False-Positive Pregnancy Test

Assalamualaikum

Masih mood nak sharing moment 2 line pregnancy test aku. Of course aku happy. Hampir 6 Tahun aku tak pernah nampak pon test tu naik 2 line dan Alhamdullilah Allah bagi aku nampak pagi 9 September hari tu. Syukur Alhamdullilah.

Test tu naik 2 line positif lepas aku lewat period 4 hari. Dan aku decide nak cek sebab masa ni aku rasa emosi aku tengah stabil dan any result aku dapat, aku terima. Tak pregnant pon aku ok, kalau pregnant lagilah aku happy 😊

Dan tak sangka resultnya 2 line (gambar)

Long story short, itu cuma false positif pregnancy result.

Result positif yang boleh dilihat tetapi tak pregnant. Aku benci benda ni. Hahhaha dia macam bagi aku false hope. But ade hikmahnya. Aku yakin. Kotlah kali ni false, bulan depan memang aku pregnant ke kan? Kannnn?

Aku gugel nak tau kenapa boleh naik 2 line padahal esoknya aku period. Jadi nah no hasil gugel aku.

Sebelum tu biar aku explain, kenapa boleh jadi benda ni. Pregnancy test ni dia detact hormon HCG dalam badan kita. Hormon ni akan produce bila kita pregnant. Jadi maybe aku memang pregnant pon masa tu sebab tu pregnancy test ni detact hCG hormon aku.

6 Penyebab terjadinya False-Positive Pregnancy test result.

1) Lambat untuk cek pregnancy test.
Ok maksudnya, kita dah guna test ni, dah letak urine tapi kita biarkan je tak tengok result dia macam mana. Kita buat test subuh tapi kita biarkan atau terlupa nak cek, dan kita cek balik petang. Masa ni, ada sesetengah test yang akan mengering dan line yang satu tu akan timbul. Sebab tu kena baca instruction dekat paket test tu, cek result within beberapa minit. Kalau lambat cek mungkin korang akan dapat False-Pregnancy test result.

2) Pregnancy Test Expired
Haaa ni lah aku rasa puncanya pada aku. Pregnancy test aku beli dah bertahun woii! Aku tak guna sebab period aku always on time. Kalau lewat pon, esok dah niat nak cek, sekali period 😂 . Maybe lah dah expired. Bila test tu dah expired, chemical yang detact hCG hormon tu takdapat berfungsi dengan baik. Tu lah resultnya gitu. Boleh jadi result dia nampak positif padahal kau tak mengandung atau resultnya negatif padahal kau mengandung. Jadi kalau korang ada test lama-lama tu guna je lah jangan simpan. Takpun beli je baru. Supaya korang tak frustrated.

3) Tengah ambil ubat hormon/ fertility medication
IF korang tengah onz ubat hormon then cek pregnancy test terlalu awal memang akan ganggu result test tu lebih-lebih lagi fertility medication yang bantu naikkan hormon hCG.

4) Miscarriage / keguguran
At 1st aku fikirkan aku keguguran. Or maybe YES. Sebab test tu detact hormon hCG aku, dan berkemungkinan aku memang pregnant dan gugur terlalu awal. Aku pon masih cramp perut yang teramat sangat. Kemungkinan Ini bukan kehamilan yang normal. Sebab itu ia gugur terlalu awal. Atau ni dipanggil chemical pregnancy. If keadaan tak baik jugak aku pergi checkup.

5) Hormon hCG masih ada dalam sistem dalaman selepas keguguran atau bersalin.
Ini salah satu penyebab kenapa korang boleh dapat False-Positive pregnancy test result padahal korang tak pregnant pun bilamana hormon hCG masih ada lagi dalam sistem kita selepas kita keguguran atau baru lepas melahirakan. Hormon hCG ambil masa 4-6 minggu untuk back to normal.

6) Ectopic pregnancy atau Kehamilan luar rahim.

Bagi aku ini hanyalah asbab. Sebab Allah know best. If korang rasa korang pregnant tapi test tu negatif, jumpalah doktor ok atau tunggu lagi seminggu untuk pastikan hormon hCG tu banyak. But if korang dapat test false positive macam aku, insyaAllah ada rezeki yang lebih baik Allah nak beri.

Jangan mengeluh sebab ini semua MILIK ALLAH. 😊


0 comments