Sharing Is Caring : 5 tips dan Petua Bantu Turunkan Bacaan Kuning (Bukan Tips Mengarut!)

 Assalamualaikum Readers & Friends |

Prolonged Jaundice (Throwback 2013)
Pengalaman Airis Prolonged Jaundice (2013)

Aku rasa semua ada pengalaman anak jaundice kan? Berapa lama tempoh masa bayi korang kena jandice? Seminggu? Dua minggu? Pengalaman aku dengan jaundice ni memang menguji. Bayangkan, Airis jaundice hampir 3 bulan. Yes! dia salah seorang yang diuji dengan Prolonged Jaundice.

Prolonged Jaundice ni ialah jaundice yang lama dan tak bahaya pun, tapi boleh jadi penyebab kepada masalah penyakit yang berkaitan dengan hati. Alhamdulllah walaupun Airis prolonged jaundice, dia tak ada masalah hati,cuma jaundicenya terlalu lama sampai aku tekanan dan kerisauan. Al maklumlah, 1st baby masa tu & aku tak ada ilmu apa-apa pun dan aku tak prepare mental dan emosi pun. Bermingu-minggu duduk hospital dan setiap hari Airis kena ambil darah merupakan  "memori terindah" yang aku akan ingat sampai bebila. 😂

7 tahun dah memori ni, taktahulah apa nasib anak no2 aku nanti (if Allah izinkan aku mengandung lagi) Tapi masa Airis jaundice, macam-macam petua aku dengar, ada yang boleh ikut, ada yang mengarut, tapi bagi aku, susukanlah bayi tu selagi boleh. Sebab susu ibu itulah ubat paling mujarab untuk Jaundice ni.

Masa aku checkup di KK, nurse dan pakar perubatan situ suka menakutkan aku, cakap kalau Airis tak sembuh dalam beberapa minggu lagi kemungkinan dia ada penyakit kronik hati. Ada nurse yang suruh aku stop beri susu ibu dan beri Airis formula sebab dia kata susu ibu lah punca anak jaundice tak turun-turun. Kalau aku ni tak kuat semangat, mungkin aku dah terpedaya!

Disebabkan itu lah aku terus ke Hospital Swasta untuk checkup Airis. Aku taknak bazir emosi aku dengan cakap-cakap negatif tu, tapi aku dok zikir dan doa juga hope Allah beri kesembuhan segera dan turukan bacaan kuning Airis.

Alhamdullilah, buat bloodtest sekali je dekat Hospital Swasta masa tu dan resultnya baik, Airis takde penyakit kronik hati dan Doktor nasihatkan agar aku tak putus asa susukan Airis. Sebab Airis nak serasi dengan susu aku, sebab tu kuning tak turun-turun, ianya ambik masa, kerapkan menyusu sampai badan dia serasi. Long story short, hampir 3 bulan jugak dia jaundice dan dalam 3 bulan tu macam-macam aku buat untuk bantu turunkan jaundice dia. Aku share kat sini 5 tips & petua yang mungkin korang boleh cuba untuk bantu turun kan bacaan jaundice hingga normal. Bukan tips/petua mengarut ok. Yang penting kena yakin dan sabar. 

5 tips dan Petua Bantu Turukan Bacaan Kuning

1 - Kerapkan Menyusu 

Pertama sekali, kena cuba banyakan susu badan korang. Sebab macam aku cakap, susu ibu ialah ubat paling mujarab untuk jaundice ni.

Pastikan bayi dapat kolostrum (atau “susu pertama”, atau “susu imun” bewarna jernih, melekit, cecair pekat yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu selepas hari pertama kelahiran bayi)

Menurut kajian terdahulu, pengkaji bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan pelindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan. Sifat laktasifnya pula mempercepatkan proses penyembuhan bagi penyakit demam kuning (Jaundice) yang sering dihidapi oleh bayi yang baru lahir.

Aku dulu susu tak banyak, tapi sebab aku nak sangat menyusukan Airis dan kalau boleh taknak beri dia formula, aku cuba amalkan makanan yang banyakkan susu (nanti aku share) dan aku memang pastikan dia kerap menyusu masa tu. Walaupun susu aku macam tak banyak, tapi alhamdullilah, berat badan Airis naik dan dia akan tidur lena lepas menyusu ( maknanya susu cukup lah kan) 

2- Minum Susu Kambing

Dengarnya susu kambing ni membantu. Aku dulu tak minum dan aku menyesal jugaklah sebab tak ikut nasihat kawan aku masa tu. Kali ni kalau au mengandung lai, aku pastikan aku minum susu kambing! Masa kandungan masuk 7 bulan, amalkan minum susu kambing kerana khasiatnya membantu mengelakkan bayi dari jaundice atau kalau jaundice pun tak lama. Susu kambing elok diamalkan oleh ibu hamil sebab membantu kuatkan sistem imun tubuh badan si ibu dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal si bayi. 

