Surah Al Waqiah (Surah Kekayaan dan Rezeki Melimpah Ruah)


Assalamualaikum Readers & Friends

Pagi tadi aku ada share tentang Surah Waqiah ni dekat Facebook dan dapat 5 shares dari posting aku tu. Alhamdullilah, ramai jugak yang dapat manfaat dari posting tu. Setiap pagi sebelum aku share ape-ape aku selalu minta dekat Allah agar posting aku bawa manfaat, tak kesah lah ade yang share atau tak, tapi bila baca posting tu akan dapat manfaat. Sebelum ni aku ada share juga tentang Zakat Perniagaan. Niat aku satu je, beri manfaat. 

Lately ni aku macam ketandusan idea nak tulis ape, kadang update Instagram Auroma Scents pon jarang. Aku macam malas je lately ni, entah ape yang menganggu aku, aku cuma rasa nak buat kerja lain dan membaca je. Puas aku doa mintak Allah belikkan balik semangat aku dan kerajinan aku. Aku pernah terbaca kalau tetiba Allah gerakkan kita untuk buat sesuatu usaha, tandanya doa kita akan dimakbulkan. Betul ke?

Dari aku kemalasan dan takde mood tu tetiba aku ada banyak idea nak menulis, nak promote, nak share testimoni itu ini. 

Biasalah manusia kan, lagi aku ni penat uruskan rumah, anak, kucing, suami 😂 Kadang rasa nak bermalas-malas je atas sofa sambil layan Korean Drama lepas selesai semua tugas-tugas aku. 

Aku selalu share dekat agen aku tentang amalan menjemput rezeki. Biasalah suri rumah yang berniagaa ni masa dia berbahagi kat banyak benda. Bukan hal rumah je kena jaga, hal perniagaan pun kena jaga. Lagilah macam aku ni yang Homemade bisness, semua aku kena urus dan buat sendiri. Aku belum ade helper buat masa sekarang dan dari iklan, promo,balm,shipping semua aku buat sendiri. Aku kena bijak atur time aku, kalau tak aku mungkin akan jadi depression dan anxiety!

Aku selalu bahagikan task ikut masa. Contoh: Task pagi pt 1 (tahajud,mengaji,subuh) Task pagi pt 2 (masak bekal anak, siapkan anak sampai anak turun makan, pergi sekolah) pt 3 (masa aku duha, mengaji, breakfast) Lebih kurang lah begitu. 

Walau aku jarang nak promote balm aku, jarang nak menulis dekat social media aku yakin Allah nampak ape aku buat. Rezeki sale sentiasa ada tak putus. Kalau hari ni tak ada, esok aku dapat 2 kali ganda. begitulah seterusnya. 

Tips aku senang je, serahkan semua pada Allah, yakin Dia akan uruskan semuanya untuk kita dan nampak apa yang kite usahakan. Jadi bagi aku amalan Jemput Rezeki tu sangatlah penting bagi kita yang berniaga ni terutamanya kita yang berniaga dari rumah atau WAHM (Working at Home Mom) Sebab bos kita satu je, tu yang kat atas tu. Yelah, Allah lah Bos kita. Kalau kita ada bos dekat opis yang akan bayar kita gaji ikut kerja kita setiap bulan, kita yang bekerja sendiri dan berniaga ni Bos kita Allah lah yang akan bayar gaji kita dan bagi bonus dekat kita kalau kita lebih usaha dan lebih jemput rezeki.

Selain Duha dan Tahajud, aku suka amalkan baca Surah Waqiah. Surah ni surah pertama yang aku konsisten baca selain Yasin, Ar-rahman dan Al mulk. Surah Waqiah ni aku mula baca masa aktif jual Shaklee dulu. Kalau dulu aku tak pernah tahu pun kenapa kita perlu amalkan surah-surah ni untuk jemput rezeki, katam quran pun masa umur berapa, lepas tu quran tu tinggal-tinggal je. (huhuhu) bila berniaga, kenal ramai orang, orang share amalan-amalan dorang kita pun terikut.

Lama-lama ianya jadi habit yang kalau tinggalkan rasa rindu. Kalau dulu baca sebab nak sale je tapi bila dah selalu baca, dah tahu maksud terjemahan nya, baca jadi ikhlas kerana Allah. Aku mengaku, sampai terhafal Surah ni. Bukan riak tapi aku nak bagitau, aku baca hari-hari sampai hafal!

