5 Alasan Aku Digelar OCD

Aku tak tau ape itu OCD. Tapi aku kenal dengan sorang ni yang suka nak cop orang OCD, Termasuk aku yang dah pun dicob OCD dengan sukahati. Aku berkawan dengan sorang OCD ni dan aku macam boleh ngam dengan dia padahal permulaan nya aku macam malas nak dekat dengan dia sebab seseorang itu bagitau aku yang budak ni OCD. Disebabkan aku tak tahu ape itu OCD aku macam takut nak dekat. Konon macam satu penyakit atau disease. Rupanya OCD ni lebih kurang kepada perangai yang melampau-lampau atau obses dekat sesuatu benda yang orang normal tak boleh nak masuk. Macam mana aku nak explain? Korang klik kat link ni dan baca ok? 

1) Mrs Perfectionist
Aku bukan perfectionist sangat pon. Cuma aku jenis yang kalau buat kerja aku akan buat sehabis baik. Lebih-lebih lagi benda yang berkait dengan team work. Aku lebih suka mudahkan sesuatu hal untuk kemudahan orang lain. Tapi sebab perangai aku ni, orang cakap aku OCD. Just because aku sangat teliti dalam buat kerja & aku sangat fokus bila bekerja.

2) Terlalu fokus pada sesuatu
Bukan obses. Obses maksudnya lain. Aku more to fokus. Masa aku memula nak start buat balm aku ni, aku akan servey semua supplier bekas, label untuk aku dapatkan harga yang terbaik. Salah ke? Ok mungkin ni akan menjengkelkan sesetengah orang bila aku whatsapp mintak pendapat which size, which bottle yang sesuai untuk produk aku. Someone tu bukan la sesapa pon. Ade kena mengena juga dalam hal-hal homemade produk aku. Macam aku cakap, aku buat sesuatu untuk memudahkan orang sekeliling aku. Tapi aku di cop OCD.

3) Over Thinking
Aku cukup tak suka bila aku dah semangat buat something, aku dah halfway nak sampai matlamat aku, orang yang sama-sama dengan aku tak sama-sama bekerjasama. Sibuk, tak dapat catchup semua tu aku dah banyak kali dengar. Aku faham aku SURI RUMAH bukan bekerja dekat opis. Tapi masa aku sangat emas. Aku kalau buat sesuatu akan sedaya upaya siapkan dalam satu hari sebab esoknya aku ade task yang lain yang aku kena settlekan. Bila aku luahkan ape yang aku rasa, dorang cop aku over thinking...dan... itu la menguatkan lagi gelaran OCD dekat aku.

4) Idea yang luar biasa
Idea aku berlambak. Kalau dalam bekerja mungkin aku boleh duduk dalam department Marketing. Aku akan duduk dan share segala idea aku. Aku akan whatsapp orang-orang yang berkaitan untuk bagi idea atau komen dekat idea aku. Orang akan mintak aku fikirkan sesuatu idea tapi aku comeout dengan 1001 idea untuk dipilih & finalkan. Last-last ignore aku. Pastu cop aku OCD.

5) Tempat mengadu & tempat meminta pertolongan
Normalnya  aku ni memang jenis yang orang akan cari untuk dorang cerita masalah dorang atau orang akan cari if perlukan bantuan. Aku tak kesah pun benda tu. Aku niat bantu kerana Allah. Tapi bila time aku, semua cari alasan atau bagi alasan. Aku ni jarang nak share masalah aku dengan orang sebab aku lebih suka duduk dendiam, solat ke, mengaji ke supaya masalah yang aku face ni Allah bantu kurangkan. Tapi kadang tu nak jugak luahkan dekat kawan-kawan yang dekat kan? ehm.. itu pun aku dicop OCD. 

Korang jangan panic pulak ok, yang atas tu bukanlah simptom-simptom OCD. Itu macam bahan lawak mereka-mereka yang gelarkan aku OCD. Kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah orang ni. Time susah kemain cari kita nak mintak bantuan. Pinjam bahu kita time dia menangis. Pinjam masa kita untuk kerja-kerja dia. Tapi jangan lah mengharap segala kebaikan kita tu dibalas dengan kebaikan. Tengok je la pada aku. Sampai kena cop OCD 😁

Tapi bila aku muhasabah diri, aku pon terasa aku ni OCD sebab aku kalau buat something tu akan ulang-ulang buat tanpa aku sedar... muahahah itu pon kira macam OCD jugak.. entah la.. mungkin penilaian orang dekat diri aku kan. Janji aku happy. Janji kerja kau siap dan tak susahkan orang lain. Siapa la aku nak menilai diri sendiri. For me dekatkan diri pada Allah tu is the best thing yang aku akan buat dan selalu akan buat. Sebab allah yang jaga semuanya bukan orang-orang itu. If ade dikalangan korang yang mungkin OCD .. bukanke perlu dibantu sebab OCD ni melibatkan mental & emosi. Walaupun kita nampak dia perfect dalam semua hal, tapi emosi dan latar belakang dia yang dia face selama ni mungkin buatkan dia jadi gitu dan mungkin dia perlukan someone nak berborak..kan?

Meh la kita inhale EO Stress Away, kasi release semua stress dan fikirkan hanya yang positif sahaja. InsyAllah


#cabaran20entriauromascents #entrino5

0 comments