Saturday, December 24, 2016

Pupuk Minat Membaca Pada Anak

Aku adik beradik memang kaki membaca. Kira bookworm lah. Aku ingat lagi masa aku muda remaja, kalau mak aku bawak pergi MPH aku akan beli novel banyak sampai mama tanya "baca ke semua ni?" Eh tapi memang aku baca dan kalau takat 2 3 novel tu sehari dua habis dah aku baca. Novel pon aku baca english punya sebab aku percaya baca novel english ni akan bantu aku dengan bahasa english, vocab aku, dan lain-lain. Sebab aku bukan pandai sangat cakap english ni. Sampai sekarang novel-novel aku yang berlambak tu ade tersimpan dalam almari. Aku ingat nak letgo tapi aku sayang...

Bila aku dah kahwin, aku tak lagi bookworm macam dulu tapi aku jadi workaholic bila ade anak lagi la 1st page pon aku ambik masa berejam nak habiskan baca. Lagipu suami aku bukan jenis yang suka membaca. Dia kaki tengok drama melayu. Heh~

Aku nak kekris suka membaca macam aku dan adik beradik aku. Sebab tu dari kecik aku memang akan belikan dia buku sampai sekarang walaupun aku macam rasa dia bukan suka pon  tengok buku. Tapi aku memang biasakan diri dia untuk sukakan buku. asal aku keluar, aku belikan dia buku. Sampai penuh rumah aku dengan buku dia. Birthday dia pon present buku. Semua presentkan dia buku hahaha hambik. Kebetulan birthday dia time BBW kan, semua pakat beli buku untuk dia.

Aku kalau sampai bbw tu memang berejam pon  aku rela. Tidur situ pon aku sanggup. Tapi sebab bawak suami aku yang bukan kaki membaca dan terpaksa membayar buku-buku aku jadi sepantas mungkin  aku grab buku yang aku nak pastu bayar pastu balik.

Kali pertama aku pergi kekris kecik lagi jadi aku yang pilih buku-buku dia. Dia suka elmo jadi banyak buku elmo aku ambik. Yang berbunyi yang bergambar yang ade aktiviti dan aku hanya spend tak sampai rm100 pon utk buku-buku yang aku beli. Kan best tu. Buku aku? Tak ade pon aku beli sebab aku fikir..bila oii aku nak baca? Bila malam aku lagi suka tidur dari nak membaca...huhuhu

Kali kedua aku pergi kekris dah besar. Haa yang tahun ni laa kali ke-2 tu. Aku pergi pukul 11 malam sampai dekat nak pukul 2 pagi aku still berlegar-legar dekat dalam dewan tu (kan 24 jam) Tapi kali ni best. Suami aku melayan aku dok bertapa dalam tu tanpa banyak bunyi! Kekris lagi suka.. dia heaven gila dia dalam tu. Dia yang bawak trolly sendiri. Dia pilih buku sendiri. Dia akan duduk satu tempat pilih buku dia nak. Aku suka.. then aku biarkan dia pilih sendiri. Tapi aku banyak ambik buku belajar la. Puzzle, ABC, story book aku tak ambik sangat sebab kat rumah dah berlambak. Memang habis RM100 buku aku ngan kekris je. Suami aku mampu  geleng kepala.

Airis suka membaca.. dia suka mewarna.. tapi dia jenis cepat bosan. So aku pastikan aku merajinkan diri aku untuk pelbagaikan aktiviti dia. Buku yang aku beli untuk dia pon bukan semua aku tunjuk kat dia. Seminggu sekali 1 buku aku tayang. Kalau semua aku bagi nanti bila dah bosan habis buku tu dia campak.

Aku cuba nak amalkan membaca bedtime stories untuk dia setiap malam. Aku buat tapi tak konsisten sebab aku asik lupa nak beli mentol lampu tidur, sudahnya bila dah bergelap semua tidur je la kan. Mama aku dulu suka bercerita. Dia seorang yang kretif bercerita. Aku kalau nak story telling tu tah ape-ape yang keluar...aku tak ada idea langsung huhuhu..



Post a Comment