Thursday, October 25, 2018

Essential Oil Balm yang baik untuk anak-anak

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim” (بسم الله الرحمن الرحيم)

Aku nak mintak maaf pada yang whatsapp aku bertanyakan tentang Young Living Essential Oil, buat masa ini aku tak jual essential oil sebab aku tengah fokus pada Lullabies balm yang marketnya tengah naik. Alhamdullilah

Aku tetap akan sharing tentang essential oil sebab kesemua balm Lullabies menggunakan essential oil. Aku sendiri masih guna essential oil untuk personal used. Ada soalan yang aku terima, Lullabies essential oil ni guna Young Living ke? 60% masih lagi dengan Young Living dan selebihnya aku gunakan oil dari Australia yang Organik,therapeutic dan natural. Jangan risau, ianya masih sama dan sama-sama mempunyai kebaikkan essential oil tu dan semua kebaikkan aku kongsikan dalam Lullabies Balm, InsyaAllah

Kenapa perlu beli dan guna Baby balm Natural Lullabies?

Aku teringat masa airis baru lahir. Alhamdulilah dia tak punya masalah kesihatan yang teruk, cuma dia jenis senang terjaga dan tidurnya terganggu. Bila dia kerap mengamuk, tidur tak pernah lena, aku lah stress. Aku macam jadi mild depression. Suami aku macam aku nampak tak pedulikan aku pon. Kerja 1 pon susah nak settle, airis asik berkepit je, kalau tidur pon, aku bangun dia sama bangun. Pastu sambung melalak. heh. Bila aku start buat Bedtime Balm, Subhanallah, rupanya ramai ibu-ibu yang beli sebab masalah yang sama. Masa aku start jual Lullabies balm, Bedtime balm yang paling banyak aku jual dan paling banyak testimoni. Alhamdullilah. Aku dah bantu 1 masalah dunia ibu-ibu beranak kecik ni. Sampai sekarang Airis mesti aku sapu bedtime sebelum tidur. Dia memang dah dibiasakan dengan Bedtime.


Bila airis masuk 1 tahun, dah makan macam-macam dia start batuk dan selsema. Jenis yang hidung tersumbat tu. Jenis yang batuk berkahak berbunyi tapi tak reti nak keluarkan. Aku lah stress. Stress lagi. Sebab aku tak suka dengar dia berkeruh masa tidur. Aku macam dapat imagine berapa banyak kahak/lendir dalam tekak dia tu. Aku terpaksa kejut dia, sedut hidung dia, dia mengamuk tantrum sebab tidur dia teganggu. Bila hidung sumbat pon sama lah kan, dia tak lena tidur. Jap-jap terjaga. Aku buat juga wap panas and tepuk-tepuk tu. Alahai aku yang melalak. Sama melalak. Kesian tau Airis kena paksa gitu. So aku buat balm Chesty Chest. Aku guna gantikan Vicks & minyak kayu putih. Aku sapu setiap kali lepas mandi & sebelum tidur. Alhamdulillah sekarang dia tidur pun tak berkeruh. Kalau selsema hidung tersumbat, aku sapu dekat batang hidung dia terus hingus-hingus cair dan keluar sampai lega. Kalau batuk pun sama, at 1st memang dia akan muntah keluar kahak. Tapi lepas tu lega kan. Lena dia tidur. Kalau tak jap-jap terjaga menangis sebab tidur tak lena. Chesty Chest ni pun ramai ibu-ibu yang repeat beli. Alhamdullilah. Allah izin lagi aku bantu ibu-ibu ni.


Kembung perut,sakit perut,sembelit tu memang selalu airis kena. Makin besar kerap pulak dia sembelit. heh. Makan macam-macam kan, air minum ikut mood pastu dok tahan-tahan berak sebab nak buat ini lah itu la hah- sembelit. 1 hal dengan airis, dia selalu sakit perut lepas makan. Sistem pencernaan dia bagus. Makan then berak. heheheh jadi aku mesti bawak sesiap Happy tummy Balm ni. Airis kalau lambat makan sakit perut, terlebih makan sakit perut, fullmoon lagi selalu sakit perut. Balm ni memang aku pastikan bawak mana-mana. Aku ingat lagi masa dia menyusu badan, kalau aku salah makan, dia yang cirit birit. Kalau aku makan benda yang berangin, dia yang kembung. Anak-anak sembelit jangan main-main wei! Aku dah alami sendiri time airis sembelit huhuhu. Seksa kesian. Now dah ada balm Happy Tummy kan, alhamdullilah banyak bantu aku, bukan aku je, ibu-ibu lain pon sama. Aku tak guna yuyi dah, aku hanya perlukan Happy Tummy balm.


Airis ni manja, maybe sebab dia masih belum ada adik beradik. Kira masih tunggal lah. Aku paling menyampah kalau nyamuk gigit dia! Sebab dia akan ganggu aku sampai gigitan nyamuk tu tak gatal. Selagi gatal tu dia suruh aku garu! bila suruh garu sendiri start lah tantrum dia. Kerja aku mengaru dia jelah 1 hari. Nak selesai masalah, sapu je siap-siap Itchy Bug Bite dekat kaki, tangan tu, nyamuk memang taknak gigit. Jadi takde lah drama gatal-gatal garu-garu lagi. Ibu-ibu yang beli ni semua share feedback positif. Membantu kan? Alhamdullilah dengan izin Allah.


Selain Bedtime Balm,Chesty Chest Rub paling banyak ibu-ibu yang beli ialah Bliss Balm. Testimoni Bliss Balm ni yang paling aku tak sangka-sangka. Bayangkan kulit bermasalah seperti ekzema,ruam-ruam lampin, kulit kering, luka eksiden boleh jadi cantik balik lepas gunakan Bliss balm konsisten dengan izin Allah. Sebak aku bila ibu-ibu ni wasap aku beri feedback positif dengan Bliss balm. Kalau boleh aku nak bantu kurangkan penggunaan krim-krim steroid. Kesian anak-anak kalau kita asik sapukan krim steroid ni.


Anak yang kerap diserang sakit bukan sesuatu yang kita nak. Aku sendiri bila airis demam, aku memang tidur-tidur ayam. Aku doa, buat solat hajat baca yasin untuk airis walaupun dia hanya demam biasa je. Jadi nampak kan macam mana risaunya si ibu yang anaknya kerap sakit. Alhamdullilah, airis anak yang sihat. Kalau demam pun bukan ambik masa yang lama nak sembuh. Aku buat Bodyguard balm ni untuk protection. Aku cukup takut dan risau bila asik dengar virus itu virus ini, bakteria itu ini. BodyGuard balm ni bantu kuatkan sistem imun anak-anak untuk melawan penyakit. Selebihnya berserah dan bertawakal pada Allah sebab dia lah yang Maha Melindungi dan Menyembuhkan sesuatu penyakit.


Siapa tak suka baby balm kan? Aku suka baby balm. Baby balm ni ramai jugak peminat dia. Aku sebenarnya buat Babybalm ni nak mudahkan kerja aku. 1 balm yang aku boleh letak dalam beg mewakili 2 3 balm yang lain. Jadi takperlu aku bawa semua 7 dalam beg kan? Kenapa aku fokus newborn baby untuk baby balm ni, sebab aku tahu, ada anak kecik mesti kelam kabut. Mana lah nak pakai satu-satu balm kan. Ambik 1 ni boleh guna serata. Lagipun Baby balm ni bau dia mild dan tak sekuat balm-balm lain. Baby akan lebih calming. Baby balm pon boleh disapu pada ruam lampin, kulit kering. Kalau baby batuk selsema, boleh gunakan baby balm ni. Sapu dekat tulang belakang dan dada dia. Kalau baby kembung perut pun boleh sapukan baby balm ni untuk masalah kembung dan sembelit. Ibu-ibu yang hamil,mual-mual boleh gunakan Baby Balm ni untuk kurangkan mual-mual dan lagi best sapu dekat bekas stretchmarks. InsyaAllah dengan sapuan yang konsisten membantu memudarkan parut insyaAllah.


Lullabies baby balm diperbuat dari Cocoa Butter (membantu melembab dan memulihkan kulit) , Sunflower oil (Melindungi kulit dari kerosakkan dan sesuai untuk  kulit sensetif) dan digabungkan dengan Essential oil yang organik, tulen yang memberi 1001 kebaikan dan manfaat.

Jadi ibu-ibu yang ada masalah seperti aku, yang ada anak-anak kecil, aku cadangkan beli dan cuba sendiri Lullabies Baby Balm Natural ni. Apa-apa pun balm-balm ini asbab dan Allah yang sebaik-baik penyembuh.

==============================
FLASH SALE 1 HARI SAHAJA
25/10/18
BELI 2 @ RM60 (normal RM70/save RM10)

LULLABIES BABY BALM NATURAL

Monday, October 8, 2018

Apa itu "Essential Oil" dan kegunaanya dalam kehidupan hari-hari

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim” (بسم الله الرحمن الرحيم)

Aku tahu sekarang ni Essential oil (EO) makin dapat tempat di hati ramai orang. Customer aku sendiri ada yang memilih membeli Essential oil berbanding Lullabies Balm untuk anak mereka yang demam. Walapun balm aku pun dari Essential oil juga cuma balm aku dah di campur-campur dengan bahan-bahan lain (cocoa buter,etc) dan memang ada orang yang lebih suka nak gunakan essential oil pure tu dari yang dah di jadikan balm. Tapi bekesan ke essential oil ni? asal anak demam, EO. Asal anak tantrum-EO, anak itu ini,EO . Ada jugak lah haters ni yang cakap ni mintak menipu. mana mungkin minyak ni bantu redakan demam selsema anak kalau tak makan ubat atau suppliment untuk tingkatkan sistem, imun badan.