Surah Waqiah ni orang kata Surah Kekayaan. Sebab kalau konsisten baca, semua urusan rezeki Allah mudahkan dan lapangkan. Rezeki melimpah ruah bak air yang mengalir.

Tapi kena ingat, rezeki bukan wang ringgit je, rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki jodoh, rezeki anak, rezeki sihat badan, kerja dipermudahkan dan dapat kawan-kawan yang baik pun rezeki juga.

Aku ada cerita tentang Surah ni, ini surah favorite aku, aku baca setiap kali selepas subuh atau sementara nak tunggu masuk waktu subuh. Kalau ada lebihan masa, aku baca sekali selepas solat Maghrib. Surah Waqiah ni mudah nak baca, senang nak hafal dan ingat, pendek je pun surah ni. Walaupun pendek tapi banyak kelebihan kalau kita amalkan baca surah ni pagi dan malam. 

1)Bila baca Surah Waqiah akan beroleh pelbagai bentuk kesenangan.

Kalau kita baca dengan konsisten pagi atau malam, InsyaAllah rezeki pelbagai bentuk akan datang pada kita dengan mudah tanpa kita sedari. Tak akan rasa sempit atau kekurangan wang.

2) Dijauhkan dari kemiskinan

Bacalah setiap malam, Allah akan tutup pintu kemiskinan.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya.

3) Dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah.

Konsisten baca Surah Waqiah sebanyak 14 kali selepas Solat Asar, Allah akan kurniakan kekayaan yang melimpah ruah yang datang dalam pelbagai bentuk. Bacalah dengan ihklas kerana Allah dan bukan dengan riak dan menunjuk. Carilah akhirat, InsyaAllah rezeki duniawi akan menyusul melimpah ruah dari setiap sudut.

4) Ditunaikan segala hajat.

Baca sebanyak 41 kali dalam sesuatu majlis dan amalkan surah ini untuk mempercepatkan hajat termakbul, khususnya dalam hal rezeki.

Ada yang berpendapat, baca surah ini siang dan malam sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

5) Menjadikan kita seorang yang sentiasa bersyukur 

Amalkan membacanya sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak, Insya’Allah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi dan bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.

6) Mengurangkan rasa riak dan bongkak

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit. InsyaAllah, dapat didik diri tidak riak dan bongkak sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.

Bila baca terjemahannya, kita jadi lebih bersyukur dan merendah diri. Kekayaan akan datang tanpa disangka-sangka dan bila dah terbiasa baca surah ni, automatiknya kita akan jadi seorang yang banyak memberi dan bantu ramai orang dengan rezeki yang Allah beri. Ini juga melatih diri terus memberi tanpa ada rasa riak dan bongkak.

Banyak lagi khasiat dan kelebihan surah ni. Apa-apa pun bacalah dengan niat kerana Allah. Berbaliklah pada Allah dan jadikannya istiqomah. 

Lepas baca Surah Waqiah atau apa-apa surah cuba baca doa rezeki ni. InsyaAllah banyak perkabaran yang baik-baik Allah akan beri dan lebihan rezeki disetiap sudut Allah akan hadirkan.

"Ya Allah, dengan keberkatan Surah Waqiah ni, sekiranya rezeki ku ada di langit maka turunkanlah

Jika ada di bumi maka keluarkanlah

Jika jauh maka dekatkanlah

Jika dekat maka mudahkanlah

Jika sedikit maka banyakkanlah

Jika banyak maka berkatilah

Agar ku dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

(Jika berniaga tambah ni)

Ya Allah, kurniakan bagiku kejayaan yang besar dalam perniagaan yang aku usahakan, luaskan lagi rezeki perniagaan ku dan hantarlah padaku sesiapa sahaja yang memerlukan manfaat dan akan dapat manfaat berterusan dari apa yang aku jual ni dan mampu beli pada harga yang ditawarkan. 

(Jika ada agen, downline tambah ni)

Ya Allah, bantu agen-agen aku, kurniakan juga rezeki sales yang melimpah ruah sepanjang hari ni dan setiap hari. Bantu mereka berjual dan menguruskan jualan dengan baik. 

(Tutup doa dengan ini)

Sesungguhnya Kaulah Allah yang Maha Mengetahui, Maha Kaya dan pemberi rezeki, Allah yang sebaik-baik pembantu dan maha mendengar dan memakbulkan doa-doa kami bila-bila sahaja. 

Aamin ya Allah ya Mujib 

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” 


0 comments