Saturday, July 29, 2017

Carita Airis dan Tadika PT 2

Assalamualaikum...aku bizi actually hari ni, konon nak settlekan balm aku sebelum esok sebab esok aku full day ade kelas marketing dekat Damansara.. tapi jap-jap lagi la..lepas asar.

Dari tahun lepas aku dah start servey sekolah tadika. Aku memang kalau boleh nak masukan anak aku tadika awal. Kira macam play school la bukan sebab nak berlumba-lumba anak masuk sekolah awal. Aku nak dia pandai berdikari & socialize dengan kawan-kawan sebaya. Dia duduk rumah dok ngadap TV, HP macam anti social kan? Walaupun aku rasa video dan cerita yang dia tengok tu macam membantu jugak dia jadi cerdik..cepat bercakap semua..tapi kalau dah selalu munkin mudarat jugak. Lagipun aku ade la masa nak buat kerja-kerja aku kan sepanjang dia kesekolah..

Aku dok doa hari-hari mintak Allah permudahkan aku nak masukan airis tadika islamik yang aku servey ni. Kenapa? atleast dia ade ilmu agama. Basic. Aku mengajar juga dia solat, baca iqra tapi kalau boleh aku nak la dia pandai betul-betul sebab bila dengan aku dia main-main. Tapi aku taktau kenapa aku sangat malas nak singgah sekolah tu untuk tanya-tanya. Mungkin sebab aku tau kot yuran tadika tu pon lebih kurang jugak dengan tadika-tadika sekitar sini jadi aku tak endah sangat sampailah aku pergi bawa airis minggu lepas & terkilan sikap cikgu tu pada kami. No wonder kenapa aku takde hati sangat nak pergi jenguk, rupanya begini. Cuma aku kesiankan airis yang semangat nak masuk tadika situ. Ok la.. NO More Tadika itu. Thats it!

Aku tahu..nak cari tadika yang bagus & berbaloi bukan senang. Fikir juga pasal yuran yang melampau mahal tu kadang buat hampir giveup! Cuma untuk masa depan anak aku, aku tutup mata je lah.. lain-lain aku berserah pada Allah. Moga apa yang aku buat ni terbaik untuk Airis.

Mula-mula aku servey tadika Montessori kat sini aku macam nak fikir dulu. Yelah yuran dia untuk setahun (2semester) RM2800++ dan bulanan RM350 tu agak mahal bagi aku. Lagipun masa tu aku macam berat mulut nak cakap dengan suami aku. Takut dia buntang mata tengok harga tadika tu.. 

Tapi lepas kes tadika islamik ni, aku jumpa principle Montessori bincang-bincang dan aku decide masukan airis kat sini. Kat sini ade bahasa Mandarin so aku fikir elok jugak airis ade 3rd language. Kebanyakkan murid kat sini bukan dari sini, tapi ade dari Korea, Ghana, India, Arab dah macam International School pulak kan, jadi aku rasa bagus la airis nak socialize. Principlenya pun boleh bertolak ansur dengan aku. Dia agree bagi airis seminggu trial tanpa cas yuran bulan ni tapi start bayar yuran bulan depan & dia agree beri airis extra class tanpa bayar apa-apa untuk cover semua airis dah terlepas masa semester 1st. Actually banyak yang dia tolak ansur.. Yuran pon patut aku kena bayar terus RM2k tu kan, tapi aku mintak bayar separuh-separuh sebab aku bukan nya ade cash gitu tengah bulan ni..muahahha.. Aku cuma bayar registration RM100 + RM350 untuk buku-buku airis. 
Sebelum aku nak pergi jumpa principle tu aku calit sesiap Essential Oil Geranium, doa laaa moga principle tu lembut hati dengan aku..Alhamdullilah..pape pon asbab kan, semuanya dengan izin Allah juga.