Disebabkan beberapa entry lepas aku bercerita tentang kegunaan EO membantu aktiviti di kamar, ramai jugak yang whatsapp nak beli. Tapi ni bukan minyak pengasih. EO membantu emosi. Bila emosi stabil, relax, mood pon senang nak datang. Cuba korang kalau stress, then bau coffee (ni untuk coffeeholic macam aku) mesti rasa aaaahhh legaaa kepala. Macam itu jugak lah peranan essential oil ni. Takpe aku akan terangkan nanti. Aku suka cerita pasal ni sebab aku suka bau-bau yang wangi. Aku addicted dekat essential oil dari 1st aku kenal dengan bau-bau yang banyak kebaikan ni.

Apa itu Essential Oil (EO)

Essential oil telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai ubat-ubatan dan kesihatan. Disebabkan oleh sifat essential oil yang antidespresi, merangsang, detoxifying, antibakteria, antiviral dan menenangkan, essential oil sangat popular sebagai terapi yang semulajadi, selamat, berkesan mengikut masalah-masalah kesihatan tertentu.

Essential oil mempunyai banyak kebaikan dan ianya bukan sahaja digunakan sebagai terapi aromaterapi tetapi juga didalam bahan-bahan pencuci,kosmetik dan penjagaan wajah dan badan.

Essential oil dihasilkan/diekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti bunga-bunga,daun,dahan,batang, dan kulit buah. Minyak yang keluar dari hasil "steaming" sangat pekat dan bau yang kuat dan mempunyai 1001 kebaikan dan manfaat untuk kesihatan.

11 kebaikan Essential oil 

1. Mengimbangi Hormon
Terdapat essential oil yang membantu mengimbangi hormon-hormon estrogen,progesterone, cortisol, thyroid dan testosterone.

Essential Oil seperti Clary Sage, geraniu, dan thyme membantu mengimbangi hormon estrogen dan progesterone dalam badan. Bila dua hormon ni dah balance, akan tingkatkan atau perbaiki kesuburan, PCOS, PMS dan simptom-simptom menopause. 

Selain itu, essential oil boleh membantu menurunkan tahap hormon cortisol dimana ini membantu mengurangkan depresi dan tingkatkan hormon testosterone dimana membantu tingkatkan tahap libido seorang lelaki.

2. Boost Immunity dan melawan jangkitan
Kebanyakkan essential oil ialah anti-inflammatory, antiviral, antibacterial, antiseptic dan anti fungal yang mebantu meingkatkan sistem imun tubuh dan melawan jangkitan. Bahan kimia semulajadi yang terdapat dalam essential oil seperti terpenes, esters, phenolics, ethers dan ketones berpotensi membatu melawan bendasing dalam badan yang menganggu kesihatan. Essential oil yang membantu meningkatkan sistem imun seperti oregano,myrrh,ginger,lemo,eucalyptus,frankincense, peppermint dan cinnamon.

Terapi essential oil merupakan salah satu cara yang selamat dan semulajadi untuk melawan jangkitan bakteria.
Bodyguard Balm

3. Menyokong Sistem Penghadaman
Salah satu kegunaan essential oil yang popular ialah membantu sistem penghadaman yang sihat. Sesetengah essential oil seperti Ginger,fennel,lemongrass dan Peppermint membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti angin, sakit perut,cirit birit, sembelit dan sebagainya. essential oil membantu merangsang "digestive enzymes" bagi memudahkan perut menyerap semua nutrisi dan protein yang kita perlukan.
Happy Tummy/Wobbles Tyme Balm

4. Tingkatkan Tenaga
Tahu tak, essential oil pon membantu meningkatkan tenaga dan membantu meningkatkan stamina dan performance atlit? Essential oil membantu merangsang dan meningkatkan tahap oksigen dalam otak sekaligus membuatkan kita rasa segar, fokus dan bertenaga. Selain Peppermint, Grapefruit,lemon,lemongrass,eucalyptus dan rosemary sangat bagus untuk memberi tenaga dan rasa segar.

5. Memperbaiki fungsi otak
Kajian menunjukkan disebabkan essential oil mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi, ianya membantu menghalang radikal bebas dan memperbaiki fungsi otak secara semulajadi dan mengurangkan keradangan.

6. Mengurangkan stress dan kebimbangan
Kajian menunjukkan, dengan membau bauan dari essential oil, dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang terlampau juga mengurangkan stress dikalangan wanita baru melahirkan.

7. Mengurangkan sakit 
Melalui kajian yang dilakukan, essential oil digunakan sebagai 1 treatment alternatif dan ianya menunjukkan tanda positif mengurangkan rasa sakit berbanding placebos dan treatment yang lain. Essential oil sangat membantu mengurangkan postoperative pain ,obstetrical pain dan gynecological pain.

8. Mencantikkan dan menyihatkan kulit dan rambut
Nak rambut yang sihat dan cantik? Gunakan essential oil. Ini kerana essential oil merupakan salah satu bahan semula jadi yang selamat dan bebas bahan kimia merbahaya. Essential oil membantu mengurangkan ruam kulit, jerawat, antipenuaan, dan melindungi kulit dari kerosakkan serta melembab/melebatkan rambut.
Bliss Balm

9. Mengurangkan toksik dalam badan dan menyegarkan udara dalam rumah.
Zaman sekarang, kita banyak terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat. Menghidu,menelan bahan-bahan yang mengandugi kimia secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui asap persekitaran membahayakan kesihatan secara tidak langsung. Essential oil boleh membantu membersihkan udara dalam rumah dan dalam badan kita. Dengan menggunakan essential oil (sepeti lemon,grapefruit,lemongrass..ets) membantu badan kita untuk flush/mengeluarkan segala toxin dalam badan dan membersihkan udara dalam rumah secara semulajadi.

10.Mengurangkan sakit kepala dan migrain
Essential oil sangat berkesan mengurangkan sakit kepala dan migrain dengan semulajadi kerana ianya sangat membantu dan berindak seperti painkiller. Essential oil unuk sakit kepala membantu mengurangkan rasa sakit, membantu peredaran darah dengan baik, dan mengurangkan tekanan yang menjadi penyebab berlakunya sakit kepala dan migrain.

11. Membantu tidur yang lebih baik dan berkualiti
Sesetengah essential oil mempunyai bau yang tenang dimana ianya membantu kita yang mengalami masalah sukar tidur, dapat tidur dengan lebih lena sepanjang malam. Memilih essential oil dengan bau yang menenanangkan membantu badan kita mendapa rehat yang cukup dan mudah untuk tidur. Jadikan essential oil sebagai rutin harian sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena dan berualiti.
Bedtime balm

Sebab itu aku menggunakan essential oil dalam semua balm-balm Lullabies. Ni baru 11 banak lagi kebaikan essential oil ni sebenarnya. Ini adalah secara ringkas.  Aku tak ada specifik essential ol brand yang aku suka, tetapi personal nya aku  tetap pilih Yong Living sebab bila di bandingkan, Young Living ni baunya sangat asl dan tak pecah bila lama-lama. Walaupun ianya agak mahal lah kan. Kualiti minyak tu sendiri yang buakan ianya mahal. Nak beli essential oil pastikan ianya tanpa campuran, dan lebih bagus cari yang natural 100% essential oil dan organik.

Soalan: Siapa kat sini suka bau-bau wangi (aromaterapi) macam aku? cuba korang tukarkan lilin-lilin wangi tu dengan 1 set diffuser Young Living dan rasai sendiri perbezaan bau dan lain-lain yang korang takkan dapat dari lilin-liln wangi tu.

Jangan lupa GRAB offer Lullabies Balm Beli 4 @ RM100 sampai 14 october ni je tau! Lepastu kongsi dengan aku benefit yang korang dapat dari balm-balm ni pulak.

LULLABIES BABY BALM NATURAL

gambar Google





Friday, July 13, 2018

5 Balm Lullabies Yang Perlu Bawa Setiap Kali Travel

Bila ada customer Lullabies Baby Balm yang bagi feedback positif tentang balm Lullabies ni, aku rasa kerdil sangat diri aku ni. Alhamdullilah, dengan izin dan rahmat Allah yang Maha Besar, ramai orang yang serasi dan selesa dengan Lullabies Balm ni. Aku tahu, essential oil balm memang banyak dah bersepah dekat Malaysia ni. Tapi kenapa aku pilih nak buat jugak walaupun aku tahu nak fight semua brand tu bukan mudah. Lebih-lebih lagi aku ni hanyalah "homemade" bukan kilang "made"

Setiap brand, punya kelebihan masing-masing. Begitu jugaklah dengan Lullabies Baby Balm ni. Aku tak pernah "overclaimed" yang aku punya lah yang terbaik, bagi aku, siapa yang dah cuba, tahulah baik ke tak kan? 

