blog aku jarang berupdate.. padahal kepala ni macam-macam idea nak menulis. Cuma peluang tak ade. Aku fikir jugak ape yang aku buat seharian sampai takde masa... ehm...

Sebelum aku terlupa dan sebelum aku masuk draf sekali lagi entri ni.. aku nak say thanks dekat +Shaidatul Aireen sebab pilih blog aku masuk bloglist Mei dia. Tak kesah la tak dapat pretzel kaler-kaler tu..kang kita beli je la kalau termengidam..hehehhe

Dua hari lepas Airis tetiba demam panas. Bagi aku panas.. near 40'. Sebab airis jarang demam. Tapi kalau dia demam memang near 40'.  Pastu dia ni suka sangat demam me ngejut. Siang elok main-main.. lompat sana sini.. esok subuh demam panas... Airis selalu demam sehari je dah reda. Tapi makin dia besar, demam dia kadang hampir 3/4 hari. Aku percaya, bila airis dah hampir wean off, dia dah kurang menyusu aku macam rasa antibody dia tak sekuat masa dia fully breastfeed.

So ape yang aku buat? Sama je sebelum dan selepas aku jadi dukun minyak ni. Cuma bila dah jadi dukun minyak aku cuma apply je la minyak-minyak aku ni. Kalau dulu aku memang pastikan ade buah lemon dalam fridge. Sebab anak ni demam ni bebila pon boleh. Lemon ni aku hiris, letak dalam bathup air suam.. biar dia berendam. Then aku suka buat lemon oil (olive oil then perah lemon) untuk urut satu badan dia masa demam selsema. Kalau demam yang sebab virus dan batuk, aku buat garlic oil. Epsom salt pon bagus untuk turunkan suhu demam. 

Subuh hari yang dia demam tu aku perasan badan dia panas. Sebab dia mintak menyusu, aku rasa mulut dia pon panas sangat. Bila cek suhu badan dia memang 39.8' mau nyaa aku tak panik! Sebab semua oil-oil aku kat bawah yang ade cuma Bedtime Rub & Vapour Rub Auroma Scents, aku sapu dedua ni kat badan..belakang badan. Pastu Vapour Rub aku sapu kat tapak kaki & Bedtime dekat kepala & leher. Lepas tu aku tuam kepala dia dengan kain lembab.. 10 minit aku cek balik alhamdullilah turun ke 38' tapi still demam.


Dalam pukul 10 pagi aku cek balik suhu dia masih 38'. Aku TAK sapu Bodyguard balm. Sebab Bodyguard ni khas untuk protection. Essential Oil dalam Bodyguard ni ade yang panas. Jadi kalau sapu aku risau suhu badan yang panas akan semakin panas. Sebab tu aku hanya gunakan Vapour Rub & Bedtime Rub je kalau anak demam.


Single oil actually lagi bagus. Selain dua jenis balm yang aku guna ni.. aku gunakan juga LLP (Lemon,Lavender,Peppermint) Layerkan 1 drop each dekat tapak kaki dua-dua belah. Then aku titikkan  juga Lavender Essential Oil dekat atas kain lembab yang aku letak atas kepala Airis. Frankincense pulak aku sapu sepanjang tulang belakang. Alhamdullilah suhu dia turun ke 37.6' . Dan aku buat ni je kerap-kerap sampai suhu dia betul-betul normal. Air masak pun aku bagi dia minum lebih-lebih. Babah dia masakan dia sup ayam. Bagusnya airis ni dia masih ade selera makan walaupun suhu tinggi macam tu.
Dia tau dia demam.. dia tau badan dia panas.. dia still taknak rehat.. taknak tidur..sebab tu suhu dia naik balik ke 38' esok nya..

Aku still buat balik rutin yang biasa.
1) sapukan Bedtime Rub dekat seluruh badan & dahi. Then letak kain lembab yang aku titikan essential oil Lavender tu dekat dahi.
2) Sapu Vapour rub dekat dada & bekalang badan & bahagian tekak.
3) Tapak kaki aku sapukan 1 drop each Peppermint Essential oil setiap sejam. Just Peppermint Essential Oil. Sebab memang aku akan terjaga setiap jam nak cek suhu airis.
4) Aku diffuse Lemon & Lavender

Alhamdullilah hari ni ni dah fully recovery.. syukur ya Allah! Aku tak bagi dia makan ubat itu yang lagi syukur huhuhu sekurang-kurangnya aku dapat elak dari dia makan ubat.
So aku sangat-sangat recomen dekat semua ibu-ibu.. atleast ade 3 eo ni dekat rumah Lemon,Lavender & Peppermint. Pon dah cukup tau. Korang beli sekali balm-balm Auroma Scents especially Bodyguard (protection) Vapour (selema&batuk) Bedtime (Legakan badan & tidur lebih lena)
InsyaAllah aku bantu mana yang boleh dan yang terbaik. 

Post a Comment