Semua dengan izin Allah-InsyaAllah

astagaaaa tanjat tau aku bukak blog ni..berhabuk bersawang..last update masa nak umum pemenang untuk giveaway Auroma Scents tu.. Rasanya semua pemenang dah dapat hadiah memasingkan? Dah guna tu meh laa share ok ke idok.. hehehhe

Aku actually banyak benda nak share tau. Tapi aku kengkangan masa dok buat paperwork untuk kedai-kedai organik & kedai baby dekat area Sri Petaling ni untuk aku jual balm-balm Auroma Scents aku kat situ. InsyaAllah dengan izin Allah lepas ni korang boleh la cari balm-balm aku kat kedai-kedai organik & baby store ok. Doakan aku ok :)

Ni aku nak cerita. masa raya dulu aku tak habis-habis di tanya "bila nak tambah anak?" "Airis dah boleh ade adik ni.." "aik sorang je?"...... sebenarnya soalan-soalan gini setiap tahun aku dah dapat. dari dulu lagi. Senyap sekejap masa aku tengah pregnant & masa airis masih bawah 1 tahun. Soalan ni start balik bila airis masuk umur 2 tahun dan sekarang lagi kerap la aku dengar sebab airis dah masuk 4 tahun. Tahun ni pulak asal pergi beraya je ade je la yang pregnant. Biras aku 2 orang tengah pregnant. Bila beraya rumah sedara mara belah suami memang soalan ni aku dapat.. biasalah banding membanding.. kesian airis pon kena banding-banding...huhuhu

Meh aku flashback.. aku nak dapat airis pon makan 2 tahun setengah. hampir 3 tahun jugak la gitu. Masa tu memang stress, ye la.. orang yang kawin saing aku belum setahun dah pregnant. Segala petua aku ikut, duit aku pon habis jugak beli itu ini yang kononnya bantu aku pregnant. Kesian suami aku kena paksa dengan aku makan itu ini... Yang buat lagi stress, bila aku belajar kenal masa-masa subur. Sebelum tu (sebelum kawin) mana laa aku nak ambik tau kan.. 6 bulan pertama kawin tu aku tak ambik kesah sangat benda-benda ni, tapi bila dah masuk setahun, aku baru la liat-liat nak kira waktu subur, nak ambik tau semua. Disebabkan suami aku jenis outstation masa tu, bila waktu subur je aku akan jadi stress bila dia tak boleh balik atau tak boleh spend time masa dengan aku.. sudahnya ianya berlalu selama 2 tahun yang stress.. 

Aku memang amalkan supplement Shaklee, niat aku nak turunkan berat badan yang masa tu memang naik mendadak. Sebab aku on pil hormon, aku makan itu ini sampai jadi belon badan aku. Konon aku makan Shaklee nak turunkan berat badan...memeng turun 3 kg then lepas tu aku pregnant dengan izin Allah.

Tapi disebalik semua tu korang tak tau... aku amalkan pemakanan sihat. Aku skip fast food, aku skip Nescafe (sebab aku memang coffeeholic) sampai menggigil badan aku mintak coffee.. aku kerap pergi berurut, lain-lain tu aku banyak la bersujud dekat Allah mohon kurniakan aku zuriat.

Dengan izin Allah jugak...suami aku yang memang asik outstation tu terus dapat jaga site dekat KL je, kalau jauh pun takat seremban situ-situ je yang boleh balik hari. Banyak miracle nya selepas tu.

Then kenapa aku tak buat semua tu untuk 2nd baby? Siapa kata aku tak buat? aku buattt.. cuma tak sesemangat masa 1st baby la.. bagi aku sekarang is aku fokus pada airis. Bukan aku taknak ade anak lagi.. kami usaha & tawakal jugak.. semua pon dengan izin Allah.. bukan semata berserah..

Bila dah ade anak, period macam tingtong kan? aku usaha juga dengan beli OPK (test kesuburan) then aku kemain rajin sapu geranium essential oil dekat sekitar perut (kawasan rahim) setiap kali datang bulan dan selepas tu aku buat scrub rahim guna lemon essential oil. Tujuan dia untuk bersihkan segala tersumbat-sumbat dalam tiub-tiub sistem peranakkan kita ni. Tapi memang tau.. aku sapu geranium masa datang bulan dan selepas tu macam segala dia keluarkan.. perut pon rasa kempis sikit hahahah. Geranium ni memang bantu stabilkan balik hormon/regularkan period bulanan tu & lemon ni pulak detox. Aku makan supplement aku macam biasa. Aku ambik bcomplex Shaklee (with asid folic) dan lain-lain supplement supaya badan aku ni cukup segala vitamin,mineral & zat yang diperlukan.

Jadi bila ade orang tanya soalan-soalan gitu aku just jawab "Allah belum izinkan....kalau allah dah izinkan berderet dah anak aku..."  kan?  Allah know best.. so berserah bulat-bulat pada allah.. kita just buat yang termampu kita buat.

Alhamdullilah period bulanan aku pon dah cun.. mana tau bulan depan ade rezeki aku pregnant kan? Semua dengan izin Allah insyaAllah

😇😇😇😇😇😇

Balm Auroma Scents tengah offer beli 4 @ RM100! jenguk FB & IG kami ok.

namaakufazahirah@blogger.com
Add caption



0 comments