Sebab airis masuk 2nd semester, yuran dia kurang sikit la dari RM2800 tu jadi RM2300, mahal juga laaa nakkk tapi aku tutup mata! Airis baru 2 hari dekat tadika tu. 1st day dia macam taknak lepaskan aku & babah dia. Dia fikir pergi tadika tu main playground & main toys gamaknya taknak lepaskan aku & babah dia & paksa kami bawa dia main kat slide luar tadika tu. Bila teacher kelas 4 tahun umpan dia dengan Computer game(kelas computer masa tu) baru dia lepaskan aku, tapi principle dia cakap dia menangis sikit la. Cuma cikgu puji airis sebab airis suka buat kerja yang teacher dia suruh, dia suka mewarna & melukis.

Hari kedua jumaat lepas, aku sapukan airis Orange essential oil & Cedarwood dekat dia. Aku siap pasang roller senang aku nak roll-roll, cuma dua ni aku dilute jugak dengan carrier oil sebab oil dedua aku ni tinggal sikit. Dua oil ni bantu dia more fokus & bagi dia semangat. Alhamdullilah, hari kedua dia terus meluru masuk dalam kelas, aku pon blah balik rumah. Tapi teacher dia cakap, dia melalak sikit la bila perasan dia kena tinggal. Takpe.. aku rasa semua budak macam tu kan memula?

Aku simpan work airis masa dia 1st start, aku nak tengok perkembangan dia sebulan. Nanti aku share kat sni. Aku happy aku Young Living Essential Oil User sebab banyak bantu aku & airis ni. Airis memang dari 1st aku jadi user aku dah oilkan dia. Sekarang lagi senang la aku nak tengok perkembangan dia kan dengan guna dua oil. Sebab ade kawan-kawan YLEO yang guna 2 ni dapat kesan POSITIF pada anak-anak. Kenapa aku tak gunakan BrainPower? Sebab aku rasa oil Brain Power ni agak kuat untuk airis, for a start, better 2 oil ni aje. Lagi pun dia baru 4 tahun kan, aku cuma nak dia seronok pergi sekolah. Mungkin Isnin ni aku nak cuba calit Essential JOY dekat heart dia, tengok mood dia macam mana.



Kawan-kawan aku ramai yang up status anak tak sihat sejak masuk tadika, jadi untuk protection, aku memang konsisten sapu Bodyguard Rub Auroma Scents dekat airis. 1st day dekat tadika tu aku dah nampak ade 2 3 budak yang selsema, hingus meleleh, tapi alhamdullilah so far airis sampai sekarang tak selsema. Setiap malam lepas mandi aku sapukan Vapour Rub Auroma Scents supaya dia tidur lena dan tak berkeruh. Lullabies Baby Balm aku sapu dekat betis & belakang badan dia. 

Isnin hari ke-3 dan airis start extra class sampai pukul 2. Hari ni dia baru settle siapkan homework teacher bagi. Alhamdullilah aku nampak positifnya disitu. 

Ade ke oil buat teacher sayang kat anak kita & buat teacher fokus jugak kat anak kita supaya anak kita tak ketinggalan? Ye lah, nak jaga budak yang ramai tu bukan mudah kan? InsyaAllah Ade oil yang membantu macam JOY essential oil, cuma tu semua asbab, kita as ibu ayah kenalah banyak-banyak doa & berserah pada Allah. Mohon Allah lindung anak kita bila berada di tadika. InsyaAllah



Cerita Airis & Tadika PT 1

Aku pernah jadi cikgu tadika selama 2 tahun. Aku mengajar anak-anak 3 tahun. Bukan mengajar.. aku kira take care of budak-budak 3 tahun. Ye la dorang tu nak ajar ape je.. cuma boleh ajar benda biasa-biasa macam menampal,mewarna..kenal huruf..angka.. semua tu lah..

Aku cuba homeschooling kan airis tapi aku macam tak mampu..muahhaha... yelahhh aku ni memang garang.. tapi mungkin aku mak dia, dia macam tak takut. So aku tak boleh nak ajar dia sangat. Aku cuma ajar dia basic-basic je la.. lagipun dia baru 4 tahun (ikut tarikhlahir dia baru 3 tahun 7 bulan) still baby bagi aku.. tapi kalau ikut tahun dia dah kira 4 tahun.. Tahun depan 5 tahun so aku tak boleh nak tangguh-tangguh lagi!

