Monday, March 20, 2017

Kelebihan Essential Oil dalam Set Diffuser Young Living

Assalamualaikum

Dua tiga hari ni ramai yang whatsapp aku nak beli Essential Oil & balm Auroma Scents Alhamdullilah. Semakin ramai yang serasi dengan balm homemade aku dan balm ni alhamdullilah menjadi pilihan ramai  alhamdullilah semuanya dengan izin Allah.

Bila ade yang nak beli Essential Oil,aku suka sangat kalau dorang beli sekali dengan Set Diffuser. Bukan untuk menguntungkan aku tapi untuk menguntungkan diri dorang jugak. Dengan oil yang korang beli campur dengan Set Diffuser korang mungkin dapat FREE MEMBERSHIP dimana korang boleh beli barangan YL dengan harga ahli dan join closed group untuk ilmu essential oil yang lagi banyak.

Betul! Set Diffuser hanya ada Lemon & Lavender Essential Oil tak macam PSK yang ade 13 oil tu. Tapi dengan 2 EO free yang korang dapat ni sebenarnya dah cukup untuk permulaan (kalau korang add on peppermint atau thieves ke lagi untung)

5ml oil mungkin nampak sikit tapi kegunaannya banyak. Anggaran drops dalam 5ml eo tu lebih kurang 85 drops. Banyak kan? Jadi maximize kan penggunaan essential oil selagi boleh. Jangan hanya diffuse je. Gunakan dengan cara lain sebab dari itu korang dapat benefit yang pelbagai. 

Cara menggunakan Essential Oil dalam Set Diffuser Young Living

Lavender
Selain dari diffuse, Lavender boleh digunakan secara topical  (sapu direct pada kulit) seperti :-

Titiskan 5drops Lavender kedalam carrier oil (olive oil, grapeseed oil dll) jadikan sebagai massage oil untuk bayi atau korang sendiri. Lavender juga bagus untuk mengurangkan kebengkakkan urat. Jadi dengan massage oil ni korang boleh urutkan pada kaki yang lenguh, urat yang lenguh. InsyAllah lega.

 Lavender juga bagus as stress relief. Urutkan Lavender (dillute -yang dah di campur bersama carrier oil atau neat tanpa carrier oil) pada bahu, kepala, untuk kurangkan rasa tekanan.

Lavender bagus untuk memberhentikan hidung berdarah dan hingus. Caranya sapu saja pada batang hidung dan disekitar lubang hidung.

Luka? Kulit kering? Sapu je lavender pada tempat yang luka atau kering (bibir,kesan ekzema atau ruam)

Lavender juga mampu membantu menurunkan suhu demam atau rasa tak sihat caranya, titiskan 5 drops lavender & 5 drops Lemon dalam carrier oil, sapukan pada tapak kaki setiap hari. (Jika korang ada Peppermint Essential Oil lagi bagus, sebab peppermint bantu menurunkan suhu panas badan)

PMS? Jerawat? Lavender kan ade! Cara yang sama, untuk PMS, gunakan massage oil yang korang buat tu sapu kat perut, belakang badan yang sengal-sengal dan untuk jerawat, sapu lavender neat dekat jerawat.

Lagi satu, aku suka bawa lavender ni kemana-mana sebab lavender ni banyak bantu aku kalau aku keluar dengan si kekris. Kekris yang tak tenteram bila keluar, aku calitkan je dekat bahu,belakang telinga atau mana-mana spot calming.

Titiskan Lavender dekat tapak tangan, then inhale atau hidu direct. Terus rasa stress hilang dan korang akan rasa lebih relax dan lebih fokus.



Lemon
Aku suka Lemon! Stok Lemon aku memang sentiasa ada sebab aku selalu gak diffuse lemon ni bila aku rasa tak berapa sihat. Contoh bila selsema atau hidung tersumbat, aku diffuse lemon, aku & kekris akan halakan muka dekat wap yang keluar dari diffuser tu dan hidu. Serius lepas beberapa minit, korang akan tengok hingus keluar meleleh takde la hidung tersumbat lagi kan.

Aku suka diffuse lemon dengan purification untuk bersihkan udara rumah dari kuman dan bau busuk.

Itu kalau diffuse, selain diffuse aku suka titiskan anggaran 5 drops lemon atas garam kasar atau epsom salt dan letak dalam baldi berisi air suam panas. Rendam kaki untuk detox keluar toxin & me"relax"kan kaki yang letih. Kalau anak demam atau selsema, buat cara yang sama, korang taburkan dalam tab mandi, biarkan anak berendam dalam tu. Buat sampai demam anak kebah.

Untuk anak yang lerap demam, Lemon, Lavender dan Peppermint bagus di sapu pada tapak kaki setiap hari (dillute dengan carrier oil) sebab tu aku suka suggest Peppermint (add on) untuk korang yang nak beli Set Diffuser. Sebab Peppermint pon banyak sangat kegunaan dia yang aku akan cerita dekat next entry.

Lemon bersifat antiseptik, jadi boleh gunakan lemon untuk membersihkan luka dan lemon pon bagus sebagai immune booster (campurkan lemon dengan carrier oil) dan sapu pada tapak kaki. 

Kalau ade kesan minyak, kotor yang susah nak tanggal atau bau dapur yang busuk, ambik garam kasar titiskan beberapa drops lemon then letak dalam spray bottle campurkan air. goncang & spray kat tempat yang kotor. Wangi & bersih je rumah korang. Ini aku memang dah buat. Aku mix sekali dengan Thieves, memang lalat & lipas tak datang!

Nak detox badan?Buat air detox lemon. Titiskan beberapa drops dalam 1 liter air, minum sampai habis. Jadikan konsisten insyaAllah rasa ringan je badan korang.



Actually banyak lagi kegunaan dua essential oil ni. Kalau nak tau lebih lagi, cara nak guna, kenalah beli dengan aku Set Essential oil ni. Aku akan guide korang sehabis baik. InsyAllah :).  Jangan pulak korang beli dekat LAZADA sebab lazada tak akan layan bila korang tanya camne nak guna Set Diffuser ni atau ape nak diffuse kalau sekian-sekian. Beli dari YOUNG LIVING INDEPENDENT DISTRIBUTOR yang sah! 

Bulan ni LAST harga Set Diffuser RM350! Bulan depan harga dah naik. Jadi cepat ambik handphone, whatsapp aku dekat 011-1018 1916 untuk beli satu Set Diffuser untuk korang.


Post a Comment