Cerita Kiasu si Mamy dan Pertandingan Pakaian beragam.

Assalamualaikum.

Sebulan lepas, bila cikgu bagitau ada pertandingan pakaian beragam sempena Merdeka, otak aku dah mula kelam kabut. Masalah aku is, siapa yang nak jahit. Aku mana ade mesin jahit, aku tak pandai jahit pon. Aku hanya harap mak kat kampung tolong aku, itu pon dia macam malas layan aku, last minit siap jugak lah skirt layer merah putih kuning si Airis. Since cikgu cakap tak boleh potong bendera buat baju, mak aku gigih cari kain yang masuk tema. Ok lah kain semiter tak sampai RM3. Material pon macam bendera.

Itu pon nak melawan kiasu aku ni punyalah susah. Dalam kepala ni macam-macam design aku nak. Tapi sebab mak aku yang jahit dan aku taknak susahkan dia, aku terima je lah ape yang dia jahit. Baju atas guna kebaya sedia ada. Cuma skirtnya je jahit lain buat layer-layer.

Alhamdullilah, hari pertandingan ni cikgu pospone lepas UPSR, lepas kain siap jahit, KIASU aku aktif seminggu dok fikir camne nak siapkan baju si Airis ni.

Aku fikir bunga raya.

Sebab nak nampak Malaysia tu, aku decide buat sendiri bunga raya guna material stokin nipis (yang buat bunga stokin tu) tapi sebab dawainya lembut, airis langgar sikit je kemek. Sebab masa dah suntuk, aku decide buat guna felt. Senang nak buat dan terletak cantik.

Tengah bunga tu mula-mula aku buat guna felt, dah kawan aku cakap macam fries Mekdi, jadi sebab kiasu aku ni, aku gigih jahit benang satu-satu nak nampak macam real sikit lah. 😂

Bunga raya ni je dah berapa banyak kali aku otter. Berapa kali jari aku kena hot glue. Aku sampai terlelap kat meja sebab buat bunga ni.

Sebab baju Airis takde langsung lambang bendera, aku buatlah reben guna bendera.

Kawan aku cakap macam baju Korea, aku ubah sikit lagi letak kerawang. Then headbandnya pon aku letak bunga raya. Overall macam yang korang tengok ni lah. Aku puas hati, alhamdullillah.

Aku actually tak mengharap pon menang, since cikgu cakap ade 10 pemenang, so aku rasa Airis ade peluang menang. Sebab kalau nak dibandingkan baju anak anak yang lain, baju Airis antara yang masuk tema.

Bila time panggil nama pemenang, dalam 10 tu Airis langsung tak menang. Aku tak frust, cuma aku frust, anak yang menang tu langsung tak masuk tema pun bajunya. Kebaya hijau dan tudung kekaboo (merdeka-ni je kot masuk tema)

Semua list 10 pemenang tu ade sorang dua je yang bajunya ikut tema. Lain-lain langsung tak masuk tema. Jubah hitam + tudung marron, selempang bendera pon menang, nak dibandingkan dengan anak yang pakai baju melayu bercorak bendera siap dokoh pon tak menang!

Aku a lil bit FRUST!

Biasalah Kiasu 😂

Ade hikmahnya InsyaAllah.

Aku tak kesah siapa pon nak memang, tapi biarlah yang bajunya masuk tema. If kau di tempat aku, aku percaya kauorang pon tak puas hati. Aku sabar. Aku senyum, aku happy walaupun aku a lil bit FRUST!

Bila cikgu explain, pertandingan tu dorang nak tengok tahap konfiden anak-anak. Cara jalan, cara konfiden dia peragakan pakaian tu. No wonder ade budak yang pakai baju biasa je.

Ade sorang tu hanya baju Tee dan seluar panjang je. Aku rasa kalau budak tu masa runaway dia jalan konfiden, mungkin dia boleh menang, tak perlu nak bersiap pon.

Airis masa berjalan tu dia takut-takut. Muka pun masam je. Hahahhaha

Kalau aku tahu, markah tu paling tinggi, tak payah aku kiasu lebih-lebih. Pakai je lah baju pape, pegang bendera, jalan je dengan konfiden.

Tadi kata tak kesah menang ke tak kan?
Aku tak kesah, cuma aku kesahkan baju anak yang menang tu tak masuk tema. Itu je. Senang kerja mak dia, pakaikan tudung je dah menang no1 😆

As parent, of course lah aku berhak tahu markah-markah nya, cikgu patut bagitau kan?

(Patutnya cikgu cakap-)
"Baik puan, markah paling tinggi ialah konfiden, make sure anak-anak komfiden dan jalan dengan penuh gaya masa pertunjukkan nanti" (tapi cikgu tak cakap pape pon 😅)

Tapi anak yang memang tu memang konfiden dia jalan.

Baiklah, yang paling penting, aku dah buat yang terbaik, yang paling penting aku dah buat dan hasil kerja tangan aku sendiri.

Paling penting, baju ikut TEMA walaupun maybe last minit dorang decide tak perlu bertema bendera, janji jalan kena ade konfiden. Ehmmmm..

Aku yakin ada hikmahnya.
Bukan rezeki Airis disini.

Aku kena mandi lebih Garam Aura lepas ni letgo everything yang tak best ni. Hahahha.

Walaupun Airis tak menang, im so happy with my self sebab dah buat sesuatu yang bagi aku sendiri terbaik.

==============
kiasu

/ˈkjɑːsuː/


(of a person) having a grasping or selfish attitude arising from a fear of missing out on something.




0 comments