Alhamdullilah, balm-balm aku ni selalu sangat pergi overseas tau. Aku pun masih belum sampai-sampai lagi. hahahha Latest aku dapat wasap yang balm Bliss Lullabies dah sampai ke Korea. Terkejut aku dapat gambar tu. Balm Lullabies ni pernah juga sampai London, UK, Switzerland eh banyak lagi lah cuma takde gambar je. Kawan-kawan dan sedara mara aku yang kaki travel memang akan order siap-siap balm ni nak bawa travel nanti. 

Baik, meh aku share sikit, mana balm yang perlu korang bawa masa travel dan kenapa perlunya balm-balm tu tak kesah lah kau travel dengan anak-anak kecik atau tanpa anak-anak, balm-balm ni perlu sangat-sangat kala "emergency"

1) BEDTIME BALM
Tak kesahlah korang holiday mana asalkan namanya travel. Travel ni mostly perjalanan yang jauh kan? Kalau naik flight dan masa yang lama, biasanya akan "Jet-leg", sakit kepala, sakit badan dan lain-lain. Bedtime Balm ni sangat membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan, kaki, tengkuk dan mujarab jugak untuk meredakan sakit kepala. Haaa bukan takat buat anak tidur je ok! Itu ajaibnya balm Bedtime ni. Kalau anak tak boleh duduk diam dalam flight tu, sapukan bedtime ni sambil selawat. Niat baik-baik, insyaAllah dipermudahkan semuanya. 

2) HAPPY TUMMY (WOBBLES TYME BALM)
Dah travel jauh-jauh mestinya kita nak makan makanan sedap-sedap kat situ kan? Kalau perut jenis kuat ok lah, kalau tetiba tak serasi dengan makanan kat situ macam mana? Takkan nak biarkan sakit perut cer-cer tu ganggu holiday korang? Or, tetiba jadi sembelit dan angin kembung perut naik ke kepala, rasa tak selesa, nak muntah? Sapukan je balm ni, InsyaAllah lega perut tu. Untuk anak-anak, sapukan kat tapak kaki dan betis sekali selain perut. 

3) BLISS BALM
Cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas selalu buat kulit jadi kering sangat. Itu kalau jenis kulit sensetif lah macam aku. Or kalau salah makan maybe naik ruam-ruam gatal-gatal kat badan. Jadi kena siap-siap Bliss Balm ni dalam beg. Sapu kat tempat bermasalah tu, or kulit kering insyaAllah bantu melembabkan balik kulit kering. Adik aku si angah, tetiba allergy dekat ape tah, mata naik bengkak, badan naik ruam. Dia capai Bliss Balm ni sapu kat kelopak mata dan keliling mata yang bengkak tu, beberapa minit terus surut bengkak tu. Alhamdullilah. 
Bliss Balm Korea
Bliss Balm ke Korea

4) CHESTY CHEST RUB
Ah Sudah! sampai-sampai je dah kena selsema. Sampai hidung tersumbat. Ambik Chesty Chest Rub, sapu kat tepi hidung kiri kanan, dekat belakang telinga kiri kanan dan dekat tengah-tengah dahi antara kening tu. Insyaallah membantu memberi kelegaan nanti. Bila ada anak-anak kecik ni pun masalah batuk,selsema demam kena take note juga. Jadi perlulah mak-mak sediakan balm ni dalam beg siap-siap.

5) BODYGUARD BALM
Anak jenis suka mandi Swimming pool? Kita tak tahu kuman apa yang ada dalam tu kan? Kadang ada anak-anak yang lepas swimming, esok lusa dedar je badan. Ada kes, lepas mandi swimming pool naik merah-merah badan. Pergi Travel ni macam-macam hal kadang boleh jadi (mintak jauh laa Ya Allah) . Sapukan siap-siap Body Guard balm dekat tapak kaki sebelum mulakan aktiviti luar (swimming etc) dan sebelum tidur. InsyaAllah membantu tingkatkan imun badan untuk fight virus dan bakteria.

Jadi jelas tak? Pastikan pack siap-siap balm ni ok mommies! Aku doakan semua balm-balm Lullabies ni membantu dan memberi manfaat untuk ramai orang, InsyaAllah




Thursday, July 12, 2018

Me Time si WAHM

Aku suka nak cerita tentang kehidupan WAHM (Work at home mom) ni. Nak kasi semua tahu sebenarnya kehidupan WAHM ni macam mana. Jangan asik nak membawang je cakap kami ni duduk rumah goyang kaki. heeee

Aku respect ibu-ibu yang bekerja. Ibu-ibu yang bekerja ni sebenarnya lagi banyak benda nak fikir. Lagi penat badan. Lagi serabut kepala . Masalah rumah, masalah pejabat. Stress dengan bos satu hal, balik stress dengan anak-anak pulak. Lagi pun dengan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil ni, buat ramai yang fikir dua tiga kali nak berhenti ke tak.

Ramai kawan-kawan aku yang bekerja dan terpaksa hanta anak-anak duduk kampung. Dijaga oleh mak ayah sendiri. Ye itu lebih senang sebenarnya, orang yang jaga anak-anak kita someone yang kita kenal. Dari nak hanta anak-anak kat rumah orang jaga, yang kita tak sure background dia, yang tah macam mana dia jaga anak kita, tah berapa ramai anak-anak lagi yang dia jaga. Tu pun serabut juga nak fikir kan?

Tapi sanggup dengan tak sanggup je lah nak hanta balik kampung. Kalau yang mak bapak tinggal nearby tu alhamdullilah, buat nya macam aku ni yang mak aku tinggal kat Melaka, kot lah nak hanta airis, weekend je boleh balik, tu pun nak kena tengok masa suami aku yang kalah menteri packnya schedule kerja dia, tak ke malalak aku nak fikir?

Aku tak sekuat tu wei. Aku nak dapat Airis pun hampir 3 tahun. Masa aku mengandungkan dia pun life aku hanya dengan dia, pergi kerja, balik kerja, pergi mana-mana semua aku dengan dia sampailah bila dia dah lahir kat dunia ni. Suami aku jenis workaholic dan aku terpaksa jadi seorang yang "sado" nak handle semua ni. Sebab tu, benda yang paling mudah is "berhenti kerja"

Pernah ada seorang kawan berseloroh cakap "Me Time i waktu i dekat office" 
Betul!Masa aku kerja balik kerja around 6pm kalau tak banyak kerja aku terus keluar office, jalan-jalan dalam KLCC tu cuci mata, shopping..kang pukul 730pm lepas Maghrib baru aku balik. Masa tu LRT tak ramai, pukul 830pm aku baru sampai rumah. Setiap hari kot itu lah kerja aku. Weekend je lah aku menghadap airis 24/7 kasi angah pulak cuti. hehehe

Bila dah WAHM ni, mana ade masa nak lari-lari Me Time lama-lama. Dengan aku yang tak pandai drive dan semestinya kereta pun takde, jadi kawasan aku nak ME TIME tu hanya lah dalam rumah. Itu pun 5 Jam sepanjang airis sekolah aktiviti aku banyak. Pergi mengaji dah sejam, balik rehat sekejap, breakfas sekejap, reply wasap,basuh baju, masak lunch..bla bla bla.. dah habis 5 jam tu. huhuhu

Bila airis balik, aku nak menghadap homework dia lagi, nak menghadap dia lagi. Sampailah dia tidur masa tu aku bantai tidur. hahahah Penat wei otak aku running setiap hari. Otak penat badan pon penat kan? 

Kadang-kadang je lah bila aku perlu ke pejabat office waktu pagi, aku akan keluar dalam pukul 9am lepas mengaji. Pos office bukak pukul 10am, aku akan ME TIME dekat Subway sampai pukul 10am (alhamdullilah Subway bukak pukul 8am-kalau tak aku mati kutu balik sebab semua kedai dalam Endah Parade tu bukak pukul 10!)

Lepas pos (selalu ambik masa 10 minit) aku pergi lag cuci mata kat DIY je, kat mana-mana kedai dalam mall tu sebelum aku shoot balik sebab nak kena ambik airis pukul 12pm.

JADI BILA "ME TIME" AKU?

Ade 2 masa.

1- Waktu pagi pukul 4am. Masa ME TIME aku dengan ALLAH. Ye lah, Allah lah tempat aku cerita semua masalah aku, yang bantu aku settlekan semua urusan aku dengan mudah. Jadi ni je lah masa aku nak ME TIME "borak" dengan dia. Tapi kadang sebab malamnya terlalu penat, aku selalu jugak miss ME TIME ni. huhuhu (forgive me Allah)

2- Bila mak aku datang. Aku selalu nak mak aku datang pun. hahahha.
Tapi mak aku ni selalu datang sini bila ade hal ape-ape kat sini. Macam open house ke, atau jemputan kahwin sedara mara kat sini ke atau bila aku suruh datang tengokkan anak aku sebab aku kena attend ape-ape tak boleh elak.