Airis masalah dia, dia bijak ke lain.. tapi bila time pegang pensil dia tak reti.. naik hijau aku ajar, dia macam kurang fokus ke sesaja nak buat aku hijau pon aku tak sure. Dia kenal nombor.. alhamdullilah dia boleh kira sampai 30 tu aku dah cukup happy (budak 4 tahun actually dah kira sampai berapa?) tapi bila ke abjad, dia macam kucar kacir sikit.. pon buat aku hijau! then bila bab mewarna pon satu page 1 warna.. dia belum pandai lagi nak gunakan warna-warna tu. Membaca pon sama.. aku memang beli buku Peter & Jane tu, tapi aku yang heksaited.. dia..so-so
  
Mesti ramai yang kecam aku kan cakap cakap kenapa nak push anak kecik tu! Aku tak push ok.. kalau aku push mesti sekarang airis dah pandai campur tolak.. Cuma aku taknak dia ketinggalan. Aku nak dia belajar berkawan. Aku nak dia pandai berdikari. Sebab aku ni memang suri rumah tapi aku tak berjaya nak ajar anak aku membaca. Mengaji & solat tu alhamdullilah aku buat pelan-pelan. Ramai kawan aku yang hantar anak dorang masuk sekolah umur 5 tahun sebab for them umur 4 tahun tu biarkan la dorang bermain. Kat tadika pon memang main-main kan? Aku rasa 4 tahun kat tadika cikgu takde la push sangat.. kan? 

Akhir tahun lepas aku ade buat entry yang aku servey tadika kan? Sekarang aku servey lagi. Sebab tahun depan airis dah nak masuk 5 tahun so aku kena pantas fikir dan cari tadika yang worth every cents!

1 tadika belakang rumah aku ni. Tadika Radiance Montessori. 1 lagi Tadika Islamic yang nearby Endah Parade. Macam banyak padahal 2 je. Itu anara yang terdekat la.. oh satu lagi PRA-sekolah dekat sekolah rendah sri petaling pon nearby rumah aku. 

Memula aku tanya Montessori tu. 2 semester RM2,800 bulanan dalam RM350. Half day. Mahal bagi aku. Tapi bila aku servey tadika islamic tu pon lebih kurang. Cuma tadika islamic tu aku tak walk in, aku cuma call, cikgunya mintak aku datang sekian-sekian date, sebab dia cakap kelas dah start tak boleh attend aku. Gitu? Then aku takde lah pergi, padahal aku lalu lalang je kat situ tak tergerak pon aku nak singgah. Dah dia cakap kalau nak datang kena pukul 12 keatas, aku ni dengan kereta takde, pape aku jalan kaki je. Nak angkut airis berpanas-panas tu memang taklah. Aku suka buat kerja aku awal pagi. Nak tunggu suami aku lagi laaa..bilanya dia boleh skip kerja bantu aku dalam hal sekolah anak ni... banyak benda aku fikir... So tahun ni aku decide tak hantar anak aku tadika. Sebab aku still terperanjat semahal itu Yuran tadika.. padahal tadika je kan..huhuhu PRA sekolah pulak aku hanya ambik borang. Tapi kerani tu mintak aku daftar online. Aku cuba daftar online tapi tak lepas-lepas.. sudahnya sampai sekarang aku tak daftar. Huhuhu.. 

Tu cerita lepas, tapi minggu lepas, aku taktau kenapa aku tergerak hati nak bawak airis pergi servey tadika islamic dekat Endah Promenade tu. Mungkin sebab airis bising-bising zikir kat telinga aku nak pergi "school" dan kebetulan aku nak pergi pos jugak. Satu jalan. Pagi aku dah kejut dia, aku bawa dia pergi breakfast dekat mamak nearby dalam pukul 11.30 gitu, aku saja lama-lama sampai nak pukul 12. Sebab aku ingat lagi cikgu tadika islamic tu cakap kelas habis pukul 12. Aku tak buat appointment aku nak gamble je pergi. Dah kebetulan kan? pergi je la.. 

