Homemade Balm Auroma Scents

Assalamualaikum

Alhamdullilah dari aku hanya buat untuk kekris sekarang balm aku ni dah merata perginya. Sampai ke Sabah Sarawak . Syukur Ya Allah. Sebelum aku start jual Balm aku ni, aku apply kan dekat kekris. Sebab aku sendiri nak tahu tahap keberkesanan balm aku ni kan. Lain budak lain tau kesan dia dan alhamdullilah kekris ni serasi je dengan semua balm yang aku buat. Bahan-bahan dalam balm ni aku pastikan tak merosakan kulit atau bahaya untuk di apply sebab semua bahan-bahan adalah dari sumber semulajadi seperti beeswax,shea butter, organik grapeseed oil dan pati minyak tulen (100% pure oil - Therapeutic Grade Essential Oils) dan insyaAllah balm aku ni selamat digunakan oleh baby yang baru lahir sebab tak panas .

Setakat ni Auroma Scents ada 5 jenis Homemade balm dan InsyaAllah akan menyusul 2 lagi jenis yang sekarang masih tengah R&D . 

1) Bedtime Rub
(Lavender, Cedarwood,Lime, Copaiba, Vanila, Ocotea, Ylang-ylang, orange)


Bedtime rub ni dibuat khas untuk anak-anak atau korang yang ada masalah sukar nak tidur. Macam kekris, dia ni jenis light sleeper, tak boleh ade gangguan bila tidur, kalau ade gangguan dia akan terjaga & mengamuk/tantrum. Bedtime Rub ni aku gabungkan essential oil yang sifatnya calming/menenangkan supaya bila kita bau akan buat tenang dan nyaman. Sesuai jugak digunakan pada anak yang kuat tantrum atau hyperaktif .

Kebaikan Bedtime Rub by Auroma Scents
Mengurangkan stress atau tekanan
Tidur yang lebih lena (Deep Sleep)
Mengurangkan Tantrum anak-anak
Mengurangkan lenguh-lenguh bahu, tapak kaki & betis (akibat tekanan/keletihan)
Menenangkan anak-anak yang hiperaktif

Cara penggunaan :
Sapu/urut pada tapak kaki, belakang badan & dada setiap malam sebelum tidur.

2) Itch No More Rub
(Lavender,Melaleuca Alternifolia,Lemongrass,Citronella,Rosemary,Myrtle)


Itch No More Rub ni umpama "Mosquito Repellent" yang bantu menghalang dari gigitan nyamuk. Balm ni benda wajib aku bawak bila buat outdoor aktiviti dan aku akan sapu dekat kekris terutama bahagian kaki dan lengan yang terdedah. Balm ni bantu mengurangkan kegatalan & bengkak akibat gigitan serangga.

Kebaikan Itch No More Rub By Auroma Scents
Dijadikan sebagai Mosquito Repellent
Mengurangkan kemerahan,kegatalan dan bengkak akibat gigitan serangga

Cara penggunaan :
Sapu pada kulit untuk elak dari gigitan nyamuk (Mosquito Repellent) / sapu pada gigitan nyamuk atau serangga setiap hari.

3) Happy Tummy Rub
(Lavender, Peppermint,Tangerine, Tarragon, Ginger, Juniper, Fennel, Lemongrass, anise, patchouli)


Pengganti kepada minyak yuyi dan minyak telon, Happy Tummy Rub ni khas untuk masalah berkaitan dengan perut. Kekris memang jenis yang kerap sembelit. Jadi aku buat khas balm ni untuk dia. Bukan sembelit je, cirit birit & sengugut pon aku apply balm ni alhamdullilah memang baik. 

Kebaikan Happy Tummy Rub by Auroma Scents
Mengurangkan perut sebu,angin dan gangguan pencernaan
Meredakan sembelit & cirit birit
Bantu mengurangkan pedih ulu hati dan senggugut

Cara penggunaan :
Sapu pada perut arah ikut jam untuk masalah seperti sembelit, kembung perut, angin, senggugut
Sapu pada perut ikut lawan jam untuk masalah seperti cirit birit/diarrhea
Sapu pada tapak kaki untuk membantu sistem pencernaan yang lebih baik.

4) Vapor Rub
(Lavender, Peppermint,Lemon, Eucalyptus, Majoram, cypress, spruce, pine, Myrtle)


Pengganti kepada vicks , Vapor Rub by Auroma Scents ni aku buat khas untuk masalah seperti batuk, selsema dan demam. Masa kekris batuk, aku apply je Vapor Rub ni dekat dia sekali dengan bedtime rub alhamdullilah batuk dia semakin reda & lagi best bila kahak laju je keluar tanpa segan silu. 

Kebaikan Vapor Rub by Auroma Scents
Kurangkan Kahak & Mencairkan Kahak
Mengurangkan simptom selsema seperti hidung tersumbat & gatal hidung
Meredakan batuk berkahak & melancarkan sistem pernafasan (bagus untuk masalah asma & pernafasan)
Meredakan demam dan mengurangkan sakit-sakit badan akibat demam

Cara Penggunaan :
Sapu/urut pada bahagian dada, belakang badan dan tapak kaki setiap kali selepas mandi atau bila perlu.

5) Skin Soothe Rub
(Lavender, Melaleuca Alternifolia, Niaouli,Rosemary,Clove, Frankincense)


Hanya ini yang aku buat untuk diri aku yang ade masalah ekzema. Kulit aku ni jenis kulit yang memang sensetif. Cepat naik merah-merah, cepat naik gatal-gatal. Kombinasi essential oil dalam Skin Soothe Rub ni bantu kurangkan masalah ekzema aku.

Kebaikan Skin Soothe Rub by Auroma Scents
Mengurangkan keradangan kulit seperti ekzema, ruam kulit, ruam lampin.
Mengandungi minyak Tea Tree yang bagus untuk membantu mengurangkan bengkak jerawat.
Mengurangkan kegatalan dan menyembuhkan ekzema dan keradangan kulit jika disapu secara konsisten.
Sesuai disapu pada kulit ternakar, kulit luka

Cara Penggunaan :
Sapu dangan kerap & setiap hari pada kulit yang bermasalah


Auroma Scents boleh didapati dalam saiz Travel Pack (5 balm) jadi untuk korang yang nak cuba dan tengok keserasian homemade balm ni boleh dapatkan Travel Pack kami dengan harga pengenalan RM35.00 (tak termasuk kos pos) 

Terdapat juga dalam saiz 20gm & 30gm

Whatsapp 0123841916 untuk pembelian.

Go Natural with Auroma Scents
- Homemade . Love . Natural - 


#cabaran20entriauromascents
#entrino3

0 comments