Pengalam Xray Kepala Anak di Hospital Tampin

Assalamualaikum

Kalau benda nak jadi, bebila masa pon akan jadi. Tak perlu tunggu anak jauh, depan mata pon boleh jadi. Itu la yang aku nak cerita hari ni. Pengalaman aku pergi bawa kekris Xray kepala hari ahad lepas.

Airis ni memang dari start dia pandai jalan dia jenis lasak. Masa belum jalan pon berapa kali jatuh katil sebab dia memang lasak. Dah besar ni tak payah cakap la memang lasak. Kadang badan aku pon naik sakit-sakit kena hentam ngan dia. Dia memang kerap jatuh katil sebab dia tidur lasak. Hidung darah, bibir pecah semua tu dia dah pernah rasa sebab terjatuh. Aku memang risau tapi aku pantau so far tak ade yang mudarat alhamdullilah.

Ahad lepas aku balik rumak mak mentua. Ruang depan rumah mak mentua aku selalu tempian air hujan. Lantai dia pulak jenis licin kalau ada air. Bukan budak kecik je, suami aku, mak mentua aku ipar duai aku semua pernah tergelincir dekat situ. Aku sendiri pernah hampir-hampir nak tergelincir. 

Airis depan mata aku je. Suami aku banyak kali pesan, jangan bagi airis main kat situ aku ye kan aje, dia leka kejar anak kucing sekali sekelip mata je dia jatuh terlentang! Tuhan je tau ape aku rasa. Panik! kelam kabut! Yang aku nampak airis sempat angkat kepala dia dari terhentak kuat ke lantai. Dia menangis jerit kuat cakap sakit-sakit dan terus MUNTAH!

Anak kecik kalau jatuh terlentang, lepas tu pakej mutah jangan bawa main. Aku panik, airis muntah non stop start dia jatuh sampai ke petang. Aku paksa suami aku bawa dia pergi Hospital. Aku malas nak pergi klinik sebab kalau dah muntah better terus ke hospital kan? Hati aku Allah je tau. Zikir aku sepanjang hari. Aku doa airis takde ape yang serius. Aku sendiri hati kaca. Join menangis pulak dengan si Airis. Suami aku pulak boleh buat kerja-kerja menebas padahal dah nampak anak muntah-muntah buat lagi aku panik.

Aku sapu Airis dengan Vapor Rub & Bedtime Rub. Mana yang dia cakap sakit aku sapu balm aku. Perut dia aku sapu Happy Tummy. 

Aku muhasabah diri. Aku duduk dendiam doa & zikir-zikir. Airis tak makan dari pagi sebab dia sibuk nak pergi kandang kambing. Dia mengadu perut sakit. Aku beri dia minum milo. Then lepas tu baru kejadian terlentang. Lepas dia muntah aku paksa dia makan tapi dia taknak dan terus muntah. Hati aku kuat cakap yang airis muntah sebab perut kosong & bukan kena mengena dengan dia jatuh tadi. 

Sampai Hospital Tampin, alhamdullilah tak ramai orang. Staff Hospital Tampin pun senang nak berurusan. Doktor suggest untuk buat Xray sebab nak tengok tengkorak dia ok atau tidak. Ade gegaran atau tidak. Masuk bilik Xray, airis relax je bila kepala dia kena Xray. Senyap je sampai dipuji staff yang Xray kepala airis "Tak pernah saya jumpa anak 4-5 tahun yang senyap bila kena Xray" aku senyum je. Ye Airis kalau bab ni dia memang senang sinit sebab dia pernah cakap nak jadi Doktor. 

Selesai Xray, result dapat masa tu jugak, aku terus ke bilik doktor & bila doktor cek, alhamdullilah tak ada apa-apa. Mungkin Airis muntah sebab perut dia kosong. Last sekali dia muntah keluar cecair warna kekuningan & doktor cakap yes dia gastrik sebab muntah dah keluar "gastrik jus"

Airis dapat ubat gastrik yang putih & ubat tahan sakit. Masa nak ambil ubat tu, dia panggil nama "nur Afifah" padahal yang ade aku sorang je masa tu. Aku tanya balik kaunter, nama tu salah & dia betulkan cuma dia tanya aku balik doktor cakap ape tadi. Aku explain balik ape yang doktor cakap & staff kaunter tu cek balik ubat-ubat & tanya aku berat airis & umur airis untuk pastikan ubat yang dia beri bersesuaian. Jangan tanya aku kenapa aku tak cek. Kepala aku sangat stress sampai aku tak perasan semua tu. Aku dah beri Mykid Airis dari awal daftar, masa pergi Xray pon hanya aku dan airis je dalam tu tak ada orang lain. Masa dalam bilik doktor pon hanya Xray airis je yang ada. Macam mana doktor boleh tertukar nama?

Salah aku tak cek, dah sampai rumah mentua aku baru aku terfikir kenapa aku tak cek, kenapa nama dekat ubat tu lain. Otak aku sangat stress. Masa ambik result Xray pun orang tu panggil sayup-sayup suami aku yang cakap "haaa tu dah siap Xray" maknanya kalau sedari awal nama tu dah salah, patut suami aku pon dengar la yang bukan nama airis yang dipanggil kan? Ok maknanya dedua stress T.T

Balik tu aku beri airis makan ubat gastrik, dia start nak makan roti dan nak makan jagung. Aku beli jugak dia susu. Semua dia makan dan tertidur. Aku cerita dengan mama pasal nama tu, mama aku pulak dah panik risau ubat yang hospital bagi salah & takut rekod airis pon salah.

Nak call Hospital Tampin balik aku sendiri tak tau macam mana, tak tau nak cakap ape. So far airis ok, aku pantau sampai sekarang. & aku memang tak bagi lagi ubat tu sebab airis dah ok. InsyaAllah tak ade pape. Aku yakin itu hanya mistake doktor yang tersalah tulis nama atau tersalah pandang. 
Korang rasa patut ke aku perbetulkan balik rekod airis dekat Hospital Tampin tu? dan ape yang aku nak cakap?

Oh ye, Total keseluruhan hanya RM1. Perkhidmatan Hospital Tampin pon bagi aku bagus & cepat mungin sebab tak ramai orang.



0 comments