Tadika tu dalam bangunan, kena jalan sikit la naik tangga. Hari panas gila sian airis peluh-peluh dia. Sampai dekat tadika tu, pintu kayu tertutup, aku tekan loceng. Cikgu perempuan bukak pintu tanya aku nak apa.. Aku cakap aku nak jumpa principle nak tanya tentang yuran sekolah semuanya. Dia tanya aku ade buat appointment ke atau aku nak terus daftar? Aku cakap aku tak buat pape appointment dan aku nak bincang tentang yuran semua tu. Dia tutup pintu, biarkan aku & airis dekat luar berpanas 5 minit! Airis dah siap tanggal kasut letak kat rak tepi dinding, terkejut sebab pintu ditutup.

5 minit lepas tu cikgu lain yang bukak, dia tanya benda yang sama dan aku jawab pon yang sama. Dia cakap sekarang dia sibuk & ade kelas. Kalau aku nak tanya tentang yuran pun dia tak boleh nak cakap sebab tak finalize (aku dengar tiap tahun yuran tadika ni naik) dan mintak aku datang balik pukul 3 atau datang masa open day. Aku tanya, tak boleh ke aku bincang sekarang sebab aku banyak urusan hari ni. Dia macam tak nak, mintak juga aku datang pukul 3 kalau aku nak bincang pape. Airis kat tepi aku ni dah jenguk-jenguk kedalam dari luar. tapi cikgu tu rapatkan pintu. Kami hanya berbual kat luar. "budak ni ke yang nak daftar tu" dia muncungkan ke airis..... aku jawab, ye anak ni yang nak daftar, anak saya.  Sebab dia taknak bertolak ansur, aku blah je la.. Bagi aku dia sangat RUDE! Aku tak kesah if aku sorang tapi aku bawa airis, kesian airis yang berpeluh-peluh tunggu kat luar. 

Aku taktau la kalau aku yang over. Aku tau mungkin dia ade rules gitu untuk keselamatan bebudak dia, sekarang kan macam-macam. Tapi kita ade budi bahasa kan? Ada cara layanan berbudi bahasa kalau dia pandai.  KALAU cikgu pon takde budi bahasa, macam mana kita nak ajar anak murid kita budi bahasa? Kotlah yuran yang mahal & tadika itu memang popular tak perlu kot sampai gitu kan? Aku bukan ambik masa lama atau nak ganggu kelas tu. Aku cuma nak tanya je ambil masa sekejap je kan. Cakap la aku over, bagi aku cikgu itu takde budi bahasa. 

Aku terus ke Pos Office dan settlekan hal-hal aku dan masa tu baru 1.30. Nak tunggu pukul 3 lama lagi kan? aku pon dah malas nak kesana lagi, kalau aku tergerak nak pergi aku datang je masa open day nanti. Tapi hati aku dah tawar dah. Malas. 

Balik tu aku call balik tadika Montessori belakang rumah aku ni. Principle nya mintak aku datang dan bincang-bincang balik kalau aku senang. Lepas asar aku terus bawak airis kesana. Sebab aku takut nak tengok yuran dia tu, aku calit EO geranium dekat tengah dahi aku (between kening), dekat pergelangan tangan & heart. Aku doa-doa la, cikgu ni lembut hati dengan aku dan boleh bertolak ansur. 

Alhamdullilah airis dah start 1st class last kamis hari tu. Nanti aku cerita pasal sekolah Montessori ni ok & macam mana aku boleh hantar jugak anak aku ke situ dan essential oil ape yang aku guna. 

Happy Sharing :)




Saturday, July 22, 2017

Diari Airis : Bercerai Susu

"Mamy..nak memen.."
"Takpayah laa..meh mamy bok aje..."
"aiyish dah besar la..mana boleh bok..."
"dah besar laa takboleh memen..."
"okok aiyish bau je ok..aiyish nantuk laaa...sayang memen..kisss memen...."

Tu conversation mamy dengan airis setiap kali sebelum tido. Hari ni dah masuk 6 hari airis tak memen.. Setiap malam mesti ade drama "memen" tu.. kalau dulu menyusu, 5 minit sumbat aiyish dah lelap.. tapi bila dah wean off ni kadang sejam pon aiyish still tak lelap-lelap.. Mamy kena tepuk-tepuk.. nyanyi-nyanyi.. bedtime story kadang sampai 2-3 cerita pon still tak mau lelap..

