SHARING IS CARING Cara Mudah dan Senang Bayar Zakat Online

Assalamualaikum Readers and Friends |

Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) ni semua benda yang kita tak pernah nak buat, terpaksa buat. Benda yang tak biasa kita buat , perlu biasakan macam kerap basuh tangan dengan sabun, guna hand sanitizer, guna mask, amalkan penjarakkan dan macam-macam lagi. Masa mula-mula tu agak janggal tapi lama-lama dah terbiasa buat dah tak jadi masalah kan?

Bercakap tentang zakat, dah bayar zakat ke tu? Eloklah disegerakan pembayaran zakat dalam malam-malam terakhir bulan Ramadan ni sebelum terlambat. 

Lipat gandakan amalan 10 Ramadan terakhir. Jika zakat dan sedekah yang dilakukan itu jatuh pada malam Lailatul Qadar, maka amalan sedekah itu juga akan dilipat-gandakan lebih baik dari 1000 bulan.


Disebabkan dalam tempoh PKP ni, zakat boleh lah dibayar secara online. Senang dan mudah. Yang penting CEPAT, MUDAH, SELAMAT.

Banyak tempat kita boleh bayar zakat Online ni dan salah satunya website 
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP 

Senang sangat nak buat pembayaran zakat online kat sini, Siap boleh print resit juga. Mamy biasa bayar zakat perniagaan kat sini dan sini pun boleh bayar zakat fitrah. Sebab zakat fitrah ni hanya pada bulan Ramadan je, dan selalunya kita pergi ke kaunter zakat atau masjid atau bayar pada wakil pungutan zakat, jadi bayar zakat online untuk pertama kali ni mungkin akan jadi kelam kabut kalau kita tak sure ape nak buat. 

Bawah ni mamy sertakan step by step pembayaran zakat online yang mudah semudah klik klik klik je. Jangan risau, boleh semak dan boleh print pun kalau perlu. 

Mamy gunakan paparan skrin laptop ye, mamy rasa kalau paparan hand phone pun lebih kurang je step by step nya. InsyaAllah.

Cara buat pembayaran Zakat Online.


Pertama sekali klik link website MAIWP  ni dan ikut langkah seterusnya ye.


Macam si babah, dia memang akan bayar untuk satu rumah. Sekali mama dan adik perempuan mamy yang belum kahwin dan tak bekerja. Tanggungan babah tahun ni 5 orang termasuk diri dia sendiri. Jadi mamy klik pada 5 orang. 


(contoh) dalam gambar ni tunjuk bilangan tanggungan 3 orang jadi jumlah zakat RM21. Zakat Fitrah ditetapkan RM7 seorang mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga. Boleh klik sini untuk bacaan lanjut mengenai Zakat Fitrah dan panduan pembayaran Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan.


Jangan lupa Lafaz Akad Zakat Fitrah ye. Ikutlah untuk diri sendiri ke, tanggungan ke atau bagi pihak sekian -sekian.


Dah confirm semua, boleh lah klik pada pembayaran dan pilih bayar secara Perbankan Internet (FPX) atau kad kredit.


Jika bayar menggunakan Perbankan Internet (FPX) / online banking, boleh pilih senarai bank . Macam mamy, mamy guna Maybank2U, jadi mamy klik Maybank2U.


Isi username/password online banking anda dan bayar online seperti biasa. Alhamdullilah dah selesai pembayaran Zakat online korang. 

Cara semak pembayaran Zakat Online.


Selepas korang selesai buat pembayaran online (online banking/kad kredit), Email akan dihantar pada alamat email yang korang dah isi masa isi maklumat pembayar zakat tadi. Email ni untuk mengaktifkan akaun Zakat Online korang tu untuk buat semakan atau print resit.


Pergi balik dekat link Zakat Fitrah tadi dan klik pada butang SEMAK BAYARAN.
Isi No Kad Pengenalan, Tarikh bayar zakat dan jenis zakat (Zakat Fitrah) kemudian klik SEMAK.


Dah isi semua tu, paparan hasil semakan akan dipaparkan pada ruang sebelah bawah. Untuk cetak/print resit zakat, sebelum korang klik semak (box warna biru) selepas isi No Kad Pengenalan, Tarik bayaran dan jenis zakat, bawah tu akan ada butang LOG MASUK. Klik kat situ.


Untuk cetak/print, korang perlu LOG MASUK dulu menggunakan password dan username yang dah di email kan pada korang tadi.


<Typo> Bukan klik pada daftar ye tapi klik pasa LOG MASUK (sebelah butang Daftar). Lepas tu isi username & password yang korang terima melalui email.


Dah masuk ruang AKAUN ANDA, tekan pada butang SEMAK. Korang boleh update maklumat peribadi untuk simpanan .


Dah tekan butang SEMAK tadi, akan keluar paparan bayaran zakat korang. Nampak tak? Ini bayaran zakat fitrah babah tahun ni. Kalau nak print, boleh tekan pada icon printer warna hijau tu. Sebelum log out, tukar kata laluan korang sendiri supaya nanti kalau nak bayar zakat lain-lain (zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas ke, boleh log in guna password yang korang dah tetapkan)

Mamy harap entri ni membantu lah ye untuk sesiapa yang tak tahu macam mana nak bayar Zakat Online. Dah tahu ni cepat lah pergi bayar zakat, jangan tunggu-tunggu lagi tau. Kalau ada apa-apa soalan atau tak faham jugak boleh tanya kat ruang komen ok :)

Segerakan zakat kalian dan raih pahala berganda!

0 comments