Selalunya aku ambik kesempatan ME TIME ni lah waktu mak aku datang. Aku akan drag dia balik lambat sikit dan aku buat plan dengan BFF aku hangout. Selalunya mak aku malas nak stay lama-lama dekat sini sebab hati dia asik terkenang pokok-pokok dia je. huhuhu. Tapi aku selalu gunakan Airis so dia lembut hati nak balik lambat sikit. huhuhu

Bunyinya macam ambik kesempatan kan? TRUST me, Allah tahu apa yang kau buat. Bukan kau ambik kesempatan, kadang WAHM macam aku ni perlukan ME TIME tu. Sebab asik terperap je kat rumah pun otak sengal jugak.huhuhu

Macam hari ni, semalamnya si Airis dah follow mak aku balik kampung. Sebab Sabtu mak aku kena datang sini balik sebab ade open house. Jadi si Airis nak ikut balik kampung, sabtu balik sini balik. 2 hari lah dia monteng sekolah. Anak aku so far ok je bila nak ikut mak aku balik kampung cuma aku je lah yang chembeng sikit huhuhu. Takpe, 3 hari je kan.

For me, kadang-kadang kau perlu cari masa ME TIME ni, bukan tinggalkan anak untuk ME TIME tu seorang mak yang tak bertanggungjawab atau selfish. Aku macam pernah terbaca pasal si Hanis Zalikha kena kecam dengan netizen sebab tinggalkan anak dan pergi holiday dengan kawan-kawan. hehhhh..kalau kau kat tempat aku ni, bila dapat masa ME TIME kau bukan je rasa nak pergi shopping cuci mata, kau pon sama nak pergi holiday..cuma aku belum lagi lah nak pergi holiday tu, pernah lah aku plan nak pergi holiday dengan BFF aku, tapi tak jadi. Bukan rezeki aku. haisss

Ok aku ada masa 3 hari ME TIME ..
Tapi 3 hari aku pack dengan task-task LULLABIES BABY BALM NATURAL - Alhamdullilah

Semoga Allah mudahkan semua urusan aku dan lindungi anak aku dan keluarga aku..InsyaAllah.

Semoga Allah sentiasa lindungi ibu-ibu yang bekerja dan menguruskan keluarga juga ibu ibu WAHM macam aku. Aaaminn

Kalau stress sangat tu sapu lah BEDTIME BALM dekat tengkuk,dahi,bahu sebab dalam #BedtimeBalm ada essential oil Lavender dan CedarWood yang membantu mengurangkan stress dan buat diri lebih relax. InsyaAllah

Baby Balm Natural Lullabies


Wednesday, July 11, 2018

Wordless Wednesday


#WordlessWednesday

Don't talk...Just ACT
Don't say...Just SHOW
Don't promise...Just PROVE

Monday, July 9, 2018

Ayat Al-Quran untuk Legakan Batuk

Macam yang korang tahu. Aku ni susah sikit nak kasi anak makan ubat. Seboleh-boleh aku nak elakkan ubat. Aku taknak biasakan anak aku dengan ubat-ubatan. Kalau selagi boleh disembuhkan cara alami (natural) why not kita cuba kan? Banyak ubat dalam badan ni bukan lah bagus sangat. Ubat ni sintetik, makin lama dalam badan boleh mudaratkan.

Cerita entri semalam pasal airis demam. Aku beri juga ubat sebab demam dia dah lebih 3 hari dan tiba-tiba suhu demam dia naik. Lepas suhu dia turun ke normal, aku stopkan pulak ubat batuk sebab aku rasa dia macam ketagih. Kalau tak dapat ubat batuk tu dia tantrum. tak ke risau?

Sebab tu aku "buat" Lullabies balm ni. Lullabies balm ni dari Natural source, Natural Ingredients. Aku gunakan essential oil pure dan natural untuk semua balm aku dan bukannya fragrance oil atau wangian sintetik untuk balm-balm ni. Aku percaya, bahan-bahan semulajadi ciptaan Allah ni lebih banyak khasiat dan kebaikannya. Jadi kenapa tak gunakannya sebaik mungkin? Kalau dekat negara luar, barang-barang semulajadi, real food semua ni memang dah lama dorang amalkan. Cuma aku perasan dekat malaysian ni lebih sukakan benda-benda yang sintetik dan di-process. Even makanan pun ade yang dah dicampur kimia itu ini. Semua tu masuk kat dalam badan kita kan?

Aku substitute  ubat batuk tu dengan Madu dan lemon. Beri juga air masak kerap-kerap dan alhamdullilah kurang juga batuk dan selsema dia. Aku sapu kerap-kerap Chesty Chest Rub dekat dada dan belakang badan dia. Lullabies balm ni bukan jaminan untuk anak-anak terus sihat. Cuma ianya banyak membantu melegakan simptom-simptom batuk,selsema dan sebagainya. Ada 1 testimoni ni yang anak kecil dia kerap masuk hospital sebab bronchitis, selalu kahak yang banyak dalam lung sampai tak boleh bernafas dan demam. Lepas konsisten Chesty Chesty Rub, Alhamdullilah anak dia kurang batuk yang berpanjangan. Bila cek pon alhamdullilah lung dia clear. Anak dia sekali batuk je luar muntah kahak & anak dia boleh tidur lena.

Aku suka juga doa-doa dari potongan ayat Al-Quran. Macam 1 ayat yang aku jumpa di google ni membantu juga.  Ayat dari surah Yunus ayat 57 yang baik untuk penyakit-penyakit yang bermula dari dada. Jadi batuk tu salah satulah kan.

Setiap kali sapu Chesty Chest Rub aku akan baca ayat ni. Kalau masa airis tidur pun aku buat juga. Letak tangan dekat dada dia dan bacakan ayat ni. Aku buat kerap-kerap. Ini salah satu ikhtiar juga kan.

Jadi untuk korang yang anak-anak atau diri sendiri batuk tak baik-baik, boleh amalkan ayat ni. InsyaAllah dengan izin Allah, sembuh batuk-batuk tu semua.


https://namaakufazahirah.blogspot.com/

Sunday, July 8, 2018

Bila anak demam 4 hari.

Ini cerita 5 hari lepas. Si Airis tetiba demam. Semalamnya elok je pergi open house, pergi Alamanda shopping-shopping, sekali esok nya isnin boleh demam. (aku rasa dia demam rindu si mama angah dia. sebelum mama angah dia balik, dia pergi bantai melalak macam ape tah. Aku yang mak sebenar dia ni pun kalau tinggalkan dia takde pulak dia melalak gini~huh!)

Ok sambung. Isnin tu pagi hujan lebat, aku terbantai lelap sampai pukul 730am. Aku tengok si Airis elok je tidur dan aku pun malas nak bangun, jadi aku pun sambung tidur sampai pukul 8am (ok aku ter-missed Subuh!) dan aku pontengkan Airis sekolah. Rupanya tengah hari tu aku perasan badan dia dedar. Sampai ke malam badan dia panas dan sepanjang hari dia tidur je. Jadi takde lah serba salah sangat aku rasa sebab pontengkan dia sekolah! 

Selalunya, kalau airis demam, aku tak terus beri ubat demam. Sebab aku lebih suka kalau buat cara alami. Selalu aku akan cek suhu dia, kalau below 38'c tu aku akan keep sponging je dia. Dia start dengan batuk & selsema, jadi aku sapukan dia dengan Chesty Chest Rub Lullabies kerap-kerap & Bedtime Balm pun sama sebab dia cakap kepala dia sakit. Aku lap badan dia kerap-kerap. Aku letak kain lembab dekat dahi & leher dia. Kejap-kejap aku pantau suhu badan dia jangan kasi suhu tu mendadak naik.

Apa aku buat bila Airis demam:
1) Pantau suhu.
2) Mandikan dengan air suam & lemon (lemon ni aku slicekan tabur dalam bath tub)
3) Sapukan dengan Chesty Chest Rub dekat dada, tapak kaki & belakang badan & Bedtime balm dekat dahi dan tengkuk
4) Banyakkan beri dia minum air masak 
5) Masakkan sup ayam dan bubur nasi - Pastikan dia makan kalau tak badan akan lemah dan buat lagi mudarat
6) Keep Sponging badan dia terutamanya bahagian ketiak, kelengkang, tengkuk, belakang badan dan letakkan kain lembab di dahi (pastikan kerap-kerap lembabkan kain)
7) Normalkan suhu bilik, pastikan tak terlalu sejuk atau terlalu panas.
8) Pakaikan baju yang nipis dan selsesa. 

Hari ke 2 sampai ke 3 tu ok lagi. Cuma bila aku perasan badan dia dedar tak kebah. Aku beri jugak ubat demam sebelum tidur. Sebelum tu, petang aku beri dia ubat batuk Breacol yang aku beli kat farmasi. Malam lepas makan ubat demam, alhamdullilah suhu dia normal balik. Nampak lah dia berpeluh. Pukul 3 pagi dia muntah. Muntah kahak dan lendir. Dia cakap perut dia sakit, aku sapu Happy Tummy je, kejap-kejap aku pantau suhu. Dalam range normal lagi. Sekali pukul 6 pagi aku cek balik suhu dia terus mendadak naik ke 40'c

Ok aku panik! Terus aku bawa dia jumpa doktor. Aku tak pergi klinik biasa, aku pergi Pakar kanak-kanak area rumah aku ni (Klinik pakar kanak-kanak KiddieCare Sri Petaling) Klinik ni bagus, cuma aku tahu harganya mahal sikit. Aku hampir bawa Airis pergi Hospital Serdang tapi mak aku cakap, cek kat klinik dulu, kalau tak juga ok baru admit hospital . Lagipun si babah tak ada masa tu, jadi aku bawa je lah pergi klinik.