Bila anak dah lahir, ibu bepantang boleh amalkan minum susu kambing dan lepas tu menyusukan bayi. Kalau boleh biar kita yang minum bukan direct beri pada bayi ye. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuningpenting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf selain pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh) serta pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein). 

Susu kambing juga salah satu minuman yang memperbanyakan susu ibu. Dah banyak susu tu puaslah si baby minum kan :) 

3- Mandikan bayi dengan air rebusan daun inai.

Aku share ni sebab ini sahaja yang serasi dengan Airis. Aku cuba jugak herba sensei (teh cina), (aku tak bagi airis makan serbuk mutiara lah ape lah ye, benda yang tak sesuai nak bagi bayi tu aku tak buat) tapi alhamdullilah dengan air rebusan daun inai ni memang turun bacaan kuning si Airis setiap kali checkup.

Memang susah nak dapat inai masa tu, Tapi alhamdullilah aku pantang di kampung dan kebetulan nenek-nenek di situ ada yang tanam pokok inai. Mak aku rebus daun tu dan biarkan suam. Masa nak mandikan Airis, dia buat bilasan terakhir. Air rebusan tu dia campur dengan air biasa dan buat bilasan terakhir. Setiap pagi dia mandikan airis dengan air rebusan daun inai sampailah bacaanya normal baru stop. Boleh lah cuba nanti kalau ada pokok inai dekat rumah

4 - Sapukan dengan Wobbles Time balm & Baby Balm Lullabies

Kalau takde daun inai, macam mana? Okok jangan risau, bukan semua petua orang tua tu berhasilkan? Mandi dengan daun inai tu optional je, sebab inai ni banyak khasiatnya dan ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak.

Syukurlah sekarang ni dah boleh sapu-sapu je dengan balm Lullabies. Tips nak bagi kurangkan bacaan jaundice bayi ni senang je sbenarnya, tanyalah pakar mana pun, jawapanya sama je, kerapkan menyusu dan pastikan bayi kerap berak dan kencing . 

Kandungan Bilirubin dalam darah bayi akan diproses oleh hati dan dikeluarkan melaui najis kencing dan berak. Lagi kerap baby berak dan kencing, lebih cepat kuning tu turun. 

Wobbles Time balm membantu bayi dapat berak dan melancarkan pembuangan dia. Sapu Wobbles time balm pada bahagian perut dan tapak kaki setiap kali selepas mandi dan selepas menyusu (gantikan minyak berangin dengan Wobbles Time Balm) 

Wobbles time balm juga membantu mengurangkan kembung pada bayi dan sembelit pada si ibu yang dalam pantang. 

Baby balm pula mengandungi Geranium oil, dimana ianya membantu menguatkan funsi hati dan menyingkirkan lebihan bilirubin. Baby balm membantu menenangkan bayi dan dapat menyusu dengan baik. korang juga boleh buat breast massage untuk merangsang pengeluaran susu . 


5 - Positif dan banyakkan berdoa

Aku tak suka nak share petua pelik-pelik sebab bagi aku bukan semua anak serasi dengan petua pelik-pelik tu kan. Lagipun aku suka share petua yang lebih semulajadi. Mana yang memudaratkan tu tak perlu lah ikut .

Last sekali kenalah sentiasa positif. Kena yakin bayi korang akan sembuh dari jaundicenya dan tak mudarat. Banyakkan zikir Laa Ilaa haa illa anta dan doa pada Allah sebab Dia yang akan menyembuhkan setiap penyakit. 

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin

“Ya Allah, Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Tuhan. Sesungguhnya aku tekah menganiaya diriku sendiri dan aku termasuk golongan orang yang zalim”

Kebanyakkan orang yang kongsi tips anak jaundice ni kunciya ialah yakin, sabar dan positif. Allah mengikut sangkaan hambaNya.

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah S.W.T tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa
Riwayat al-Tirmizi (3479) – Hadis ini dinilai hasan

Aku doakan agar posting ini bermanfaat & Semoga kalian dapat manfaat darinya :)

#LullabiesMerdekaSale tengah ongoing sehinga 1/9/2020 ni tau. Beli balm dengan potongan diskaun sebanyak 31%! Klik link Intagram Auroma Scents Hq dan klik butang follow sekali ok :)

Follow Instagram Kami ---> https://www.instagram.com/auroma_scents_hq/ 

📍testimoni ---> https://www.instagram.com/testimonilullabiesbalm/ 

📍Telegram --->

https://t.me/joinchat/AAAAAFZW7hLkmR2WBewwlQ 

📍Facebook --->

https://www.facebook.com/babybalmnatural/

📍Shopee Shop --->

https://shopee.com.my/farah_zahirah?smtt=0.0.9


0 comments