Tuesday, March 21, 2017

Review Produk Auroma Scents

Assalamualaikum

Salah satu target aku ialah nak kuatkan lagi nama Auroma Scents supaya aku boleh letak homemade aku ni dekat kedai-kedai atau butik-butik barangan bayi. Walaupun orang dewasa pun boleh guna tapi aku fokuskan pada bayi sebab tu aku gunakan essential oil yang sesuai untuk bayi. InsyAllah aku tengah buat paper work semua dan kalau takde aral melintang, tahun depan sampai lah Auroma Scents ni dekat kedai-kedai barangan bayi.

Masa aku bagi 100 bekas sample pada kawan-kawan pun aku dah banyak kumpul feedback dan sekarang alhamdullilah makin banyak lagi feedback positif yang aku dapat. Sekarang dah banyak brand Homemade Balm yang korang boleh jumpa dekat IG atau online semua ade masing-masing punya kelebihan dalam produk mereka, dan homemade balm aku ni terhasil sebab aku sendiri apply pada anak aku dan family aku dan mereka lah tempat aku test tahap keberkesanan setiap resepi essential oil yang aku guna.

Resepi untuk sesuatu balm atau oil blend sebenarnya berlambak sebab satu jenis essential oil tu kebaikannya banyak. Cuma kita ni lain-lain bukan semua orang akan dapat kesan yang sama. Itu semua research yang aku buat sampailah aku dapat 1 resepi yang betul-betul bagus untuk produk DIY aku. Semua dengan izin Allah. Alhamdullilah.

Long story short, aku perlukan mereka-mereka yang boleh buat review untuk balm Auroma Scents sebab aku banyak nampak kawan-kawan blogger yang boleh bantu aku untuk review produk cuma aku tak terterjah lagi. Review kenalah jujur dari hati supaya orang yang baca tu pon jatuh hati :)

Nanti korang komen kat bawah ni, tinggalkan contact no atau boleh whatsapp aku dekat 011 1018 1916 ok . Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Insya Allah

ehhh aku pon tengah mencari agent Dropship yang nak buat side income dengan Auroma Scents. Pon jangan segan silu whatsapp aku ye.




Post a Comment