Saturday, April 15, 2017

Pertama kali bawa anak tengok wayang

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu. Ok aku dah berjaya install aplikasi Blogger dekat HP ni jadi memana aku nak update aku boleh update walaupun aplikasi ni macam leceh sangat nak guna tapi nak buat camne kan.. aku ni "on the go" sentiasa. Idea aku untuk menulis datang sesuka hati. Huhuhu

Ok minggu lepas for the 1st time aku bawa airis tengok movie dekat cinema. Sepupu-sepupu aku ajak tengok "Beauty & The Beast" tak kan nak tolak kan.. aku ni kaki wayang, bila ade anak terpaksa lah pendamkan kesukaan tengok wayang aku ni sebab airis kecik lagi & siapa je nak tolong tengokkan airis kecuali time-time mama datang & aku boleh la lari-lari keluar tengok wayang dengan suami atau BFF aku Rina.

Setelah airis 4 tahun baru aku yakin nak bawa dia. Selama ni aku kurang yakin sikit sebab aku sendiri tau airis macam mana. Lagipun nak pergi pon dengan suami aku. Aku memang kureng sikit kalau nak bawa airis masuk cinema dengan suami aku.. Kenapa? Suami aku ni dia ade movie yang dia nak tengok, kalau dia tengok movie dia akan konsentrate so kalau airis katakanlah buat "hal" dalam tu.. aku yang akan buat semua.. suami aku akan "relax" tengok movie tu tak peduli..hahahah jadi untuk 1st time aku tak akan bawa suami aku. Jadi 1st time aku bawa airis tengok wayang dengan sepupu-sepupu aku. Sepupu-sepupu aku dan anty aku yang memang banyak tolong aku uruskan airis sebab rumah kami dekat. Mama pulak dekat melaka jauh kan. Dengan dorang sekeliling aku jadi konfiden nak bawa airis.

Dulu aku cukup rimas kalau tengok wayang sekali ade budak-budak memjerit lari turun naik tangga sebab aku akan hilang fokus hahahha lagi rimas bila parents bebudak tu buat tak reti & biarkan anak dia menjerit lari lintang pukang dalam panggung tu. Jadi bila time anak aku,aku seram.. seram kalau anak aku turns jadi yang sama.. jadi macam mana nak buat?

Aku bawa stokin,bawak bantal busuk dia,bawa blanket,bawa jacket sebab ape? Sebab airis ni kalau dia sejuk dia hyper. Dia tak senang duduk jadi ni semua kasi dia warm dan tenang dalam tu. Pastu aku pastikan makanan cukup. Popcorn, air & ape je la makanan yang dia nak. Bila ade makanan, dia makan relax-relax jadi takde masalah. 1 lagi kena 1 seat. Jangan share seat. Biarkan dia duduk sendiri melayan diri dekat seat tu.

Haaa "secret potion" yang aku akan bawa kemana-mana pon aku calit dekat airis. "Secret potion" ni memang aku akan sapu kat airis bila keluar dan alhamdullilah airis so far takde tantrum takde lari sana sini tak dengar cakap. Semuanya lancar je.

Bedtime Rub by Auroma Scents

Aku tau ramai parents kat luar tu yang hadap masalah sama dengan aku..aku pon sama kadang sampai jadi singa bila aku jumpa "secret potion" ni alhamdullilahhh semua dapat diurus.
"Secret potion" aku ialah "calming blend" & "bedtime rub" by Auroma Scents! Sebelum keluar tu sapu dedua ni cakap dengan dia baik-baik sambil urut-urut dia insyaAllah buat hari-hari dia akan jadi dengar cakap. Doa yang baik-baik ok ☺

So far dalam panggung dia beheave. Dia duduk makan popcorn.. makan pretzel.. tengok cerita "beauty & the beast" sampai habis. Siap tidur 15minit dalam tu dan terjaga sendiri tak mengamuk tapi sambung tengok sampai habis. Dia cakap pon bisik-bisik (sebab aku pesan dalam panggung tak boleh cakap kuat-kuat) then dia tak heran pon dengan kegelapan dalam panggung tu.


Lepas tu bawa lah dia pergi tempat dia suka. Macam hari tu dia sibuk nak main lego, so aku bawa dia pergi main lego kat midvally sampai dia puas. Then bawa pergi makan pastu balik. Habis 1 hari dekat Midvally. Lepas ni aku makin konfiden nak bawa dia tengok movie berdua pon ok..hehehe


Korang macam mana pula?
Post a Comment