Thursday, January 5, 2017

Survey Tadika Area Sri Petaling PT 1 : Radiance Childcare Centre

Dah terlambat ke nak daftar anak tadika? Yaa Allah.. aku actually tak ambik pot langsung pasal ni, padahal mak-mak lain semua dah heboh-heboh anak masuk sekolah.Asal aku jenguk FB berlalu lalang post anak sekolah kat wall aku. Aku boleh buat relax je.. huhuhu

Actually aku nak startkan si kekris sekolah bila dia masuk 3 tahun, pastu mak aku cakap awal sangat. Aku pon tak ade la sibuk macam mak-mak lain nak servey tadika untuk dia. Kawan aku pulak cakap masukan kekris play school. Biar dia belajar berkawan. Sebab kat rumah ni pon aku dengan dia & aku perati si kekris ni jenis yang suka berkawan & cepat mesra dengan orang. Lagi pun aku rasa tahap kepandaian dia macam dah patut masuk sekolah.. Tapi itu lahh.. long short story, sebab kelekaan aku ni, aku langsung tak daftarkan dia sekolah. Ikutkan tahun 2017 ni kekris dah dikira 4 tahun sebab birthday dia bulan 12. Huhu 4 tahun dah dia, kenapa aku macam rasa baru semalam aku bersalinkan dia..huhuhu

Aku dok tunggu mak aku balik, kononnya nak ajak dia pergi survey tadika sekitar sri petaling ni. Nak ajak suami aku, dia sibuk 24/7 jadi hal-hal sekolah ni dia bebankan aku untuk fikir. Aku pulak ade satu feeling yang dup dap nak pergi survey sorang-sorang. Dua tiga orang kawan jugak aku PM tanya apa yang nak tanya masa aku pergi survey tadika si kekris.. aku nak well prepared , so aku takde la blur kan..Sebab lama sangat nak tunggu mak aku balik, jadi aku sampai lupa..hari ni baru aku pergi 1 tadika kat belakang rumah aku. Dekat kan, belakang rumah pulak. Jadi aku dah aim la tadika tu..

Kawan aku dah pesan, jangan terkejut tengok fees dorang. Lebih-lebih yang private ni. Memang awal-awal tak lari RM1k+ yang kena bayar masa nak register tu. So aku dah mention kat suami aku pasal ni. Dia cakap takpe, bulan ni dapat bonus so insyaAllah boleh bayar 1st payment tu. Aku pon ok je la...

Tadika yang aku pergi ni bukan laa macam Little Caliphs ke, macam Smart Reader ke, tadika biasa je. Sebab kat sini kawasan cina, so ade la Bahasa Mandarin dalam silibus pembelajaran tu. Aku suka sebab dekat dengan rumah..belakang lorong je, budak tak ramai dan memang aku nak yang ada extra bahasa mandarin sebab aku nak dia tahu cakap cina.. Principal tu memula tunjuk aku buku-buku semua, dia cakap tadika ni guna silibus Singapore. buku-buku semua dari situ sebab lagi advance. Aku dulu pon seorang cikgu tadika. Tapi aku taktau kenapa aku tak dapat nak apply dekat kekris. Aku gagal nak mengajar dia. Maybe sebab dia anak aku kot. Lain.. Cuma biasalaa tadika cina, mana nak ade pembelajaran agama islam kan, aku dah fikir nak anta si kekris ni mengaji dengan jiran aku. Sekali la ku pon nak mengaji. Betul-betulkan tajwid aku..heheh

Awal-awal borak dengan principle aku senang hati. Sebab principle dia friendly, aku rasa semua principle pon gitu tak? sebab aku dulu kan kerja jadi cikgu tadika. Principle tempat aku mengajar tu memang peramah dengan parents.. tapi dengan cikgu memang makan jiwa! hahahah Kekris pon ok je main-main nyanyi-nyanyi happy-happy.. sampai laa principle tu tunjuk yuran tadika tu.....

RM2,400++ yearly.... korang rasa apa? Murah ke mahal? Aku rasa mahal..... Aku sebab nak buat-buat cool aku diam lamaa pastu aku just cakap okok... Tu yearly, bulanan RM350 aku rasa mahal.. aku seriously tak mampu... tu halfday ok. Fullday add lagi RM350.. aku macam nak pengsan.. Kawan aku cakap normal fees sekarang memang RM2k.. tapi kalau aku rajin survey ada yang bawah RM2K... 

Memula aku fikir hanya bayar fees bulanan tu + registration fee untuk 1st payment. Sekali principle tu cakap kena bayar yang RM2k+ tu.. Masa tu aku terbayang muka suami aku je..aku terbayang acc bank aku cukup ke aku nak bayar? huhuhu Amount tu termasuk yuran bulanan untuk bulan ni, insurance, buku-buku, alat tulis, baju sekolah & baju sukan, computer fees, lunch dan lain-lain lagi.. 

Aku cakap ngan principle tu yang aku nak discuss dengan suami aku dulu sebab dia yang membayar kan.. Nak sedap kan hati aku mintak principle tu bawak aku tour 1 tadika tu nak tengok-tengok, si kekris siap join kelas lagi.. then dia siap taknak balik..aku kasi jela dia main-main kat situ sebab aku tau aku tak akan hantar dia kat situ..taktau laa kot tetiba Allah nak kasi aku rezeki mencurah-curah..Aaminnnn 

Balik tu aku call mak aku, dia cakap mahal sangat..soh aku jangan terburu-buru nak sekolahkan kekris sebab dia baru 4 tahun . Mak aku cakap masukan dia sekolah agama. Murah. Mak aku cakap, jangan sebab ni aku gaduh laki bini sebab nak bayar yuran tadika kekris..aku pon bukan bekerja kan....

Sri Petaling ni banyak tadika, bersepah tapi banyak tadika cina la.. aku tetiba fikir, kalau masuk tadika agama, boleh la kekris belaja solat & mengaji kan.. Masalahnya tadika agama kat sini mana pon aku tak sure, dulu ada la dekat area pasar belakang rumah aku ni, jauh sikit la.. sebab adik aku dulu tadika kat situ tapi sekarang taktau tadika tu ada lagi ke tak.. Esok insyAllah aku nak servey Little Caliphs kat area rumah aku ni. Taktau la berapa pulak fees dia kan.. Kalau ade yang baca ni anta anak kat Little Caliphs Sri Petaling, meh tepek komen fees dia berapa.. aku nak prepare mental & emosi huhuhu

Sekarang baru aku tau perasaan korang bila bab "sekolah anak" Nanti aku update survey aku dekat Little Caliphs pulak ye..

eh mommies yang anaknya macam lemau je dekat sekolah, atau kurang daya tumpuan, aku ada cara... calit essential oil Orange/Joy/Cedarwood dan sapu wellness blend untu extra protection , InsyaAllah sangat membantu sebab ni antara sharing kawan-kawan aku yang amalkan essential oil kat anak-anak dorang.. Nak tau pasal essential oil sekali nak beli boleh whatsapp aku ye kat 012-384 1916 InsyaAllah aku bagi good service & advice :)





Post a Comment