Carita Airis dan Tadika PT 2

Assalamualaikum...aku bizi actually hari ni, konon nak settlekan balm aku sebelum esok sebab esok aku full day ade kelas marketing dekat Damansara.. tapi jap-jap lagi la..lepas asar.

Dari tahun lepas aku dah start servey sekolah tadika. Aku memang kalau boleh nak masukan anak aku tadika awal. Kira macam play school la bukan sebab nak berlumba-lumba anak masuk sekolah awal. Aku nak dia pandai berdikari & socialize dengan kawan-kawan sebaya. Dia duduk rumah dok ngadap TV, HP macam anti social kan? Walaupun aku rasa video dan cerita yang dia tengok tu macam membantu jugak dia jadi cerdik..cepat bercakap semua..tapi kalau dah selalu munkin mudarat jugak. Lagipun aku ade la masa nak buat kerja-kerja aku kan sepanjang dia kesekolah..

Aku dok doa hari-hari mintak Allah permudahkan aku nak masukan airis tadika islamik yang aku servey ni. Kenapa? atleast dia ade ilmu agama. Basic. Aku mengajar juga dia solat, baca iqra tapi kalau boleh aku nak la dia pandai betul-betul sebab bila dengan aku dia main-main. Tapi aku taktau kenapa aku sangat malas nak singgah sekolah tu untuk tanya-tanya. Mungkin sebab aku tau kot yuran tadika tu pon lebih kurang jugak dengan tadika-tadika sekitar sini jadi aku tak endah sangat sampailah aku pergi bawa airis minggu lepas & terkilan sikap cikgu tu pada kami. No wonder kenapa aku takde hati sangat nak pergi jenguk, rupanya begini. Cuma aku kesiankan airis yang semangat nak masuk tadika situ. Ok la.. NO More Tadika itu. Thats it!

Aku tahu..nak cari tadika yang bagus & berbaloi bukan senang. Fikir juga pasal yuran yang melampau mahal tu kadang buat hampir giveup! Cuma untuk masa depan anak aku, aku tutup mata je lah.. lain-lain aku berserah pada Allah. Moga apa yang aku buat ni terbaik untuk Airis.

Mula-mula aku servey tadika Montessori kat sini aku macam nak fikir dulu. Yelah yuran dia untuk setahun (2semester) RM2800++ dan bulanan RM350 tu agak mahal bagi aku. Lagipun masa tu aku macam berat mulut nak cakap dengan suami aku. Takut dia buntang mata tengok harga tadika tu.. 

Tapi lepas kes tadika islamik ni, aku jumpa principle Montessori bincang-bincang dan aku decide masukan airis kat sini. Kat sini ade bahasa Mandarin so aku fikir elok jugak airis ade 3rd language. Kebanyakkan murid kat sini bukan dari sini, tapi ade dari Korea, Ghana, India, Arab dah macam International School pulak kan, jadi aku rasa bagus la airis nak socialize. Principlenya pun boleh bertolak ansur dengan aku. Dia agree bagi airis seminggu trial tanpa cas yuran bulan ni tapi start bayar yuran bulan depan & dia agree beri airis extra class tanpa bayar apa-apa untuk cover semua airis dah terlepas masa semester 1st. Actually banyak yang dia tolak ansur.. Yuran pon patut aku kena bayar terus RM2k tu kan, tapi aku mintak bayar separuh-separuh sebab aku bukan nya ade cash gitu tengah bulan ni..muahahha.. Aku cuma bayar registration RM100 + RM350 untuk buku-buku airis. 
Sebelum aku nak pergi jumpa principle tu aku calit sesiap Essential Oil Geranium, doa laaa moga principle tu lembut hati dengan aku..Alhamdullilah..pape pon asbab kan, semuanya dengan izin Allah juga.

Sebab airis masuk 2nd semester, yuran dia kurang sikit la dari RM2800 tu jadi RM2300, mahal juga laaa nakkk tapi aku tutup mata! Airis baru 2 hari dekat tadika tu. 1st day dia macam taknak lepaskan aku & babah dia. Dia fikir pergi tadika tu main playground & main toys gamaknya taknak lepaskan aku & babah dia & paksa kami bawa dia main kat slide luar tadika tu. Bila teacher kelas 4 tahun umpan dia dengan Computer game(kelas computer masa tu) baru dia lepaskan aku, tapi principle dia cakap dia menangis sikit la. Cuma cikgu puji airis sebab airis suka buat kerja yang teacher dia suruh, dia suka mewarna & melukis.

Hari kedua jumaat lepas, aku sapukan airis Orange essential oil & Cedarwood dekat dia. Aku siap pasang roller senang aku nak roll-roll, cuma dua ni aku dilute jugak dengan carrier oil sebab oil dedua aku ni tinggal sikit. Dua oil ni bantu dia more fokus & bagi dia semangat. Alhamdullilah, hari kedua dia terus meluru masuk dalam kelas, aku pon blah balik rumah. Tapi teacher dia cakap, dia melalak sikit la bila perasan dia kena tinggal. Takpe.. aku rasa semua budak macam tu kan memula?

Aku simpan work airis masa dia 1st start, aku nak tengok perkembangan dia sebulan. Nanti aku share kat sni. Aku happy aku Young Living Essential Oil User sebab banyak bantu aku & airis ni. Airis memang dari 1st aku jadi user aku dah oilkan dia. Sekarang lagi senang la aku nak tengok perkembangan dia kan dengan guna dua oil. Sebab ade kawan-kawan YLEO yang guna 2 ni dapat kesan POSITIF pada anak-anak. Kenapa aku tak gunakan BrainPower? Sebab aku rasa oil Brain Power ni agak kuat untuk airis, for a start, better 2 oil ni aje. Lagi pun dia baru 4 tahun kan, aku cuma nak dia seronok pergi sekolah. Mungkin Isnin ni aku nak cuba calit Essential JOY dekat heart dia, tengok mood dia macam mana.



Kawan-kawan aku ramai yang up status anak tak sihat sejak masuk tadika, jadi untuk protection, aku memang konsisten sapu Bodyguard Rub Auroma Scents dekat airis. 1st day dekat tadika tu aku dah nampak ade 2 3 budak yang selsema, hingus meleleh, tapi alhamdullilah so far airis sampai sekarang tak selsema. Setiap malam lepas mandi aku sapukan Vapour Rub Auroma Scents supaya dia tidur lena dan tak berkeruh. Lullabies Baby Balm aku sapu dekat betis & belakang badan dia. 

Isnin hari ke-3 dan airis start extra class sampai pukul 2. Hari ni dia baru settle siapkan homework teacher bagi. Alhamdullilah aku nampak positifnya disitu. 

Ade ke oil buat teacher sayang kat anak kita & buat teacher fokus jugak kat anak kita supaya anak kita tak ketinggalan? Ye lah, nak jaga budak yang ramai tu bukan mudah kan? InsyaAllah Ade oil yang membantu macam JOY essential oil, cuma tu semua asbab, kita as ibu ayah kenalah banyak-banyak doa & berserah pada Allah. Mohon Allah lindung anak kita bila berada di tadika. InsyaAllah



0 comments