Sunday, May 14, 2017

Kisah Gelang Hilang

Assalamualaikum & Selamat Hari Ibu! Pergi mana je hari ni? Mesti semua jalan-jalan, makan kat luar kan? Aku macam hari-hari biasa, duduk rumah. Aku pandang Airis, Airis pandang aku. Suami aku kaki kerja . Sangat workaholic. Time-time cuti pun kerja, time kerja apetah lagi kan? Kadang aku bersyukur sangat aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Kalau aku juga bekerja, entah-entah airis ni ape la jadi. Sebab aku pon sejenis workaholic. Tapi aku yakin, keputusan aku ni betul. Allah tu Maha Mengetahui. Ade hikmah & kebaikannya kan? 

Sepatutnya aku ikut auntie aku pergi settlekan beberapa urusan perkahwinan sepupu aku, tapi aku gila malas. Rasa nak melunjur kaki dekat rumah tengok Movie Korea. Padahal setiap hari pun aktiviti aku sama je kan? Almaklumlaaa suri rumah sepenuh masa... ape je aku buat kan? Kain 2 bakul besar pon aku tak lipat-lipat. Rumah pun tak berkemas.. Aku seorang WAHM (Working at Home Mom- jadi aku bahagikan masa aku ni dengan macam-macam hal-Rumah,anak, suami,bisness) sampai kena squeez aktiviti untuk diri sendiri

Ok aku nak cerita something. Last week tak silap aku, aku bawa airis pergi Giant Kinrara nak main playland free dalam tu. Haa ni cerita yang esoknya dia demam panas. Korang boleh baca entry aku tu nanti. Hari yang aku bawa dia main dekat playland tu, malam tu aku perasan yang gelang aku selalu pakai hilang. Gelang tulaa satu-satunya hadiah birthday aku yang ke-29 suami aku hadiahkan. Lepas tu jangan cakap gelang emas, bunga..wish pon tak hado! sobs~ so itu je la harta emas aku ade. Bukan sebab aku berkira nak beli, aku tau emas ni banyak benefit dia cuma aku bukan peminat emas. Jadi ape yang ade tu lah aku pakai & simpan. Actually dalam week tu macam-macam Allah nak duga aku. Gelang hilang, anak demam pastu aku dapat 1 feedback negatif dari pengguna balm Auroma Scents. Tu nanti aku story. Menarik cerita tu.

Bila dah perasan hilang, 1 malam aku tak boleh tidur. Aku cari merata 1 rumah. Gelang tu halus je, pastu selalu sangat tercabut sendiri (mungkin halus sangat kot..hahahha) Airis laa yang paling sibuk tolong mencari satu rumah. Aku tak rasa gelang tu cicir kat Giant. Last aku perasan gelang tu masa aku teman airis main dekat playland tu. Tapi hati aku ni kuat cakap yang gelang tu ada dalam rumah. Korang kalau hilang barang yang hilang dekat luar mesti rasa hati berdebar-debar kan? Rasa hati tak sedap je. Dok fikirkan barang yang hilang tu. Tapi aku tak rasa apa-apa sebab aku yakin gelang tu ade dalam rumah. Cuma aku tak tau kat mana & aku malas nak fikir sebab macam-macam benda serabut dalam otak aku masa tu.

Hari ke hari aku macam takde perasaan nak mencari gelang tu. Entah kenapa. Redha ke camne? Tapi esoknya tu aku ade baca gak doa barang hilang. Korang cari je kat Youtube doa tu. Aku baca pon sekali je, pastu aku tarik nafas, mengalir gak la air mata sebab sayang weii gelang tu sebab si suami yang kasi kan. Nak beli baru atau mintak baru emas bukan murah. Tapi aku yakin, kalau rezeki aku mesti aku jumpa balik gelang tu. Kalau bukan rezeki aku, insyAllah Allah gantikan yang lebih baik.

Setiap hari airis akan bising-bising cakap pasal gelang aku. Semua orang yang dia jumpa dia akan cerita yang gelang aku hilang dekat giant. Bukan tu je, si bijak ni memang usaha cari gelang aku sampai dapat. Yang bestnya, bukan gelang yang dia jumpa tapi semua getah rambut aku yang lama hilang atau missed place dia jumpa. Cakap tu gelang aku. Kompius maybe sebab aku selalu gak letak getah rambut dekat pergelangan tangan aku. 

2 hari lepas time aku sibuk dalam bilik air si bijak ni ketuk pintu bilik air kuat-kuat cakap dia dah jumpa gelang aku. Aku iyakan je dari dalam bilik air sebab aku tau another getah rambut le tue. Dia paksa gak aku keluar cakap gelang aku dah jumpa! Alhamdullilah! Memang gelang aku. Memang Airis jumpa gelang aku. Dia punya happy melampau dapat jumpa gelang tu dari aku! Dia cakap dia jumpa bawah katil. Dia nak ambik ape tah nampak gelang aku. Dia cerita 1 rumah pasal dia yang jumpa gelang tu. So malam tu gak aku pergi tapau KFC upah sebab jumpa gelang aku..

Ade hikmah dia aku bersabar. Dalam week tu walaupun banyak benda serabut aku face, Allah bagi aku rezeki sales beratus-ratus sehari. Pengubat jiwa juga kan? Alhamdullilah.

Baru tau nak merasa dapat gelang baru present Mother's Day.. ahhahaahah. Alhamdullilah, dah jumpa ni syukur alhamdullilah. Aku bisik dekat airis, nanti besar kerja bagus-bagus belikan aku gelang emas tebal. Dia cakap "OK Mamy, nanti aiyish belikan mamy gelang besar" (tears~)

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU HEBAT DI DUNIA!






Post a Comment