Skip to main content

Cerita

Aku bukan fames pon dekat duani blog ni. Cuma kalau korang google "Pengedar Shaklee Sri Petaling" InsyaAllah keluarlah blog keramat aku finurzcreations . Oh ye, aku pengedar Shaklee dan pengguna Shaklee dan alhamdullilah sampai sekarang aku masih aktif sebagai pengedar Shaklee.

Blog "namaakufazahirah" ni aku buat untuk berkongsi kisah aku dak kekris (Airis Nur Zulaikha) lebih kepada personal blog dengan niat if dia besar, dia boleh baca blog ni dan tau cerita pasal diri dia apa yang dia buat sepanjang dia membesar... ni cara aku. Harap korang tak muak la baca ye :)

Aku nak jadi Supermak. Kalau boleh aku nak jadi supermak. Aku nak ada 1 superpower yang boleh urus rumah tanpa masalah. Sekarang ni walaupun aku tak bekerja duduk rumah tapi aku seorang  working at home mom aku still tak dapat nak handle rumah padahal anak baru sorang.

Sebab tu aku jatuh cinta dengan essential oil, ada beberapa eo yang bantu aku fokus time uruskan rumah, anak & bisness.. Tapi takde la jadi supermak cuma aku akan rasa aku umpama supermak!

Kekris rapat dengan aku, aku still breastfeeding dia walaupun umur dia dah 3 tahun. Aku tak ada idea macam mana nak wean off dia, aku pon takde idea camne nak ajar dia potty train. Semua cakap aku yang tak bersedia padahal kekris  anytime je dah ready.

Aku suka DIY, Essential Oil ni pon boleh DIY. Buat balm, buat blend, buat lotion, buat vapor rub dan lain-lain. Semua aku buat & aku apply dekat diri sendiri & kekris & aku share dekat FB, dekat IG sampai sekarang bisness DIY aku (Auroma Scents) semakin mendapat permintaan ramai. Alhamdullilah.

Salam Perkenalan
Nama Aku Fa Zahirah
Ni celoteh Mamy Si Kekris




Comments

Popular posts from this blog

Essential Oil : Cara semulajadi redakan demam selsema

Ada anak kecik ni benda yang paling kerap buat tak tidur malam ialah bila dorang ni demam, selsema , batuk dan lain-lain.. Selalu time-time gini memang aku overtime la.. tidur pon tidur duduk, nak tidur pon tak tenang. Tengok suami aku tidur lena je buat aku hangin. Tapi aku tak salahkan dia sebab dia memang kena cukup rest sebab dia bekerja & aku pulak suri rumah. Kena lah redha.

Benda paling aku nak elak ialah anak & suami aku demam. Sebab dorang kalau demam macam aku cakap la.. aku yang sengsara. Kekris tu aku faham sebab budak, yang suami aku pulak kalau demam huhuhu mengalahkan kekris. Kalau diri aku yang demam, aku boleh handle lagi sebab aku tau apa yang aku kena buat untuk cepat sihat.

Bila masuk dalam dunia oil ni, aku dapat 1 lagi cara natural/alami yang aku boleh apply masa anak atau suami tengah demam atau tak sihat. Untuk dalaman aku suka konsistenkan pengambilan Vitamin C Shaklee & kalau batuk for me Garlic Shaklee & Omega Shaklee memang membantu. Aku ka…

Kegunaan Essential Oil dalam Premium Starter Kit Young Living

Assalamualaikum Actually ramai lagi yang teragak-agak bila aku suggest beli Premium Starter Kit (YL) ni. Mungkin sebab harganya yang mahal & 13 essential oil yang rasa macam banyak sangat tak tahu nak buat ape.. meh aku explain satu-satu kegunaan essential oil yang ade dalam PSK ni. Lepas baca korang mesti akan grab PSK tak fikir panjang PSK ni dah hampir 2 bulan kot asik out of stok je dekat Young Living. Sebab bulan depan (April 17) harga PSK ni hampir rm800 disebabkan kenaikan harga produk Young Living. Aku pon masih menunggu PSK anak kutu aku yang still tak dapat-dapat lagi..huhu

Dalam PSK ade 13 jenis essential oil termasuk 2 lemon dan 2 lavender (means korang dapat 2 eo lavender & 2 eo Lemon) Bukan tu je, korang akan dapat 1 diffuser, 10 sample eo, dan beberapa benda lagi dalam PSK ni.

Kegunaan 11 Essential Oil dalam PSK



1) Lavender
●Lavender bukan je untuk membantu menenangkan tekanan/stress tapi lavender ni..Antiseptik,antifungal,anti-inflammatory yang boleh disapu …

Essential Oil : 4 Cara penggunaan Essential Oil Young Living

Aku sayang Premium Starter Kit (PSK) aku. Masuk bulan depan, 5 bulan dah aku hidup dengan Essential oils. Serius Essential Oils ni memang buat diri aku berubah..berubah macam mana? Aku rasa aku lagi tenang & positif. Aku lagi rasa sayang kan diri aku & aku belajar untuk hargai diri aku & orang sekeliling aku. Haaa... gitu!
PSK ni adalah 1 permulaan untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia Essential oil. Semua yang korang perlukan untuk start journey korang dengan Essential oil ada dalam PSK ni. Bagi aku ini cara aku nak get rid segala toxin dalam life aku dengan sesuatu yang lebih natural dengan hanya guna essential oil. Macam mana tu? Meh nak cerita..

Kalau korang still blur ape tu PSK.. korang boleh view balik entry aku kat tag Premium Starter Kit (PSK) kenapa aku sarankan korang untuk beli PSK ni terus. Sebab memang jimat & berbaloi.
Kalau korang masih baru dalam dunia Essential oil, bila dapat PSK tengok pulak 11 botol kecik -kecik dengan label warna…