Masa doktor tu cek suhu Airis, aku nampak dekat termometer telinga tu 37.9'c. Aku dah sedikit lega. Maknanya dari pagi tadi, suhu dia dah turun juga lah. Tapi bila doktor tu cakap suhu masih tinggi aku dah balik panik. Dia cakap sebab dah hari ke-4 masih tinggi, dia nak buat "blood test" dengan "influenza test" untuk langkah berjaga-jaga. Dia cakap sekarang ni memang banyak kes denggi & influenza. Dia tengok tangan, mulut airis taknaik "blister" jadi dia cakap bukan HFMD. Alhamdullilah lega lah sikit hati aku.

Blood test dengan Influenza test ni buat kat klinik je, sebab klinik ni semua mesin ada. 5 minit je result dah keluar. Blood test tu dia cucuk sikit je kat jari airis, ambik sikit je darah dalam tiub nipis kecik. Muka Airis dah panik dah tapi tak menangis. Result keluar alhamdullilah bebas Denggi sebab platelet darah dia normal. Result semua normal. Doktor cakap ni hanya virus dan bukan bakteria. Virus ni macam-macam virus. Cuma virus ni datang dan pergi. Jadi memang kena pantau takut mudarat.

2nd test Influenza pulak. Test ni sakit sikit. Dia masukkan tiub halus dalam hidung airis untuk ambik lendir hidung. Masa ni airis melalak. Maybe tak selesa or maybe sakit. Result dia alhamdullilah, takde influenza A or B. Doktor cakap bukan sinus pon sebab result dia masih ok, kalau sinus ade 1 line tu no dia tinggi. Selama ni aku puas lah fikir dia sinus sebab tidur berkeruh. 

Doktor cakap, aku bawak airis good timing. Sebab nak cek influenza ni memang kena demam hari ke 3 atau 4. Selalu awal-awal susah sikit nak detact. Bila dua-dua result negative, aku memang lega. Kau tak tahu berapa banyak zikir aku baca sambil-sambil tunggu result tu. huhuhu

Doktor cuma bagi ubat batuk, kahak dengan demam. Dia cakap beri 2 hari konsisten ubat. Kalau ok takperlu makan lagi & kalau dalam masa 2 hari masih demam, bawa jumpa dia balik. (aku rasa kalau masih demam aku terus hantar hospital serdang je huhuh) Total aku kena masa tu sekali test, ubat dan consultation RM249! Mahal kan..tapi aku puas hati! Doktor tu cakap sangat jelas dan explaination dia pon clear. Tak kesah lah, janji anak aku balik sihat! Duit boleh cari.

Ohhh, doktor cakap, tekak airis tak merah, lung dia clear walaupun still banyak kahak (anak aku ni cukup susah nak buang kahak, selalu dia telan balik!)

Balik tu lepas aku kasi dia makan dan makan ubat, dia tidur lama & aku cek suhu dia terus normal. Malam tu aku masih beri dia ubat demam sebab aku risau naik balik suhu dia. Alhamdullilah esoknya terus ok sampai sekarang. Ubat batuk aku kasi sampai Jumaat. Jumaat aku skip kan juga sekolah. Sebab batuk dia still ade dan mama cakap biar dia rehat lagi sebab dia baru sangat baik. Total 5 hari straight dia tak pergi sekolah.huhuhu.

Semalam,sabtu aku dah stop kan dia ubat batuk. Kenapa? sebab aku perasan dia macam ketagihan. Kejap-kejap mintak ubat batuk! hahahha. Korang tahu, aku ni sejenis tak suka anak makan ubat. Aku suka natural way. Tapi bila dah teruk sangat terpaksalahkan beri ubat. Aku bukan lah anti-ubat terus. Cuma aku beli kalau betul-betul perlu beri. Aku pernah terbaca once upon a time, batuk dengan selsema ni virus. Bila virus ada dalam badan kita, badan kita ni fight untuk lawan virus tu. Sebab tu badan kita panas. Kalau antibodi kita tak kuat melawan penyakit, itu lah jadi lemah dan mudarat. If kita sikit-sikit nak bagi ubat, demam sikit je bagi ubat, selsema sikit je bagi ubat, badan kita ni tak mampu nak fight virus tu sendiri  dan buat sistem immune kita makin lemah. haaaaaa kalau aku salah maafkan aku. Tapi ni lah yang aku dapat dari pembacaan aku dulu.

Airis dari kecik aku memang tak biasakan dia dengan ubat. Sebab dia fully breastfeed, dan aku percaya dengan susu ibu ni akan kuatkan imun dia. Kalau dia demam, aku susukan dia kerap-kerap.  Alhamdullilah selalunya 1 hari je demam dia paling lama. Bila dia dah tak menyusu, makan pulak dah macam-macam, rajin pulak lah dia nak demam! Sampai mama suruh aku susukan dia balik...huhuhu

Ok, dari semalam aku cuma beri airis 1 sudu madu (natural honey yang aku beli kat shopping mall) dengan 2 titik jus lemon. (aku nak titik essential oil je, tapi dah ade buah lemon aku guna je buah lemon) hari ni aku perati batuk dia dah jarang-jarang. Aku paksa dia minum air suam panas kerap-kerap. Semalam mama aku dah selamat bagi dia aiskrim! uhuhuhuhu

Aku baca sekali 1 potong ayat dari surah Yunus yang baik untuk melegakan batuk macam kat bawah ni. Sambil-sambil tu aku keep sapukan Chesty Chest Rub dekat airis konsisten sebab aku percaya, balm ni buat kahak dia cair dan mudah keluar jadi lung dia clear. Alhamdullilah.


Hari ni aku pulak yang batuk + semput pakej hidung tersumbat pulak. hahahha . Aku pulak menenyeh Chesty Chest Rub kat diri sendiri.
Alhamdullilah airis dah sihat sepenuhnya. Esok boleh lah dia pergi sekolah dan alhamdullilah aku pulak punya turn. Esok boleh lah aku Me Time rehat 5 jam. Allah nak kasi aku rest lah ni. 

Tapi boleh ke aku rest......ehm...

Rawat anak demam cara alami



Friday, July 6, 2018

Macam mana sebenarnya kehidupan seorang "Work at Home Mom" (WAHM)

Masa raya hari tu, lama aku duduk rumah mentua aku. Aku suka berborak dengan dia sebenarnya. Dia suka bercerita. Aku respect dia. Anak 11 orang semuanya, semua dia uruskan sendiri. Sampai sekarang, kalau anak-anak balik, tersebut nak makan itu ini, terus dia masakkan. Kalau 11 orang punya selera, 11 jenis lauk lah terhidang kat meja makan tu. Dia cerita, masa anak-anak kecik, semua dia uruskan. Kalau nak raya sampai ke cari buluh, cuci beras, merendang semua dia buat. Ayah mentua aku memang tak bantu langsung. Hanya bagi duit belanja atau beli kan barang-barang masak je. Tugas Ayah mentua aku ialah cari nafkah dan tugas mak mentua aku ialah jaga anak-anak dan rumahtangga. Masa pantang pun dia jaga diri dia sendiri. Masa tu anak-anak semua kecik-kecik lagi. Bila aku dengar, aku respect. Sebab aku tak boleh jadi gitu. Suami aku duduk ngadap handphone sedangkan aku sibuk memasak dan anak menangis tak dipedulinya pon aku dah meradang! Aku selalu cakap aku penat tak larat. Aku dah macam ape tah uruskan rumah dengan anak sorang. hahahah. Tapi mak mentua aku, dengan anak 11, dengan ayah mentua aku tak bantu langsung pun dia masih bersabar. huhuhu

Aku dah biasa bekerja, pegang duit sendiri,fokus pada kerja yang aku buat tanpa gangguan. Tapi bila aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi seorang WAHM semua jadi tak tentu arah. Dah sampai masa aku ketepikan semuanya.

Ini kisah aku, seorang "Working at Home Mom" atau kalau shortform yang femes WAHM(sebutannya wamm-lebih kurang)

Aku terjebak dengan dunia WAHM ni masa Airis umur 6 bulan. Yes, kalau kau seorang yang aktif Multi-Level Marketing (MLM) mesti dah biasalah dengar perkataan WAHM ni. Semua wanita (ke aku je) memang mengimpikan kehidupan WAHM ni . Duduk rumah sambil buat duit siapa yang taknak kan? Aku membayangkan kehidupan seorang WAHM tu sangat simple. Duduk rumah, jaga anak, masak dan "making money" 

Bulan pertama tu semuanya baik-baik je. Aku masih punya saving dan balance gaji sebelum berhenti. Silap aku cuma aku berhenti kerja sebelum bulan puasa, dan aku terpaksa sekat perbelanjaan aku untuk beli kelengkapan raya. Masa ni, suami aku agak struggle sikitlah, yelah kalau sebelum ni kami ade 2 income tetapi tiba-tiba jadi 1 income. Nak bayar itu ini, beli itu ini. Masuk bulan ke2 aku dah krik-krik. Kalau masa kerja dulu, aku ada duit gaji untuk rolling stock barang MLM aku dan aku pegang kuat dengan kata-kata leader aku masa tu "stock tu umpama gula,gula akan tarik semut-semut datang(semut tu umpama customers)" Jadi aku takde masalah nak restock barang-barang aku dan alhamdullilah memang habis pon semuanya dan aku mampu rolling balik guna duit gaji + duit untung sales + commission yang aku dapat setiap bulan. 

