Al-Fatihah (di baca) : Jadual harian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus



"𝓣𝓸𝓴𝓸𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓭𝓪𝓴𝔀𝓪𝓱 𝓽𝓪𝓷𝓪𝓱 𝓪𝓲𝓻 𝓭𝓪𝓷 𝓟𝓮𝓷𝓰𝓪𝓼𝓪𝓼 𝓟𝓮𝓻𝓼𝓪𝓽𝓾𝓪𝓷 𝓟𝓮𝓻𝓾𝓫𝓪𝓽𝓪𝓷 𝓘𝓼𝓵𝓪𝓶 𝓓𝓪𝓻𝓾𝓼𝓼𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓜𝓪𝓵𝓪𝔂𝓼𝓲𝓪, 𝓣𝓾𝓪𝓷 𝓖𝓾𝓻𝓾 𝓓𝓪𝓽𝓸' 𝓘𝓼𝓶𝓪𝓲𝓵 𝓚𝓪𝓶𝓾𝓼 𝓽𝓮𝓵𝓪𝓱 𝓴𝓮𝓶𝓫𝓪𝓵𝓲 𝓴𝓮 𝓻𝓪𝓱𝓶𝓪𝓽𝓾𝓵𝓵𝓪𝓱 𝓙𝓪𝓶 12.30 𝓹𝓪𝓰𝓲, 8 𝓜𝓮𝓲 2020 𝓭𝓲 𝓴𝓮𝓭𝓲𝓪𝓶𝓪𝓷 𝓫𝓮𝓵𝓲𝓪𝓾 𝓭𝓲 𝓐𝓶𝓹𝓪𝓷𝓰"

Pagi ini berita tentang pemergian Ustaz Ismail Kamus memenuhi ruangan social media. 
Inalillahi wainailaihi rajiun

Perginya pada hari Jumaat dan dalam bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia si sisi Allah SWT. 

Antara posting yang mamy terkesan ialah posting dari Ustazah Favorite mamy Ustazah Asma Harun dimana beliau share posting tentang Jadual Harian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus. Mamy share balik disini ya untuk renungan & rujukkan semua.

 Ustazah Asma Harun : Mereka dipilih Allah untuk kematian yang begitu indah kerana saat hidup mereka memilih berjuang kerana Allah dan Agama Allah, mengatur jadual hidup dengan mengutamakan temujanji dengan Allah, akhirnya kembali dan bertemu Allah dengan cara terindah. Allahu Akhbar..

ᴊᴀᴅᴜᴀʟ ʜᴀʀɪᴀɴ ᴅɪꜱᴜꜱᴜɴ ᴀʟʟᴀʜʏᴀʀʜᴀᴍ ᴛᴜᴀɴ ɢᴜʀᴜ ᴅᴀᴛᴏ ᴜꜱᴛᴀᴢ ɪꜱᴍᴀɪʟ ᴋᴀᴍᴜꜱ :

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
(Mandi dan ambil wuduk)
2. Solat Sunat Wuduk
3. Solat Sunat Taubat
4. Solat Sunat Tahajud (8 Rakaat)
5. Solat Sunat Hajat ( Minta Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta)
6. Solat Sunat Witir (3 rakaat)
7. Istigfar 100X (أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه)
8. Tahlil 300X (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)
9. Baca Doa Nabi Yunus 40X (لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ)
10. Tasbih 40X (سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ)
11. Solat Sunat Fajar
12. Solat Subuh
13. Baca Yaasin selepas solat subuh
14. Solat Sunat Dhuha 6 Rakaat

15. Solat Zohor
- Solat sunat sebelum
-Solat sunat selepas

16. Solat Asar
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib
-Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
-Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al Quran
- Surah Al-Mulk
-Surah Sajjadah
-Surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit, "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat," Ustaz Ismail Kamus.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki bagi kita lagi :
>Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
>Allah akan sibukkan kita dengan anak-anak.
>Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
>Allah akan sibukkan kita degan harta
>Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. 


Semoga kita sama-sama dapat peluang untuk merebut Syurga Allah Aamminn Ya Rabb

0 comments