Assalamualaikum everybody!
Alhamdullilah,baru lah Allah beri aku kesempatan nak hapdet blog yang dah berhabuk ni. Bukan pemalas, tapi setiap kali aku on laptop ade je lah yang aku buat (mostly aku tertekan SIMS 4) Kauorang taulah, game tu memang buat orang tak buat kerja lain, aku pulak terbanyak sangat idea nak design rumah, almaklumlah aku kan EX student Architecture (yaaa i know! muahahahha)
Anak aku dah darjah 1 dah wei! Ye, si kekris tu dah darjah satu tahun ni. Aku banyak nak share sebenarnya tapi aku lagi suka nak share tentang BENTO dia yang aku konsisten buat tahun ni. Tapi sebab gambar tu banyak kena edit this and that, banyak resepi kena type, aku malas! muahahhaha, kauorang boleh request Instagram aku, ade lah aku update dalam situ.
Baik! berbalik pada tajuk posting aku hari ni : JANGAN PANIK BILA ANAK DEMAM ni sebenarnya aku nak berkongsi tips handle anak demam yang aku rasa dah banyak kali aku share. Cumanya, anak demam ni lain hari, lain pulak cara handlenya nak-nak musim virus tah macam-macam jenis virus ni. Maunya tak panik! Jadi aku buat topik ni so mak-mak yang lain tak serabut & tak mengeluh bila anaknya demam.
5 hari lepas Si Kekris demam panas! Yes D E M A M P A N A S. Suhu dia hampir 40 dan on off pulak tu. Walaupun dia nampak ok, aktif, masih lagi boleh makan dan nak makan aku takde lah risau sangat, cuma disebabkan banyak cerita tentang virus itu ini, aku tak keruan.
Bila dia demam panas, benda 1st aku buat aku akan lap badan dia dengan air suam panas. Letak kain lembab atas dahi dia. Ini benda 1st yang aku buat selalunya. Aku tak beri makan ubat dulu (sebab Airis jarang sangat demam, ubat yang ada pon dah expired) Sambil-sambil tu aku akan cek suhu dia kerap-kerap.
Rekod Airis demam selalunya 3 hari paling lama. Paling biasa dalam 1 hari je. Jadi aku memang lap-lap badan dia, beri dia minum air suam kerap-kerap. Kalau dia nak makan, aku beri je. Aku tak sekat dia makan sebab selagi dia nak makan, aku akan beri dia makan dan minum.
Lepas 1 hari if demam dia masih tak turun, aku pergi klinik. Selalunya, untuk cek Denggi atau Influenza, demam berlarutan selama 3-5 hari. Masa yang sesuai untuk buat test ialah hari ke 3-4 demam. Kalau awal-awal ni doktor selalunya akan beri Paracetamol dan beberapa ubat lain je. Macam si Airis, dia mula demam hari Sabtu, hari Ahad aku pergi klinik sebab nak kan surat MC untuk hari Isnin (aku nak dia rehat dekat rumah je) tapi bila Selasa, demam dia naik balik ke 39'c jadi hari Selasa tu aku pergi balik klinik untuk buat test.
Tapi masa sampai kat klinik, doktor cek suhu demam Airis dah ok, cuma dedar je & peparu dia ok. Doktor beri lagi MC sampai Jumaat (straight dia cuti seminggu!) sebab doktor kata, if dia dah baik demam pun, baru baik demam, pergi sekolah berjangkit balik. Jadi Doktor beri dia 4 hari extra untuk dia sembuh 100% tapi, andaikata dia masih demam, batuk dan berkahak dalam masa tu, dia kena buat test Influenza .
Alhamdullilah, dengan izin Allah, demam dia kebah hari ke 5 dan tak perlu buat test. Cuma batuk sikit-sikit tu aku rasa biasa sebab batuk memang lambat baik selalunya, tapi aku pantau juga batuknya sebab doktor kata kalau tak pantau mungkin boleh jadi asthma atau infection pada perparu.
Masa ni lah Chesty Chest Rub tu aku rasa sangat serasi dengan si Airis. Actually balm Lullabies Chesty ni memang serasi dengan Airis dari dia kecik. Alhamdullilah
Tips #1
Bila anak demam, mak-mak jangan panik. Sebab bila panik, semua hal tak tentu arah. Aku percaya pada emosi mak mempengaruhi emosi si anak. Jadi bila anak demam, mak kenalah jaga emosi. Jangan stress . Buat je ape yang perlu buat. Kalau suhu anak lebih 38'C lap/tuam kain lembab pada bahagian badan anak terutama sekali belah-belah pelipat (ketiak,peha,tengkuk)
Tips #2
Pakaikan pakaian nipis & jangan biar anak terperap atau berselubung sebab akan buat badan bertambah panas.
Tips #3
Bagi makan ubat (paracetamol) . untuk anak kecil, jangan bagi sebarangan, jumpa doktor dulu dan dapatkan rawatan & ubat-ubatan.
Tips #4
Cek suhu dan pantau keadaan anak. Jangan biarkan suhu terlalu tinggi . Kerap-kerap lap badan anak dengan air suam
Tips #5
Pastikan anak minum air secukupnya,kalau anak taknak minum, buatkan sup ayam beri dia hirup perlahan-lahan. Masakkan bubur cair. Jangan sekat pemakanan anak sebab akan buat badan anak makin lemah
Tips #6
Biarkan anak rehat (tidur) supaya badan dia dapat rehat secukupnya
Tips #7
Kuarantin di rumah. Jangan keluar atau bawa keluar tempat yang ramai orang. Takperlu hantar kesekolah atau kerumah pengasuh sebab kau akan buat anak orang lain pulak demam dan akan buat anak kau bertambah worst! Aku cakap benda yang betul ni. Kauorang lebih pentingkan kerja atau anak kauorang yang sakit tu? Fikir lah ye. Walaupun aku WAHM, aku letak tepi semua urusan aku sebab nak handle si Airis. Kalau doktor tak bagi MC 7 hari pon aku rela mintak sebab aku nak pastikan dia sembuh bebetul baru kesekolah. Sebab kauorang taktau anak orang lain tahap antibodi nya macam mana. Jadi jangan SELFISH!
Aku pastikan Airis disapu Chesty Chest Rub Lullabies & Bedtime Balm Lullabies. Bedtime ni aku sapu tujuannya supaya Airis lena tidur. Aku percaya rehat yang cukup, bantu demam dia reda dengan izin Allah. Bedtime Balm ada Lavender essential oil, salah satu kebaikkan Lavender ni membantu menurunkan suhu demam dan meredakan simptom-simptom demam selsema.
Ustazah aku pesan, bila anak demam jangan panik. Bila anak demam, kita mak-mak ni kena banyak buat solat hajat & baca quran. Kena doa banyak-banyak jugak sebab doa mak mak kan takda hijab.
Bila kita tak panik, kita takde lah stress menjaga anak. Yang penting kita yakin Allah akan sembuhkan anak kita & doalah semoga tak mudarat. InsyaAllah.
oK aku tambah sikit, beri anak-anak Vitamin C dan multivitamin setiap hari. Kalau kauorang tanya aku, brand ape yang elok, aku akan cakap Shaklee sebab aku dah biasa dengan Shaklee dari zaman kanak-kanak lagi heeee
Aku doakan anak-anak kalian yang sedang demam diberi kesembuhan yang segera.
0 comments