Lepas aku dah tak kerja, duit yang aku ada aku terpaksa dulukan perbelanjaan rumah, aku dah kurang restok barang. Bila sales aku kurang, leader aku pun kurang ambik perhatian kat aku. hahahha. Yes this is true. Aku bukan nak mengata. Tapi ni lah aku lalui. Jadi hampir 1 tahun aku struggle hidup aku sampai Allah tu jumpakan aku dengan Essential Oil Young Living ni. Start dari situlah kehidupan aku sedikit baik dan makin hari aku nampak hikmah semua ujian-ujian yang aku hadap.

Aku rindu nak bekerja. Rindu nak pegang duit gaji setiap bulan. Rindu nak shopping dekat KLCC, rindu nak beli perfume sesuka hati setiap bulan bila time gaji. Rindu nak beli makeup dan baju cantik-cantik. Ramai je kawan-kawan aku yang suruh aku balik bekerja bila aku cerita masalah kewangan aku. Kadang aku naik rimas jugak. Yela,aku kadang bercerita masalah aku untuk release kan tekanan aku, bukan untuk dengar cadangan "balik bekerja"tapi ada lah dalam  2 ke 3 kali juga aku cuba nak hanta resume. Tapi bila aku pandang muka Airis, aku tak jadi. Airis ialah kekuatan aku. Reason aku yang utama sebenarnya Airis. Ini lah semua orang tak nampak, tak rasa, tak cuba fahamkan.

Airis ni fully Breastfeed. Disebabkan adik aku taknak sambung jaga Airis sebab risaukan mama sensorang kat kampung dan aku pulak sejenis yang tak sanggup anak aku dijaga orang yang aku tak kenal, jadi aku ambik keputusan untuk berhenti kerja. Suami aku mulanya setuju sebab aku cakap commission MLM aku boleh kaver semua gaji aku, tapi bila keadaan jadi tak sama macam yang dirancang, dia dah mula rasa tertekan. Aku pun sama.

Aku ada dateline. Aku ada target sales yang aku perlu achieve. Dalam planner aku penuh benda aku nak buat. Ni memang selalu aku buat masa aku bekerja pun. Aku suka planning. So aku takkan missed ape-ape task dan aku takkan kelam kabut. Kehidupan WAHM tak sama macam bekerja di pejabat. Kalau kerja kat pejapat, kau boleh buat kerja tanpa gangguan (kalau gangguan pon sementara dari boss kau ke, clique kau ke yang nak ajak kau minum pagi) Kau boleh start buat task kau ikut planner kau sampai habis. Bila jadi WAHM ni, asal aku on laptop je Airis menangis, masa tu lah dia nak menyusu, dah menyusu nak kena main-main dengan dia pulak, then nak mandikan, nak suapkan dia makan, tup-tup dah petang. Jadi Off kan jelah laptop tu dan masuk dapur start masak kang suami aku balik nak makan. 

Aku hanya dapat pegang HP je masa tu, kang nak update produk, macam-macam pulak gangguan, sudahnya terus takde mood. Update gamba airis je la. hahahha

Idea nak menulis tu bukan selalu ada. Aku langsung takde mood. Tapi aku tau, 80% customer aku datangnya dari blog masa tu. Kalau aku tak update blog aku, % sales tu akan menurun. Susahlah aku nak cari income. huhuhu. Sebab aku cuba juga berniaga ni Ig, FB tapi memang blog juga orang baca. Jadi aku percaya kuasa blog tu dapat bantu sales aku dan income aku.

Anak aku pulak jenis mengempeng (melekat) Sebab dia menyusu badan, asal nak tidur je kena mengempeng. Kalau aku nampak dia dah lelap, aku lepaskan susu, dia akan terjaga dan balik lah mengempeng. huhuhu. Sebab tu aku sangan heaven kalau dia tidur. Masa dia tidur semua kerja aku buat pelan-pelan. Pastikan takde bunyi langsung yang keluar. Kalau anak aku terjaga, habislah kerja aku 1 hari tu. Bila anak aku mengempeng, aku boleh pergang HP je lah, taip-taip lah ape yang patut, tapi selalunya, aku pon sama tertidur. (hey! bila menyusukan anak, energy kita pon sama low dan kerap mengantuk)

Aku kuatkan juga semangat aku. Bila anak aku tidur je, aku update blog, aku update ig, update FB aku, aku buat macam-macam untuk dapatkan sales tu. Kadang aku terpaksa biarkan airis main sorang-sorang, aku jeling-jeling je dia. hahaha. Kadang aku biarkan dia melalak sampai sedu-sedu. Bila malam nak tidur, aku tengok muka dia tidur, teringat  ape yang aku buat kat dia, aku pulak yang melalak sedu-sedu. Sebak wei! Bukan senang nak jadi WAHM! Aku selalu doa Allah bantu aku uruskan semua dan mudahkan urusan aku. Aku hampir gaveup! Tapi bila tengok muka Airis aku balik kuatkan diri aku.

Apa yang aku dapat sepanjang WAHM ni, aku dapat buat Dhuha tanpa rasa terkejar-kejar. Kalau dulu, aku curi masa pagi aku kat pejabat untuk ke surau dan solat dhuha sekali pam susu untuk stock Airis. Then dari 2 rakaat aku dah dapat upgrade ke 4 kadang 6 rakaat duha. Alhamdullilah.

Sales aku bukan selalu ada. Masa tu leader aku pon tah kemana, aku struggle sendiri. Aku belajar dan cari ilmu sendiri. Aku gunakan ilmu yang ada untuk aku upgradekan sales aku. Alhamdullilah, dari rasa tak cukup, Allah sentiasa cukupkan semua kekurangan. Tapi, bila jadi WAHM ni, ajar aku jadi seorang yang think positif. Rezeki bukan nya pada duit je kan? Banyak sumber rezeki lain. Sebab aku fully breastfeed anak aku, airis membesar dengan baik, tak demam, tak meragam aku nampak semua perkembangan Airis membesar depan mata. Aku tak payah risau apa-apa tentang Airis. Kalau dulu aku jumpa dia waktu malam dan weekend je. Sebab pagi-pagi aku dah pergi kerja sebelum dia bangun. Balik kerja pun dah lewat, aku tau nak tidur tidurkan Airis dan nak tidur sebab penat.

Aku dapat bangun tahajud. Ini aku suka, dapat beberapa minit dengan Tuhan aku cukup bersyukur. Aku boleh mula baca Al-Quran. Yelah, waktu aku banyak kan, lepas duha tu aku bacalah quran. Airis aku letakkan kat tepi. Biar dia golek-golek depan mata aku.

Sales aku semakin nazak. Tapi aku dapat upgrade diri aku dekat dengan Tuhan. Cuma aku jadi tekanan bila aku dah dapat nak Me Time. Suami aku kerja 24/7, aku nak keluar pun angkut si Airis. Berdualah aku anak-beranak pergi sana sini. Ini memang penat. Aku kadang sampai nak menangis semata nak Me Time tu. Sepanjang airis masih kecik, aku jarang dapat keluar, kalau nak keluar pun dengan sedara mara aku yang dapat tolong aku handle airis. Kadang BFF aku pon bantu aku handle airis. Anak kecil ni susah sikit nak handle. Lebih-lebih lagi bila dia full breastfeed. Kejap-kejap nak mengopek. hahahha

Boleh dikatakan, suami aku memang tak bantu aku apa-apa pun dalam urusan jaga anak sebab dia sibuk bekerja. Aku cuba juga sesuaikan masa aku, nak masak, nak uruskan perniagaan aku masa tu. Penat memang penat. Demam pun redah je. Mana ada masa nak demam. Aku paling happy kalau adik aku dengan mama datang. Memang aku qado tidur aku 1 hari then bawa naik laptop dalam bilik, buat semua task aku yang aku terlepas plus siap buat task in advance. hahhaha

Bila mama datang lah aku amik peluang "Me Time" atau aku pergi kelas-kelas merketing. Aku lebih selesa kalau dapat belajar Online je. Sekarang ni dah banyak cikgu-cikgu online marketingkan.

Life getting better bila Airis dah bersekolah. Bila dia dah besar, kepenatan tu dah kurang. Aku ada masa 5 jam untuk aku uruskan bisness Lullabies balm aku. Aku dah makin pandai uruskan masa aku tu. Buat bisness sendiri sebenarnya lagi penat. Lagi-lagi aku home bisness, Aku belum ada pekerja, belum ada office. Semua aku buat sendiri dari A to Z. Macam mana aku bahagikan masa aku? 
Semuanya dalam Planner. Planner aku bersepah. setiap minggu aku dah plan sekian-sekian urusan. Bukan je tulis dalam buku, siap tampal kat dinding. Ikut dengan tak je. Selalunya memang tak ikut lah.hahahha Aku buat mana yang aku mampu buat. Macam nak update blog, kalau dalam 1 hari tu idea aku mencurah-curah, aku akan update 2 3 entry sekali dan schedule kan. senang. 

Buat balm pon gitu, sekali buat aku akan buat 200 bekas sekali, then aku hanya buat balm yang dah kurang stock. Aku selalu tak buat stock yang banyak. Dalam sebulan hanya min 500 bekas je kecuali kalau permintaan banyak pernah sampai  1k bekas sebulan.