Bedtime story biasa mamy akan tanya airis nak cerita ape.. kadang airis mintak cerita "wolf & lamb" kadang "pinky pie & bubu" haa sukahati aiyish la nak letak nama ape dalam tajuk cerita tu & mamy terpaksalah jadi kretip cipta jalan cerita tu semua. Sebab topik sekarang "wean off".. so memang cerita mamy pusing-pusing situ je.. "pinky pie dah tak memen sebab dah besar......" gitu.

Mak mana tak sebak bila anak putus susu.. Mamy cuba bertahan jugak! Kalau dulu asal demam -sumbat..asal tantrum - sumbat..asal nak tido - sumbat.... sekarang mamy terpaksa kuatkan diri tak offer airis memen. 6 hari dah berlalu & mamy dah makin kuat.. tapi airis still sebut-sebut lagi...mungkin ambik masa kot.. 4 tahun kan dia menyusu.. bukan benda mudah nak putus. Mamy sendiri kadang-kadang ade jugak terasa nak offer huhuhu

Bila airis dah bercerai susu.. mamy sedar airis makin besar .. lagi-lagi bila taknak dah tidur dulu dengan mamy.. nak lepak bawah dengan babah sampai babah naik tidur.. mamy cuma sedar bila ade tangan kecik peluk mamy & muka tekap dekat dada mamy....

"aiyish taknak adik lah...aiyish nak mamy & babah je..."
"eh kenalaa ade adik macam mamy dengan mama..mamy dengan aboy.."
"ooo nanti boleh jalan sama kan? share toys kan mamy?
"yes..main sama-sama..baru best.."
"then aiyish nak adik girl la.. boleh main shopping & makeup..."

Alhamdullilah mamy merasa jaga airis 24/7 selepas mamy berhenti kerja. Kalau tanya perangai airis 3 bulan ke 6 bulan, ape dia buat, bila dia start menyiarap..mamy tak ingat, mamy tak boleh nak recall sebab bukan mamy yang jaga..mamy tak nampak semua tu.. Mama yang jaga, mama yang ingat moment-moment tu semua. Sedih! Yang mamy ingat mamy turun naik surau office sebab nak pam susu.. bangun & cengkang mata sebab nak pam susu buat stok... 

Airis anak tak banyak ragam tapi airis cerdik! Alhamdullilah itu rezeki Allah pinjamkan pada mamy & babah. Airis baru 4 tahun.. masih nak peluk,masih nak kiss, masih nak didokong & dibelai.. tahun-tahun akan datang mungkin taknak dah peluk cium mamy..segan kot kan?? mamy kenot imagine! mamy kenot terima! uwaaaaa

Airis besar terlalu cepat sayang.. mamy janji setiap saat setiap masa airis mamy akan peluk cium airis puas-puas.. mamy akan habiskan masa mamy dengan airis .. mamy janji mamy akan pastikan airis membesar dengan baik & sempurna. Itu janji mamy...

Mamy doa hari-hari airis jadi anak yang solehah,cerdik,cantik rupa paras & akhlak.. Mamy doa hari-hari moga Allah always ade dengan airis, lindung airis,sayang airis.....

6 hari ... semoga kami berdua istiqomah & kuat! lepas ni kita pelan-pelan potty train pulak ok. Sekarang pon siang dah tak pakai diaper.. kita pelan-pelan cuba sampai 100% diaper free! We can do it!!

Nota kaki: Mamy rasa mamy makin kurus lepas airis wean off 

Airis Nur Zulaikha
"bunga cahaya yang cantik"
Bunga cahaya hati mamy & babah...


Thursday, July 20, 2017

Review balm Auroma Scents oleh Tengkubutang.Com

Assalamualaikum semua. Kadang kan aku macam suka kalau aku ade flexible tangan, badan, kaki yang aku boleh guna time banyak kerja... Alahh macam wife si Mr.Incredible tu.. Badan aku kat meja dok menghadap laptop.. so bila airis nak air ke, nak cebok ke, mintak ambikan pape ke.. aku cuma perlu gerakkan tangan aku..... tapi badan aku still stay kat atas kerusi ni.. macam-macam kan? Farah..bersyukurlaaaa anak baru sorang.. kalau 2 3 orang aku taktau ape jadi ngan aku..muahhaha

Okok back to tajuk entry.. perangai aku satu je.. aku ni cembeng.. aku terharu kalau orang dok bagi feedback/testimoni yang baik-baik guna balm aku. So far ade la sorang dua je yang bagi feedback yang kurang enak bila guna balm aku, mungkin bukan rezeki aku dengan mereka kan.. tapi alhamdullilah lain-lain semua bagi positif feedback. Terima Kasihhh korangg..!!

