Saturday, April 8, 2017

Mini Hamper Auroma Scents

Assalamualaikum

Seronok kan bila tahu kawan-kawan ke, adik beradik kita ke, atau sedara terdekat kita hamil. Lagi best kalau diri kita sendiri hamil setelah tunggu masa beberapa tahun untuk menimang si comel.  Si kekris dah pun masuk 4 tahun tahun ni tapi Allah masih belum berikan aku rezeki hamil lagi buat masa ni walaupun keinginan nak tambah anak tu memang kuat dalam hati. Perancangan Allah adalah yang terbaik kan. Aku redha dan bersabar lagi...

Ok aku bukan nak cerita pasal pregnant, aku nak cerita pasal Mini Hamper yang aku buat. Actually aku di request oleh seorang kenalan untuk buatkan 1 hamper baby balm dalam tu. Kenalan aku ni memang gunakan balm Auroma Scents. Dia sendiri suka dan jadi regular customer aku untuk balm ni. 

Aku tak berani nak letak budget dalam hamper mini ni sebab harga balm aku sendiri dah naik. Lagi rasa sedih sebab aku dah tak keluarkan lagi dah TRAVEL PACK sebab aku nak standardize kan sekali saiz besar sebab harga mini balm tu actually lagi mahal dan tak berbaloi. So Mini balm tu aku buat as sample atau free gift aje. heee

ok untuk korang nak something yang berlainan nak kasi dekat kawan-kawan atau sedara mara yang baru bersalin boleh order kat aku Mini Hamper Balm. Balm personal saiz 30g aku jadikan hamper.Bukan balm je, aku letak sekali extra gift macam Romper baby & mainan baby kasi penuh-penuh dalam tu dan harga yang aku letak hanya RM115 .

Auroma Scents Homemade Therapy Balm


MINI HAMPER BY AROMA SCENTS

3 jenis balm personal saiz 30g (pilihan korang) 
1 jenis mini balm saiz 10g (pilihan korang)
1 baby Romper
1 baby toy
1 mini basket

RM115

Tapi korang kenalah komfemkan atleast 7 hari sebelum ok supaya aku sempat nak buat dan hantar dan buat sementara ni aku hanya COD area #Sripetaling #Sungaibesi #Bukitjalil dan berdekatan je lain-lain aku hantar by pos. opsssss POS FREE ye buat masa sekarang :)

Untuk yang nak request Birthday Hamper pon boleh jugak. Aku memang tengah buat Birthday Hamper dan harga pun start dari RM115 FREE POSTAGE. 


Post a Comment