Macam mana aku manage kewangan aku? Terus terang aku cakap, ni bab yang paling aku lemah. Suami aku bukan bergaji besar, dia pon ada hutang-hutang bank yang perlu disettlekan setiap bulan. Aku pulak jenis tak suka susahkan dia. Jadi aku kena bijak nak kawal perbelanjaan aku. Aku pon ada amanah hutang bank (masa bekerja) yang aku belum habis bayar. Setiap bulan keuntungan aku habis membayar amanah hutang aku tu je. hahahha Tapi aku redho sebab aku yang create masalah tu, so aku kenalah settlekan semua kan?

Aku sekat perbelanjaan yang tak patut. No more shopping like a king. Aku reward diri aku dengan Me Time kadang-kadang dengan BFF aku, pergi makan sedap-sedap. Aku dah lama tak shopping baju ke handbag ke, last aku beli ialah baju raya. hahahha selainnya aku dulukan Airis. 

Alhamdullilah Lullabies balm ni dapat sambutan ramai. Walaupun masih lagi kecil-kecilan tetapi niat aku supaya bisness aku ni beri manfaat untuk ramai orang insyaAllah. Doakan aku cukup rezeki untuk aku submit balm aku ni untuk KKM. Aku tahu, KKM ni penting kan, tapi nak dapat KKM kena sekurang-kurangnya pengeluaran 10K sebulan. Kalau 10k sebulan tu dah tahap kilang. Pengeluaran aku baru max 1k bekas. huhuhu Tapi korang jangan risau, aku ada laptest untuk balm Lullabies ni. InsyaAllah sikit hari lagi aku akan share Lab Test semua balm-balm ni ye.

Jadi pendapat aku, if korang nak jadi WAHM sebenarnya bukan susah pun. Cuma kena ada plan. Aku takde plan, aku main redah je. huhuhu. Pastikan saving korang cukup nak kaver 6 bulan pertama. Sebab 6 bulan pertama tulah yang struggle dan tempoh penyesuaian diri. Pastikan semua hutang-hutang bank korang dah settle. Sebab trust me, hutang bank ini lah yang akan menganggu hidup korang. Selain tu, mintak suami redho dan mintak dia faham dengan situasi korang. Seorang Wahm bukan Superwoman. Sebenarnya WAHM ni lagi penat kehidupannya dari seorang yang bekerja di pejabat. 

Bila jadi WAHM kena prepare mental dan emosi. Sampai sekarang dua-dua tu aku masih belum dapat kawal 100%

But

Allah sentiasa ada dengan kita. Berdoa banyak-banyak moga Allah bantu kita dan mudahkan urusan-urusan kita setiap hari.



Tuesday, July 3, 2018

Promosi Julai 2018 Lullabies Baby Balm Natural

Last month, Auroma Scents buat promo beli 4 @ Rm100 kan. Alhamdullilah ramai yang grab promo ni sebab murah. Yelah, harga 1 balm sekarang RM35 untuk 1. Dah berapa pulak jimatnya kan?

Bulan ni promo pun menarik juga.


Beli 1 balm (harga normal) RM35

pembelian ke 2 dan seterusnya dalam 1 resit akan dapat 6% Diskaun.

contoh:
beli Bedtime balm RM35
add + Happy Tummy (6% off)
add + Chesty Chest (6% off)

Total: RM100.80
(harga asal RM105.00- jimat RM4.20!)
*tak termasuk kos postage

Jadi jangan lambat-lambat grab sale July ni ok! Ajak lah kawan-kawan beli sekali, sebab pembelian 5 balm keatas akan dapat lebih lagi diskaun!

wasap sekarang 
011 1018 1916



Antara 4 balm yang perlu ada dalam Handbag

Bila ada anak kecik ni, kita as mak-mak kenalah standby macam-macam keperluan kan. Kalau dulu masa zaman tak ada anak boleh ler pakai handbag comel-comel sekarang kalau dapat shopping bag tu pun dah senang hati. Ini aku lah, aku tak tau lah korang macam mana. Aku ingat lagi masa aku zaman anak dara ke zaman belum ada anak, handbag aku macam-macam saiz, tapi semua kecik ke medium size. Bila dah ada anak, aku lebih prefer pakai backpack atau bag saiz besar. Sebab segala harta anak nak letak dalam tu. Dengan diaper, mainan, botol air, baju salin, wipes dan lain-lain. Sampai terkoyak beg aku. Sekarang bila Airis dah besar, aku cuma bawa balm-balm aku je lah sebab airis dah boleh bawak beg pack sendiri letak ape yang dia nak bawa kalau keluar.

Masa aku pergi kelas marketing 1 hari, aku tinggalkan Airis dengan babah dia. Belum setengah hari aku pergi, babah dah call tanya apa nak sapu sebab si Airis mengadu sakit perut. Nasib aku dah siap-siapkan balm Lullabies atas meja sebab aku tau, akan jadi kes macam ni & ini sebabnya balm-balm lullabies tu warnanya bright-bright sebab babah sejenis yang malas nak baca label, dia hanya nampak warna. So bila aku sebut sapu Happy Tummy dia terus tanya yang warna apa. Aku cakap je oren.  Jadi kalau ada anak-anak yang belum pandai membaca tapi dah kenal warna, korang boleh je sebut warna-warna balm tu je. Macam airis lah, sebelum tidur dia akan remind aku jangan lupa massage dia dengan balm "purple" (bedtime) heee~

Aku sejenis mak yang kalau boleh kalau keluar mana-mana, 1 lemari nak bawa pon aku tak kesah kalau boleh muat dalam kereta tu. Semua aku prepare siap-siap sebelum keluar. Sebab aku akan rasa ralat kalau aku terlupa bawa satu-satu benda tu dan nanti kalau aku tak bawa, masa tu lah nak guna! 

Pernah 1 hari tu, aku keluar beli groceries je, aku tak bawa balm-balm aku. Sebab kejap je kan. Dan-dan si airis sakit perut masa tu. Kelam kabut aku nak cari minyak nak sapu. Yang ada dalam handbag aku hanyalah "thieves hand sanitizer" dan sebab aku tau kegunaan "thieves" essential oil, jadi aku tawakal sajalah sapu dekat perut si Airis. Alhamdullilah later-later tu dia cakap dah ok. (haa..lepas ni kalau emergency aku dah taulah nak sapu apa.muahahah) Sejak dari tu aku pastikan aku angkut sekali balm-balm aku. Ye, kita tak tahu kan anak-anak kecik ni, kadang-kadang masa tu lah nak sakit perut, masa tulah nak muntah, tetiba kang batuk selsema semua. 

Aku bukan bawa semua 7 Balm Lullabies tu, ada 4 jenis balm yang aku makesure akan bawa dalam handbag aku dan memang berguna sangat keempat-empat balm ni. 

1. Happy Tummy Balm
Ini memang kena sentiasa ada. Seriously aku tak boleh tak bawa balm ni. Sebab Airis ni aku perasan memang senang sangat perut masuk angin kalau lambat makan. Kadang kalau tersalah makan atau musim-musim fullmoon tu memang dia akan sakit perut. Jadi Happy Tummy ni memang aku akan bawa. Kalau dia pening kepala ke, atau muntah Happy Tummy ni lah yang aku sapu dekat perut, betis, dan tapak kaki. Dalam Happy Tummy ni ada essential oil Ginger. Ginger (Halia) kan bagus untuk masalah angin dan melegakan perut kembung dan angin. Happy Tummy ni macam minyak Yuyi atau Kayu Putih.

2. Chesty Chest Rub
Anak tiba-tiba selsema, batuk, asma tu perkara biasa bagi aku. Aku sendiri macam tu. Jadi Chesty Chest ni lah penyelamat aku. Aku suka Chesty Chest Rub ni sebab dia macam Vicks tapi tak berangin. Sapulah dekat tekak ke, dekat hidung ke selesa je rasa dia. 

3. Bliss Balm
Ini lagi satu keperluan. Lagi-lagi kalau kulit sensetif. Aku dengan Airis memang sejenis kulit sensetif. Kang gatal lah, merah lah, ruam lah, jadi sapu jelah Bliss Balm ni. Lagi satu, Bliss Balm ni baik untuk kulit kering. Aku suka sapu balm ni dekat buku lali dan siku aku yang kering. Kalau tetiba naik jerawat pon aku sapu Bliss balm ni. Suami aku pon suka Bliss Balm ni sebab dia cakap kulit kering dia jadi lembab dan gatal-gatal cepat reda. Bliss ni bagus untuk diaper rash. Jadi kalau korang ada anak kecil yang kerap diaper rash atau ruam panas, Bliss ni insyaAllah membantu. Bukan setakat tak ada bahan kimia merbahaya tapi Bliss balm ni pon tak berangin dan bau pun wangi sangat. 

4. Bedtime Balm
Ok last balm yang aku sentiasa bawa ialah Bedtime Balm. Selain nama dia Bedtime dan bantu anak-anak tidur lena, Bedtime Balm ni baik digunakan if migrain ke, sakit kepala ke atau lenguh-lenguh pinggang dan tapak kaki. Jadi bukan lah untuk anak-anak je balm ni, untuk kita-kita juga. Aku terlalu suka Bedtime ni sebab aku ni sejenis kerap migrain dan lenguh kaki. Alhamdullilah memang sekejap je aku dah lega. 