Review aku dapat dari banyak mommies yang beli balm aku ialah anak dorang tidur lena lepas guna balm aku. Alhamdullilah.. itu tujuan aku juga sebenarnya. Aku dah alamai benda ni..aku rasa semua mommies alami benda yang sama bila anak tak sihat. Panas hati kan tengok suami berdengkur siap peluk bantal tarik selimut tidur kat sebelah padahal kita bercengkang mata menjaga anak tak sihat! 

Aku paling kesian kalau anak aku selsema,batuk & demam.. aku memang tak boleh nak lelap langsung dok pantau. Aku kesian sangat kalau hidung dia tersumbat, kalau batuk berkeruh.. merengek-rengek tak lena tidur.. kalau kita yang tua ni pon gitu kan..apetah lagi anak-anak kecil...huhu

So aku cuba seboleh-boleh cari solution dengan buat balm ni. Aku gunakan ilmu yang aku ade yang aku dapat dari pembacaan, dari kelas-kelas/sharing aku pergi untuk buat balm ni, Kenapa balm bukan oil blend? sebab kita dah biasa kan guna Vicks/balsam dari kecik..dan senang untuk penyapuan. Lagipun bila dah jadi balm, essential oil yang digunakan tak lah kuat sangat dan insyaAllah selamat untuk baby dari newborn :) Jangan risau walaupun homemade tapi aku masih kekalkan kebersihan & bahan-bahan yang aku gunakan semua natural(semulajadi) takade add on chemical atau bahan-bahan aktif yang merbahaya.

Travel Pack (ade 5 mini balm) ni aku hanya buat bila ade promosi-promosi tertentu. Tapi balm Auroma Scents boleh dibeli dengan saiz 30g hanya RM32.00. Bulan ni (July) Balm ni boleh dibeli dengan harga RM100 untuk 4 bekas. Maknanya jika korang beli 4 balm keatas, korang akan dapat harga RM25 sebekas. Murah kan? Ape lagi grab laaa ade 10 hari je lagi weiii!

Thanks Tenku Butang sebab review Balm Auroma Scents. Alhamdullilah serasi dengan anak awak kan. Semoga Allah beri pulangan rezeki yang baik-baik untuk awak 1 family :) Pada yang dah guna balm ni, meh la sebar-sebarkan kebaikan & testimoni korang dekat IG auroma_scents_hq ok. Tekan link bawah ni untuk baca review dari TB :)





Wednesday, July 19, 2017

Semua dengan izin Allah-InsyaAllah

astagaaaa tanjat tau aku bukak blog ni..berhabuk bersawang..last update masa nak umum pemenang untuk giveaway Auroma Scents tu.. Rasanya semua pemenang dah dapat hadiah memasingkan? Dah guna tu meh laa share ok ke idok.. hehehhe

Aku actually banyak benda nak share tau. Tapi aku kengkangan masa dok buat paperwork untuk kedai-kedai organik & kedai baby dekat area Sri Petaling ni untuk aku jual balm-balm Auroma Scents aku kat situ. InsyaAllah dengan izin Allah lepas ni korang boleh la cari balm-balm aku kat kedai-kedai organik & baby store ok. Doakan aku ok :)

Ni aku nak cerita. masa raya dulu aku tak habis-habis di tanya "bila nak tambah anak?" "Airis dah boleh ade adik ni.." "aik sorang je?"...... sebenarnya soalan-soalan gini setiap tahun aku dah dapat. dari dulu lagi. Senyap sekejap masa aku tengah pregnant & masa airis masih bawah 1 tahun. Soalan ni start balik bila airis masuk umur 2 tahun dan sekarang lagi kerap la aku dengar sebab airis dah masuk 4 tahun. Tahun ni pulak asal pergi beraya je ade je la yang pregnant. Biras aku 2 orang tengah pregnant. Bila beraya rumah sedara mara belah suami memang soalan ni aku dapat.. biasalah banding membanding.. kesian airis pon kena banding-banding...huhuhu

