Sunday, January 1, 2017

New Year New Me..

Happy New Year 2017 semua!!

Aku taktau la..aku rasa aku macam ada good feeling dekat tahun 2017 ni. Tahun lepas aku macam kurang semangat macam tahun ni. Tahun lepas aku macam banyak bermain dengan emosi macam tahun-tahun lepas.. Tapi aku memang looking forward nak ke 2017. Sekarang dah 2017 & im ready walaupun orang ramai cakap tahun ni tahun yang mungkin akan lebih struggle dari tahun-tahun lepas.. Aku taktau la tapi aku suka angka 2017.. Macam sesuatu sangat..

2015-2016 tahun jatuh bangun aku. Dalam dua tahun ni memang nampak la emosi aku turun naik. Bukan diri sendiri je tapi effect dekat sekeliling aku, bisness aku, jiwa aku semua.. Benda baik jadi dekat aku, Kekris je.. Aku berjaya besarkan kekris sendiri lepas aku berhenti kerja, aku berjaya susukan dia sampai 3 tahun, Alhamdullilah aku nampak sendiri dan rasa sendiri progress dia membesar. Dari merangkak ke berjalan ke berlari. Dari tak boleh cakap ke suka bercakap. Semua benda yang kalau aku tanya suami aku dia mesti taktau nak reply apa sebab dia 24/7 sibuk bekerja... Bayangkan aku kalau kerja..mungkin aku pon terlepas moment-moment kekris membesar...

Ok yang tak baik semua tu aku malas ingat. Aku dah letgo semua. Ikat rapi tinggalkan semua dekat tahun 2016. Tahun ni aku banyak impian..& aku harap allah mudahkan semua..Insyaallah

Malam tadi aku celebrate New Year dengan sepupu-sepupu aku. Aku membesar dengan dorang dikeliling aku. Aku tak ramai kawan. Kalau ada pun semua dah bekeluarga & ada life masing-masing. Cousins aku la orang-orang yang aku cari kalau nak lepak, nak berborak kami memang rapat dari kecil. 

Semalam balik pukul 3 pagi. Aku lupa yang aku ni mak. Kekris selamat dah balik dulu dengan babah sebab babah tak larat nak balik tidur. Dia kasi chan kat aku malam tadi lepak dengan cousins aku dan dia bawak balik kekris. Lama dah aku tak balik lewat camni semenjak ade kekris. Dunia aku hanya kekris. Mana-mana aku pergi aku mesti dengan dia. Dia yang nampak jatuh bangun & kesusahan aku.Dia teman lepak aku, teman gaduh aku, teman happy aku, BFF aku! hahhaha


Tahun ni aku dah decide untuk kembali bekerja. Sebab kekris dah besar, aku rasa tanggungjawab untuk bagi dia kehidupan yang lebih baik. Untuk kekris banyak yang aku dah aturkan.. dia akan masuk sekolah, aku akan bekerja..mungkin tuff buat aku, sebab 2 tahun dia hanya didepan mata aku 24/7 dan mungkin aku akan emosi bila aku kembali bekerja. Tapi InsyaAllah semua dah dalam list aku....aku kena kuat kan...

Untuk bisness aku, InsyAllah aku akan perkembangkan.. Aku akan ade my own brand. Balm,vapor rub, oil blend yang aku buat khas untuk korang atau anak-anak korang yang ada masalah kesihatan. Aku nak cuba luaskan produk Natural & 100% Organik. InsyAllah. Aku dah ada label, cuma insyAllah aku akan perluaskan lagi. Haaa aku tengah cari agen-agen drop ship kalau korang berminat nak join aku meh whatsapp 012-3841916 :)

Untuk diri aku, hubungan aku dengan Allah & keluarga aku harap akan jadi lebih baik. Umur pon dan makin banyak kan.. aku taknak buang masa.. Bagi aku Allah is my Everything.. Tempat aku mengadu..tempat aku share susah suka duka aku :)

Aku taknak cerita panjang, Just aku harap 2017 ni tahun yang baik untuk aku dan untuk korang .. so ape impian 2017 korang? Harap semua dapat bangkitkan semangat yang baru tahun ni ok :)


Aku agen Young Living Malaysia
Aku agen Shaklee Malaysia
Aku seorang mak
Aku seorang Isteri
Aku seorang anak
Aku seorang hamba Allah

Selamat Tahun Baru 2017
New Year New Me - InsyaAllah 💓


Post a Comment