Friday, February 3, 2017

Jalan-Jalan Bandar Melaka

Assalamualaikum

Memang setiap kali Raya cina mesti kami 1 family akan berjalan kat Bandar Melaka. Dari kekris kecik asal raya cina je suami aku ajak pergi berjalan kat sini. Sebab raya cina je lah suami aku cuti seminggu. Hari lain memang susah nak ajak berjalan. Aku suka jalan-jalan dekat bandar Melaka sebab mama memang dok melaka, jadi aku akan dapat balik kampung duduk lama-lama kat sini.. hehehe selain aku suka tempat-tempat bersejarah ni.

Kali ni suami aku bawak airis oergi Zoo melaka. Gerak pagi pergi singgah breakfast then terus ke Zoo Melaka. Ni kira kali ke-2 kami pergi zoo melaka. Airis suka binatang. Dari kecik suami aku suka bawak dia pergi tengok binatang. Aku suka pergi zoo melaka ni sebab binatang dia banyak. Kawasan luas puas kami jalan satu zoo tu. Next time nak merasa pergi Night Safari pulak sebab pergi waktu sianh ni satunya panas satu lagi semua binatang dalam ni kebanyakkanya tidur dan tak aktif waktu siang. 



Airis dapat la bagi Gajah, arnab makan. Makanan korang kena beli RM5 untuk setiap makanan tu. Ok la, aku rasa bagus buat macam ni atleast dapat tampung perbelanjaan maintanance binatang-binantang ni selain buat bebudak suka kan.





Lepas pergi zoo, kami terus ke area A Famosa. Lepak makan cendol dekat Cendol Jam Besar yang fames tu. Tapi aku rasa biasa-biasa je pun. Aku ambik cendol jagung , suami aku pulak makan cendol durian dan aiskrim, airis aku ambikan ABC special dengan aiskrim. Harga semua ni start dari rm3.50 sampai rm5.50.

Airis dari jauh dah nampak beca pokemon, beca frozen, beca hecllo kitty yang buat dia excited nak naik tapi aku dan suami decide nak naik cruise. Sebab tak pernah naik dan macam seronok je kan. 



Tapi memang seronok pon.. lalu sepanjang sungai melaka. Paling menarik bila dapat tengok Perkampungan Morten - Rumah Morten . Yang aku tau rumah-rumah melayu ni dikekalkan senibina dan rekabentuk rumah kampung melayu untuk kekalkan sejarah perkampungan ni. Next time aku nak ajak suami aku pergi jalan-jalan dekat sini pulak. Nanti aku dah dapatkan info aku share kat blog ye. 

Perjalanan naik cruise ni ambik masa dalam 40minit pergi balik. Kalau naik waktu malam lagi shok la sebab akan nampak lampu-lampu cantik sepanjang sungai melaka ni. 

Lepas naik cruise.. suami aku ajak daki kubu A Famosa. Masa bercinta dulu kami dah daki dah. Dulu kurus takde la masalah. Sekarang dedua dah debu nak naik punyalah tercungap-cungap padahal bukan tinggi pun tapi sebab tangga dia tinggi-tinggi sengal jugak la lutut nak panjat.

Banyak actually aktiviti hari tu. Cuma aku tak dapat nak ambik gamba banyak sebab bateri aku kong. Huhuhu.. hujan pulak lebat gila start maghrib dan sepanjang perjalanan kami balik. Alhamdullilah janji si kekris ni seronok satu hari. 

Ooo aku lupa nak bitau.. aku memamg bawak sesiap semua balm aku. Dari nak angkut semua essential oil kan.. aku bawak balm yang aku buat. Sebelum outdoor aktiviti tu aku sapu sesiap kekris dengan ITCH NO MORE RUB untuk halang gigitan nyamuk & halang nyamuk dari gigit. Alhamdullilah memang nyamuk tak hinggap. 

Malam tu pulak, aku urut-urut kaki kekris dengan BEDTIME RUB dari betis ke tapak kaki supaya urat-urat kaki dia rest dan dia boleh tidur lena.
Lemongrass tu aku memang saja bawak sebab dalam banyak-banyak essential oil aku paling suka dengan Lemongrass sebab selain dari eo ni dapat bantu halau nyamuk, dia dapat legakan urat-urat saraf yang tegang. Dah berjalan mesti sakit kaki kan? Aku dilute Lemongrass Essential Oil ni dengan carrier oil, sapu dekat otot yang sakit. InsyaAllah lega je lepas tu boleh sambung jalan :)





#cabaran20entriauromascents
#entrino2
Post a Comment