Thursday, December 22, 2016

Potty Training Pt 1

Kekris dah masuk 3 tahun. Alhamdullilah.. tapi dia still breastfeeding dan still pakai diaper. Aku cuba juga wean off dia tapi rasa ralat pulak bila 1 hari dia tak menyusu. So orang kata aku yang tak kuat nak putuskan susu kekris. 3 tahun kot aku directfeed dia jadi nak wean off tu memang ambik masa la kan, walaupun aku cakap ni adik punya, dia reply "No Adik ok..No share ok.. ni ayish punya" 😂 

 Itu next la aku cerita, aku nak cerita pasal potty train. Si kekris ni dia suka buat something yang mencabar otak aku. Start dia tgok youtube pasal baby potty training yang aku akan mengamuk bila dia ter-bukak video tu sebab aku rasa video tu inappropriate. Geli wei.. aku tak faham kenapa orang putih tu nak buat video camtu. Ni bukan educational punya ok. Kalau jenis educational aku tak kesah, ni jenis yang..huhuhuhu taktau camne aku nak describe. Walaupun aku dah block video tu dan aku dah larang kekris tengok kadang2 ade jugak lalu kat frontpage youtube tu. So cara dia is aku tak bagi dia tengok youtube. Kalau bagi pon aku warning siap-siap then aku pantau video yang dia tengok. Aku bukan mak yang tak bagi langsung anak aku tengok gadget..aku bagi tapi aku pantau dan bukan selalu aku bagi. 

 Ok sambung, bila dia dah tengok video potty train tu jadi dia ade idea ape itu potty train jadi patut memudahkan kerja aku kan? Dah beberapa kali aku tangkap dia dalam toilet dalam bilik duduk atas jamban. Dia hilang tetiba, selalu kalau dia diam atau hilang tetiba tu maknanya sesuatu lah tu. Nah memang betul, dia siap tanggal diaper masuk toilet panjat jamban duduk atas tu diam-diam. Dia cakap dia kencing. Pastu taknak aku cebok. Dia nak cebok sendiri. Kadang tu dia cakap dia berak. Siap puji diri sendiri "pandaiii aiyish kan mamy.."😂 Aku cerita dengan suami aku. Konon aku happy la kekris dah boleh berdikari. Aku kena marah pulak sebab biarkan anak sorang-sorang dalam bilik air. Macam-macam boleh jadi. Ya ampunn semua ni luar kawalan aku. Kadang aku sibuk kat dapur..kadang aku tengah mandi .. kadang aku tengah solat haa semua ni la time si kekris buat kerja. Tapi kalau fikir positif betul la ape yang suami aku bebel tu. So aku warning lagi kekris. Jangan buat gitu nanti ape-ape kang camne? Harap dia faham laa ape-ape tu kan 😂

 Aku bukan tak cuba untuk potty train kekris. Cuba tapi tak konsisten. Mama cakap kat aku "korang dulu adik beradik sebelum masuk 2 tahun dah potty train. Senang je 20minit sekali tu bawak la pergi toilet. Bukan susah pon. Awak yang pemalas". Bila mama dah cakap gitu, aku suruh je la mama potty train anak aku sampai berjaya. Seminggu aku duduk kampung aku kasi can kat mak aku untuk potty train kekris. Siap bawak extra panties & baju . Kekris ni bila ajak pergi kencing dia taknak. Bila paksa dia akan duduk laa lama-lama kat potty tu tapi tak kencing or tak berak. Pastu bila dah cebok selang beberapa minit kencing dalam seluar, depan pintu.. Dia bukan tak reti cakap, dia taknak cakap walaupu aku dah pesan mak aku jap-jap tanya. Mak aku pandai, dia siap reward jajan lagi kalau kekris berjaya potty dalam toilet. Tapi anak aku bila dah tau ade jajan, tak potty pon dia meraung nak jajan. Huhuhu Jadi sampai ke hari ni aku belum berjaya potty train kekris.

InsyaAllah aku akan cuba sampai suksess. Ape cerita potty train korang? Meh la share ngan aku pastu ajar aku sekali sampai aku suksess cam korang 😉




Post a Comment