My TTC Story (Try To Conceive)




Assalamualaikum Readers & Friends 

Mempunyai zuriat merupakan salah satu point dalam checklist pasangan suami isteri lebih-lebih lagi mereka yang dah berkahwin lebih setahun. Siapa yang taknak anak kan? Tapi bukan semua pasangan berkahwin tu Allah izinkan untuk dapat zuriat. Ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang tak langsung dikurniakan zuriat. Tapi semua ni kuasa Allah. Kita sebagai hambanya jangan pernah sekali soalkan takdir Allah. Tapi terima dengan redha sebabnya Allah je yang tahu mana yang terbaik untuk kita.

Cerita tentang TTC ni, mamy pun ada cerita TTC mamy sendiri. Dari Airis sampailah sekarang. TTC tu masih lagi ada dalam checklist To Do List  mamy setiap tahun. 

Try To Conceive (Airis Nur Zulaikha)
Gambar atas ni ialah gambar Pregnancy Test Mamy masa pregnantkan Airis 7 tahun lepas.

Hampir 3 tahun  menunggu kehadiran zuriat dan sepanjang 3 tahun tu macam-macam ujian emosi mamy hadap. Yelah bayangkan rakan sekerja yang kahwin lambat dari mamy, sebulan kahwin terus pregnant. Ada yang kahwin sama tahun dengan mamy, dalam masa 3 tahun tu anak dah nak masuk 2. Pergi mana-mana orang asik bertanya "bila nak ada anak?" faham tak perasaan mamy masa tu? Siapa yang pernah alaminya faham lah. Sedih dah tentu tapi perasaan iri hati makin membuak-buak bila orang sekeliling kongsi berita gembira "double line UPT" 

2 pakar kesuburan kami pergi tapi resultnya ok je. Segala supplement dan rawatan kami cuba tapi sama je masih "no good news

Dari tahun ke tahun mamy mengharap dan doa. Seingat mamy, antara doa yang mamy baca masa tu ialah doa Nabi Zakaria :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ 
“Rabbi hab liy min-ladunka zurriyatan-tayyibah innaka sam‘iud-du’aa.”

"Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah padaku keturunan yang baik dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau  Maha Memperkenankan doa." Ali Imran ayat 38

dan juga doa ni pun mamy baca setiap kali lepas solat :


رَبِّ لاَ تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Rabbi la tadharni fardaw wa-anta Khairul Waritheen

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi (Surah Al-Anbiya : Ayat 89)

Mamy juga banyak sedekah dan jaga pemakanan. Yang mamy ingat, mamy skip terus caffeine dan junk food dan alhamdullilah lepas turun berat dalam 3kg, mamy pregnant!

Tapi disebalik semua amalan mamy buat ni, Allah tu dah tetapkan masa yang sesuai sebenarnya untuk kami. Sebelum mamy sah pregnant, si babah outstation lama. Kalau tak outstation, dia sibuk dekat site 24/7 . Sebulan sebelum mamy pregnant, si babah dah tak pergi outstation & site dia pun tak berapa sibuk. Allah je tau betapa happynya nya kami masa tu. Setelah hampir 3 tahun cuba & tawakal akhirnya Allah perkenan juga doa kami. Lahirlah seorang puteri yang diberi nama Airis Nur Zulaikha 9 bulan selepas tu.

Tahun ni, 2020 genaplah umur Airis 7 tahun dan kami masih berharap Allah kurniakan kami anak no-2 tapi dah 6 tahun TTC masih belum ada perkabaran gembira. Tapi kami redha sebab Allah is the best planner. 

Every month mamy akan cek OPK  (ovulation test kit) dan alhamdullilah setiap bulan tarikh subur tu sentiasa ada dan jelas. Bab makan mungkin mamy tak sepantang dulu tapi mamy masih berjaga-jaga makan.Cumanya kami tak pergi dah pakar kesuburan dan cuba doa,usaha & tawakal.

Bila umur makin meningkat ni, tentulah mamy risau. Pulak ada je yang cakap-cakap umur mamy ni dah terlalu tua untuk mengandung dan kalau mengandung mungkin ada je masalah. Mamy cuba pekakkan telinga dan hanya doa dan zikir je yang mamy mampu buat untuk tenangkan balik hati ni.

Banding-banding, perli memerli dan macam-macam kami hadap semata anak kami sorang je. Takde anak pun salah , ada anak pun salah juga dipandangan orang . Kadang tu mamy sebak bila nampak kawan-kawan dan orang terdekat berlumba-lumba tambah anak. Tapi apa yang mampu mamy buat? Semua diluar kuasa mamy & Allah tu yang maha mengetahui.

Satu doa yang mamy selalu amalkan bila Allah uji mamy ialah doa yang Ustazah Asma Harun ajar, doa ni dari surah Al-Ghafir ayat 44 

Baca setiap kali sujud terakhir solat fardu, baca bila hati tengah sedih, baca bila-bila perlukan bantuan Allah . Mamy memang baca sentiasa ayat ni & alhamdullilah, hati jadi tenang dan redha.


Airis pulak setiap kali sebut nak adik. Ye, mamy faham, usia dia sekarang ni ialah usia yang dia nak adik. Nak kongsi mainan, nak ajak main. Kesian dia bosan main sorang - sorang . Kadang tu anak-anak kucing dia jadi mangsa terpaksa main sama.

Mamy selalu minta dia sama doa. Yelah doa budak ni kan takde hijab, mana tau doa dia Allah angkat & perkenankan :)

Untuk sesiapa yang baca entry ni dan masih tunggu kehadiran zuriat penyeri rumahtangga korang, mamy doakan agar Allah perkenankan doa kalian. Doakan juga sesiapa di kalangan korang yang juga menanti kehadiran zuriat sebab kita taktau, mungkin doa kita Allah angkat dan makbulkan & Doa yang baik-baik untuk orang lain, Allah akan beri juga yang sama pada kita. 

Percaya dan yakin pada ketentuan Allah SWT sebab Dialah yang Maha Merancang dan Maha Memperkenankan doa. 

0 comments