CHECK LIST : Senarai barang anak yang perlu mak-mak bawa dalam beg setiap kali keluar berjalan


Assalamualaikum mommies!

Dah nak masuk 7 tahun dah aku tak heboh barang anak kecik ni, tapi since aku perati, ramainya kawan-kawan aku yang beranak kecik, aku suka nak share entry ni, entry ni pon ade dalam previous blog aku masa zaman Airis baby. Takpe lah aku share lagi mana tau jap-jap lagi aku pregnant kan (aaminnn!) aku boleh cek balik checklist ni.

Bukan beranak kecik je, aku yang anak dah tahun satu ni pon kadang handbag aku penuh barang dia. Ye lah takkan nak membeli yang baru je kan, anak ni pulak kalau tak bawak, masa u lah dia nak guna, bila bawak, tak guna pulak. Last-last handbag aku penuh barang dia je. Bukan dia takde bag sendiri, beg dia pon penuh mainan~

Selalu kita panggil DIAPER BAG atau MAMA BAG mana-manalah kan, selalu mak-mak ni dia punya teliti tu tak boleh bawak bincang. Sampai si ayah pon kadang tak boleh nak buat ape kan? Naluri mak ni jangan bawak main, dia je yang kenal anak dia macam mana kan? Samalah kes aku. Masa Airis kecik, macam 1 lemari aku bawak, dengan makanan lah, mainan lah, baju spare itu ni semata nak pergi shopping mall je pon. huuuuu 

Untuk mak-mak baru (New moms) ini lah yang akan jadi new best friend yang korang nak selalu ada dekat sebelah. Yang kalau takde korang resah gelisah. Aku bercerita tentang aku. Sampai sekarang, MAMA BAG ni aku bawa kemana-mana je cuma isinya ikut umur anak aku lah. 😆

Jom aku share checklis MAMA BAG supaya takde lah beg korang tu penuh benda yang tak sepatutnya kan dan semestinya beg u penuh barang yang korang memang perlukan (walaupun bukan selalu - tapi perlu jugak bawa)

KEPERLUAN DALAM MAMA BAG

Cuba fikir apa yang perlu kita bawa setiap kali keluar berjalan dengan anak-anak. Checklist ni sesuai untuk anak kecil sehingga 8 tahun. Anak besar tu pandailah dia fikir sendiri ape nak bawa, aku berkongsi apa yang aku selalu bawa dan pastikan bawa setiap kali aku keluar rumah dengan si Airis.

  • WIPES. Benda paling penting dan paling berguna perlu ada dalam MAMA BAG. Bukan je untuk bersihkan tangan,mulut tapi kalau aku keluar makan, meja kedai tu pon aku lap guna wipes ni hahah! Masa Airis kecik, sebab aku jenis mak yang takut anak sakit, troley,baby chair semua aku akan lap dengan wipes ni. Sebab tu aku suka beli 2 jenis wipes . Satu yang biasa stu lagi yang antibakteria  


  • HAND SANTIZER . Is a MUST masa sekarang ni. Aku tak beli dekat farmasi, tapi aku buat sendiri. Guna TEA TREE ESSENTIAL OIL, WITCH HAZEL & PURIFIED WATER letak dalam botol dan spray pada tangan bila-bila je. Memang hand sanitizer ni aku ajar Airis untuk spray selalu. Boleh je korang beli dekat farmasi tu. Ajar anak-anak untuk guna ok sebab kita taktau apa dorang sentuh dan kalau ada anak kecik tu pon aku memang suggest korang beli sanitizer ni, sanitize tangan korang sebelum/selepas tukar lampin atau sebelum beri anak makan.
  • MINYAK ANGIN/BABY BALM . Aku rasa aku banyak kali share, aku akan pastikan dalam MAMA BAG aku ada Balm Lullabies. Selalu aku hanya bawa yang perlu je bukan kesemua 7 balm.
Chesty Chest Rub - Ganti Vicks, selalu Airis ni kadang terselsema la, batuk lah,or aku kadang semput, so memang balm ni penyelamat.
Wobbles Time Balm - Kembung perut atau tetiba sakit perut, aku sapu balm ni. Biasalah budak, kang tetiba cakap sakit perut. Worst Muntah!
Bliss Balm - Ruam Rash gatal-gatal ni boleh timbul bebila je. Jadi balm ni memang aku bawa sentiasa. Kulit kering pon aku sapu ni je.
Bedtime balm - Aku yang perlu kadang balm ni bila letih handle anak, dalam kereta aku sapu balm ni dekat kaki. legaaa! ni kalau anak tetiba tantrum, kau ambik Bedtime balm selawat 3x sapu dekat dahi & pergelangan tangan (nadi) anak tantrum tu. InsyaAllah reda tanrum dia dengan izin Allah.

Extra untuk yang ada baby, bawa BABY BALM LULLABIES sebab baby balm ni all in one. Dari kembung perut,meragam,batuk selsema,ruam lampin semua boleh sapu Baby Balm. 

(Balm,sanitizer hand wipes aku letak dalam 1 beg kecil, senang nak ambil bebila perlu, dalam beg kecil ni aku letak sekali PLASTER,GETAH RAMBUT,SIKAT KECIK,PENGETIP KUKU & GUNTING KECIK

Jangan tanya lah, kau bawak je sebab aku pasti benda ni berguna 1 hari nanti 😝

  • BAJU SALIN - Orang pandang remeh benda ni.Tapi dari Airis kecik sampai besar, aku memang pastikan bawa. 1 helai baju,seluar,underwear & tuala kecik. Kalau ada anak kecik tu bawa lah extra DIAPER (aku dulu bawa 2-3 helai) 

  • MAKANAN - Biskut ke, cereal dalam kotak atau kekacang (almond,kismis) dan air masak memang aku pack sesiap walaupun pergi mall . Sebab anak ni kadang dia boleh lapar tiba-tiba, tak penyabar nak tunggu. Dari buat mood kita spoil sebab anak tantrum lapar, baik sesiapkan dulu kunyahan dorang.  


  • MAINAN/BUKU - Kalau korang jenis suka anak main gadget, bagi lah gadget. Macam aku, aku memang suruh dia siap-siap bawak 1 buku dan pencil selain mainan (bawak lah dua tiga bukan 1 kotak) Sebab nak melekakan dia sementara kita selesaikan urusan kita. 
Untuk korang yang ada anak kecil, lagi banyak checklistnya, nanti entri next aku cuba senaraikan ye, yang fully breastfeed pon ade listnya. 

Percayalah, bila kita ada MAMA BAG ni dah tak perlu kelam kabut atau dah tak perlu risau anak tantrum sebab InsyaAllah semua dipermudahkan. 






0 comments