Sunday, December 18, 2016

Anak bila senyap.....

Anak bila senyap.....

Kekris ni otak dia ligat. Mama selalu kata aku over kasi dia Omega Guard Shaklee sebab Omega Guard ni kan minyak ikan yang bantu perkembangan otak dan buat daya fokus tu lebih baik. Tapi memang betul pon. Aku bagi dia sehari sebiji. Kalau aku tak perasan dia sendiri akan ambik botol Omega Guard tu dan tah berapa banyak biji dia kunyah 😓 terus aku jadi singa jadian dan dia lari lintang pukang nak selamatkan diri!

Tapi aku percaya, susu ibu pon bantu perkembangan otak kekris. Nah.. sepupu aku adik beradik semua breastfeed. Bila besar semua belajar tinggi-tinggi & kerja bagus-bagus. Lain dengan aku dan adik beradik aku. Kami semua susu formula, pandai memang pandai laa tapi tak berapa pandai.. jadi aku memang dari awal niat nak susukan airis sampai 2 tahun tapi drag sampai 3 tahun semoga dia nanti bijak belajar dan kerja bagus-bagus insyaAllah

Kekris ni dia bijak. Bijak dia macam-macam cara. Dia akan perhatikan kita, tengok cara kita sambil-sambil tu otak dia ligat fikir agenda dia nak buat. Time selalu dia buat hal..time aku mandi & solat. Time ni dia boleh agak, berapa lama aku mandi & berapa lama aku solat. Selalunya yang jadi mangsa.. makeup aku......




Bila aku solat dia akan perhati. Selalu kerja dia start bila aku masuk rakaat ke-2. Habis je aku solat dia akan kabut duduk dekat tepi aku buat-buat takde hal. Tapi sebenarnya habis 1 tiub lipstik aku dia kerjakan. Sebab tu kalau tetiba dia senyap mesti sesuatu yang dia tengah buat.

Kalau dulu nak keluar jalan aku memang seram. Yelah kekris ni nasa kecik memang senang gila nak jaga sebab dia taktau pape. Bila besar ni meligat lari sini sana. Aku kalau keluar berdua dengan dia memang tak lah. At least aku kena bawak assistant macam si Aboy ke.. Si angah ke.. atau babah. Dengan aku memang dia tak heran walaupun aku buat muka singa. Tapi dengan orang lain dia memang behave buat-buat comel. 

Sekarang bila aku dah masuk dunia oil ni, aku belajar macam mana nak tackle perangai kekris. Memula dulu aku beli blend Calming dari upline aku kat Dunia Aura. Sehari dua je la boleh calm, lepastu aku yang jadi tak keruan. Then aku calit pulak Orange Essential Oil bila dia tantrum, ok alhamdullilah serasi, tapi ikot hari jugak lah.. Orange EO ni dia buat airis calm sangat sampai tertidur tapi bila jaga sama je tak lut sangat. Jadi aku beli Gentle Baby Essential Oil.. aku dah try beberapa kali calit kat dia bila keluar jalan. So far so good. Dia jadi behave, dia jadi ikut arahan. Dia tak lari-lari tapi dia ikut je kita jalan baik-baik.

Dan aku suka so boleh la aku bawa dia jalan-jalan dengan hati senang 😜


Post a Comment