Bagaimana Nak Buat Jika Keyboard Handphone Tak Boleh Guna?

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat Barakah. Aku tak sedar hari ni hari Jumaat sampai suami aku bagitau "abang balik lepas solat jumaat" masa tu aku baru perasan dah Jumaat.. Cepat sangat masa ni berjalan. Ape je la aku buat dalam 4 hari kebelakang. Banyak sangat membuang masa huhuhu

Ok Rabu satu hari aku tak wassap.. aku tak update IG aku tak update FB bukan sebab malas.. Aku ni peniaga online.. FB,IG,BLOG  ni dah macam opis bergerak aku. Kalau sehari tak update tu aku rasa macam tak senang duduk. Tapi semalam memang aku tak boleh nak buat ape sebab tetiba KEYBOARD handphone aku langsung tak keluar bila aku tekan. So bila aku nak wasap aku touch skrin handphone, keyboard aku tak keluar. Aku on off banyak kali.. bukak bateri semua.. hampir nak campak hp aku kat dinding nasib iman kuat huhuhu . Dah semua customer aku hari tu dengar suara sexy aku dari wasap voice je sebab aku tak boleh nak reply. Kang lambat reply kang aku kena kecam muahahahhaa.

Aku on laptop aku cari kat google penyelesaian masalah handphone aku ni. Terus klik link youtube yang dia bagi pastu apply kat handphone aku. Tadaaaa terus boleh guna dah. Alhamdullilah.
Ok korang yang pernah kena macam aku boleh cuba cara ni ok. Aku rasa ramai dah tau kot aku je yang tak tau. Aku tepek jugak lah buat rujukan aku sendiri. Suami aku bikin panas cakap "handphone dah ok kan? dah boleh guna kan? so takyah la handphone baru...." heh~

Caranya gini... tapi lain handphone mungkin lain kot setting dia. Handphone aku Samsung J1 jadi ni setting untuk J1 ok.

1st Pergi kat setting handphone korang then tekan kat "Aplication Manager"



Dah klik situ korang terus slide ke kiri cari "All"
Scroll kebawah sampai jumpa "Keyboard" macam hp aku samsung so cari "Samsung Keyboard"


Tekan situ then tekan"clear data" pastu tekan "OK"



Settle

Dia akan clearkan segala mak nenek data keyboard yang kita guna. Takde masalah pape pon. Tak hilang pape pon cuma dia bagi space dekat storage handphone korang je. Macam handphone aku ni storage kecik jadi aku memang la kena clearkan segala "cache" dan data-data tu.

Handphone ni actually aku baru je guna. Baru 2 tahun. Rekod aku dengan handphone cecah 5 tahun baru aku tukar tapi ni handphone yang paling cepat buat aku rasa nak tukar handphone lain. Tapi aku bertahan sebab handphone bukan benda murah sekarang ni. Selagi dia masih boleh nak guna,mampu ambik gambar mampu nak call out call in aku guna jugak walaupun kena tunggu lama nak kasi dia hilang heng. Huhuhu Kena jual "minyak" lebih sikit so boleh ler beli handphone baru heh~

Semoga bermanfaat. ☺

0 comments