Friday, March 17, 2017

Littleangelsparty: Happy Birthday Babah!

Assalamualaikum

Selama 8 tahun aku bersama dengan suami aku (2 tahun kenal + 6 tahun berkahwin) tak pernah sekalipun aku buat surprise birthday. Betul..ini aku tak tipu.. sebab suami aku bukan kerja pejabat.. dia kerja site. Sehari site dia dua tiga tempat bukan nya satu. Jadi nak set bagi suprise birthday tu memang susah sikit.

Nak buat kat rumah pon selalu tak jadi. Sebab suami aku bukan kerja 9-5 dia kerja macam 24jam..

Entah la.. tapi sebenarnya aku ni memang tak reti nak buat surprise-surprise sebab aku sendiri tak pernah merasa macam mana disurprisekan.. huhuhu

Ok so 16hb ritu birthday suami aku. Lagi best dia cakap seminggu ni dia hanya duduk office sebab tak ade site luar. Jadi aku semangat gila la nak buat surprise birthday untuk dia. Aku membayangkan nak hantar ballons + chocolate ke kek ke dekat opis.. kasi dia tanjat gitu.

Sebab opis dia kat Seremban, aku cari kat Instagram mana-mana event planner yang boleh delivery Ballons & kek dekat opis suami aku.. dan aku jumpa Instagram Littleangelsparty yang base dekat area Seremban dan sekitar-sekitarnya.

Aku rasa owner Littleangelsparty ni pon malas nak layan aku sebab soalan aku dan pertanyaan aku banyak! Maklumlahh firstimer muahaha aku memang taktau tau ape nak bagi. Kalau tengok gambar dalam ig dia semua aku nak. Tapi budget aku pulak tak la banyak mana.

Jadi aku decide nak bagi ballon + brownies + 1 teddy bear.. haaa kenapa teddy bear? Sebab kalau aku kasi semua makanan laa coklet la. Aku takade something nak buat kenangan. Aku taknak kasi bunga sebab nak kasi kat suami kot? Bunga tu kang dia bawak balik jugak sebab kat office dia bukan ade personal desk yang dia boleh letak bunga tu. Kenapa brownies? Sebab nanti dia boleh share dengan kawan-kawan office dia. Belon tu untuk pelengkap laa nama pon surprise kan


Total semua RM150 (sekali cas delivery) aku dapat...
3 latex ballon + 1 foil
1 box brownies (24 pcs)
1 medium saiz bear


Tapi sayangnyaaa.. suami aku pergi site meeting dekat Bangi masa surprise ballon tu sampai huhuhu.. last-last jadi display dekat receptionis. Takpe laaa at least im trying.. huhuhu


Ok untuk korang yang nak cari event planner atau nak hantar surprise ballons kat sesapa boleh contact littleangelsparty dekat 0102259330 insyaAllah berbalai dengan ape yang korang bayar + good service.
Next time aku kena ikat suami aku jangan kasi dia pergi mana-mana sebelum surprise aku sampai!
Hamper baby Auroma Scents inda making!! Sapa nak tempah hamper baby (Terapi balms Auroma Scents) boleh wassap 011 1018 1916
Post a Comment