Meh aku flashback.. aku nak dapat airis pon makan 2 tahun setengah. hampir 3 tahun jugak la gitu. Masa tu memang stress, ye la.. orang yang kawin saing aku belum setahun dah pregnant. Segala petua aku ikut, duit aku pon habis jugak beli itu ini yang kononnya bantu aku pregnant. Kesian suami aku kena paksa dengan aku makan itu ini... Yang buat lagi stress, bila aku belajar kenal masa-masa subur. Sebelum tu (sebelum kawin) mana laa aku nak ambik tau kan.. 6 bulan pertama kawin tu aku tak ambik kesah sangat benda-benda ni, tapi bila dah masuk setahun, aku baru la liat-liat nak kira waktu subur, nak ambik tau semua. Disebabkan suami aku jenis outstation masa tu, bila waktu subur je aku akan jadi stress bila dia tak boleh balik atau tak boleh spend time masa dengan aku.. sudahnya ianya berlalu selama 2 tahun yang stress.. 

Aku memang amalkan supplement Shaklee, niat aku nak turunkan berat badan yang masa tu memang naik mendadak. Sebab aku on pil hormon, aku makan itu ini sampai jadi belon badan aku. Konon aku makan Shaklee nak turunkan berat badan...memeng turun 3 kg then lepas tu aku pregnant dengan izin Allah.

Tapi disebalik semua tu korang tak tau... aku amalkan pemakanan sihat. Aku skip fast food, aku skip Nescafe (sebab aku memang coffeeholic) sampai menggigil badan aku mintak coffee.. aku kerap pergi berurut, lain-lain tu aku banyak la bersujud dekat Allah mohon kurniakan aku zuriat.

Dengan izin Allah jugak...suami aku yang memang asik outstation tu terus dapat jaga site dekat KL je, kalau jauh pun takat seremban situ-situ je yang boleh balik hari. Banyak miracle nya selepas tu.

Then kenapa aku tak buat semua tu untuk 2nd baby? Siapa kata aku tak buat? aku buattt.. cuma tak sesemangat masa 1st baby la.. bagi aku sekarang is aku fokus pada airis. Bukan aku taknak ade anak lagi.. kami usaha & tawakal jugak.. semua pon dengan izin Allah.. bukan semata berserah..

Bila dah ade anak, period macam tingtong kan? aku usaha juga dengan beli OPK (test kesuburan) then aku kemain rajin sapu geranium essential oil dekat sekitar perut (kawasan rahim) setiap kali datang bulan dan selepas tu aku buat scrub rahim guna lemon essential oil. Tujuan dia untuk bersihkan segala tersumbat-sumbat dalam tiub-tiub sistem peranakkan kita ni. Tapi memang tau.. aku sapu geranium masa datang bulan dan selepas tu macam segala dia keluarkan.. perut pon rasa kempis sikit hahahah. Geranium ni memang bantu stabilkan balik hormon/regularkan period bulanan tu & lemon ni pulak detox. Aku makan supplement aku macam biasa. Aku ambik bcomplex Shaklee (with asid folic) dan lain-lain supplement supaya badan aku ni cukup segala vitamin,mineral & zat yang diperlukan.

Jadi bila ade orang tanya soalan-soalan gitu aku just jawab "Allah belum izinkan....kalau allah dah izinkan berderet dah anak aku..."  kan?  Allah know best.. so berserah bulat-bulat pada allah.. kita just buat yang termampu kita buat.

Alhamdullilah period bulanan aku pon dah cun.. mana tau bulan depan ade rezeki aku pregnant kan? Semua dengan izin Allah insyaAllah

😇😇😇😇😇😇

Balm Auroma Scents tengah offer beli 4 @ RM100! jenguk FB & IG kami ok.

namaakufazahirah@blogger.com
Add caption