Lullabies balm ni ada 7 jenis kesemuanya. Korang boleh usha semua jenis-jenis balm dekat LULLABIES 

Baby Balm Natural Ingredients

Friday, June 29, 2018

Anak meragam, anak tak sihat bila Bulan Mengambang

Pernah tak korang perasan atau detact dalam 1 bulan, 1 masa tu tiba-tiba anak-anak korang makin menjadi-jadi tantrum nya, makin menjadi-jadi tak sihatnya, susah tidur dan kalau yang ada ekzema, time ni tetiba ekzema flare , merenyam satu badan. Masa ni lah kalau korang dok scroll-scroll FB semua mak-mak dok sama update status "anak tak sihat" dan komen-komen "musim anak tak sihat" diulang berkali-kali.

Aku bukan lah pandai sangat bab ni, tapi semenjak aku join Young Living dan belajar tentang "parasite protocol" ni aku mula perasan bila nak start bulan mengambang (full moon) memang aku sedar semua benda kat atas tu. Actually dari airis baby lagi aku dah mula perasan tapi aku tak sure lah kenapa mak-mak selalu tanya "anak meragam tak masa full moon?" Rupanya disebabkan parasite dalam usus kita ni yang aktif masa full moon dan menyebabkan ketidakselesaan pada badan. Korang boleh google dan baca lagi detail tentang Parasite ni. Aku nak bercerita pun aku kurang mahir.

Si Airis selalu seminggu sebelum full moon dia selalu start batuk dan selsema. Sebab dia ni jarang sangat tak sihat, jadi bila aku nampak dia start berkahak tu aku cepat-cepat cek calender & yes! 1 week lagi full moon. Kalau korang seorang yang aktif dalam group-group Yong Living, mungkin korang dah biasa dengar Parasite Protocol ni sebab bila seminggu sebelum, masa tengah dan seminggu selepas full moon ni kami diajar eat clean dan ada cara-cara apply sekian-sekian essential oil untuk bunuh atau nyahkan parasite dalam usus. Tapi untuk yang bukan ahli Young Living cukuplah dengan ajar diri sendiri dan anak-anak untuk Eat Clean.

Ni lah kelemahan aku. Aku tak biasakan airis eat clean. Eat clean ni kalau boleh elakkan makan "junk food", gula, choclate, caffien, dairy - cheese,roti,susu dan segala mak nenek yang manis-manis termasuk buah-buah yang manis-manis. Lagi bagus berpuasa. rehatkan perut dan usus. Tapi bila berbuka pon janganlah mentedarah macam-macam pulak. Makan makanan yang boleh tingkatkan sistem imun badan. Macam sayuran hijau, kekacang , bawang putih, plain yogurt dan banyak lagi. Korang boleh google senarai makanan yang bantu tingkatkan sistem imun.

Airis cukup susah nak makan benda berkhasiat ni. Budak..biasalah time-time macam ni dia mesti cravings benda manis. Bukan budak je, mak budak ni pon sama. Masa nilah aku boleh beli kek, ehm... geng nya siapa je kalau bukan Airis kan? Jadi masalah kecacingan, berkahak ni memang selalu lah jadi kat airis. 

Aku selalu sapukan Lullabies BodyGuard Balm dekat tapak kaki dia time-time fullmoon ni. Kadang aku sapu jugak dekat perut sebab airis ni aku perasan, kalau fullmoon mesti gatal punggung. huhuhu. Bodyguard balm ni membantu tingkatkan sistem imun. Bukanlah anak terus tak sakit. Kalau jenis yang kerap tak sihat tu, InsyaAllah akan kurangkan % hari-hari dia tak sihat. Contoh kalau dalam sebulan tu 5 kali jumpa doktor, dengan penggunaan Bodyguard balm ni berterusan, mungkin dalam sebulan hanya 2 kal je anak jumpa doktor. Ini yang aku selalu dapat feedback dari customer aku yang memang kerap repeat beli bodyguard balm ni. Macam Airis, Alhamdullilah dia memang jarang sangat demam. Kalau batuk selsema pun nanti akan baik sendiri dan tak perlu makan ubat atau berjumpa doktor.

Selalunya aku pastikan Balm-balm Lullabies aku sentiasa stanby tepi katil. Sebab bila musim full moon ni, Airis akan selsema,batuk bawa ke tidur berkeruh dan hidung tersumbat. memang setiap beberapa jam aku terjaga dan aku sapukan Chesty Chest Rub dekat belakang badan, dada dan tapak kaki. 

Airis bila time-time fullmoon ni selalu sakit perut. Yelah makan tak control kan. Berak-berak bawak ke muntah. Tapi bukan food poisoning. cuma perutnya tak selesa. Jadi Happy Tummylah penyelamat aku. Masa dia dah start berak-berak kerap tu, aku sapukan Happy Tummy Balm. Bila dia start cakap nak muntah, aku terus sapu Happy Tummy selepas tu. Sapukan sekali dekat betis dia sebelum tidur. 

Itu hal airis. Aku pulak masalah pada ekzema. Masa inilah ekzema aku flare. Aku bukan lah teruk sangat ekzema pun, cuma kalau dah tetiba kulit aku merah-merah dan start menggaru, memang ambik masa untuk reda. Bliss balm memang aku bawa mana-mana. Sebab balm ni serasi dengan ekzema aku. Bukan aku je yang cakap gini. Customer-customer aku yang memang guna Bliss Balm pun cakap benda yang sama. Bliss balm ni kurangkan gatal dan melembabkan kulit. Pakailah konsisten korang akan perasan makin lama makin surut merah-merah tu dan sedar tak sedar korang mungkin tak perlu mengaru lagi.

Apa-apa pun ini cara aku handle anak masa full moon. Kebersihan tu jaga lah juga. Kalau keluar pergi beli groceries ke pastikan bawa antiseptic tissue atau antiseptic sanitizer . Biasakan anak-anak untuk guna. Macam aku, aku pilih Young Living Thieves Spray dan sanitizer sebab tanpa kimia merbahaya.





Hari raya,Makcik Pakcik Bawang dan bila anak dah "ready" nak Adik.

Alhamdullilah,dah 2 minggu kan kita beraya. Kejap je aku rasa. Ye lah aku duduk kampung start dari Airis cuti sekolah sampai  seminggu raya. Jadi dah berapa banyak open house korang pergi? Soalan tepat untuk aku ialah "dah berapa KG berat aku naik?" sebab aku tak pergi mana-mana open house pon cuma aku dok menghadap kuih raya macam esok dah nak habis raya. huhuhu

Bila tiba musim-musim perayaan, macam biasalah mesti jumpa ramai sedara mara kan? Seronok memang seronok. Sebab dah lama tak jumpa, ni jelah masa yang kita nak jumpa, borak-borak. Tahun ni aku beraya rumah mentua. Ye, turn sebelah suami. Kau tahu betapa liatnya aku nak packing balik rumah mentua. Kadang aku sampai cakap kat diri sendiri "kalaulah ada rezeki aku pregnant bulan puasa ni bagus kan, tak payah nak heboh-heboh kena masak nanti" tapi dah niat tak baik, Allah pun tak perkenankanlah, heh~ aku datang bulan masa 2nd week puasa. Jadi masa raya takde lah berita terbaru aku atau takde lah update "Im Pregnant

Tipulah sepanjang beraya takde soalan cepumas dari Makcik Pakcik bawang. Hey..aku dah menghadap soalan ni hampir 8 tahun pun. Start awal perkahwinan aku pun dah ditanya soalan ni, masuk tahun ke2 lagi lah kuat soalan ni bunyi. Lepas airis lahir, masuk airis 6 bulan pun keluar juga soalan ni.Sekarang Airis dah 5 tahun..masih soalan yang sama tapi bukan pada aku, tapi pada Airis.

"Airis taknak adik ke?"
"Tengok si XXX tu, ada adik. seronok. Main sama-sama. ni kalau semua dah balik, airis tinggal sorang. Main sorang-sorang. Tak best"

Panas je telinga aku dengar. Airis pandang aku, aku senyum je. Then dia sambung main. Tapi masa aku solat, dia datang kat aku tanya "Kenapa airis takde adik, mamy? Lambatlah Allah nak kasi airis adik. Airis nak adik.."

Puas aku explain, Allah tak bagi bukan sebab Allah tak sayang Airis. Allah belum nak hantar lagi. Sebab Allah nak hantar yang paling Best Adik in the world untuk Airis. So Airis boleh jadi The Best Kakak in The World. Then aku suruh dia doa hari-hari. Ye, aku dengar dia doa. maknanya dia memang nak sangat adik. Bertabahlah wahai anak. 

Bukan aku dengan suami aku taknak anak lagi. Tipulah.
Kalau boleh aku nak anak ramai. Sebab bagi aku, adik beradik ni lah tempat kita mengadu nasib, susah senang macam aku dengan adik beradik aku. Kalau aku sesak, dorang tolong. Kalau aku stress dorang lah yang tadah telinga dengar masalah aku. Kalau dah takde kawan nak berjalan ke, gosip ke, ape ke adik-adik kaulah yang hiburkan kau. Ye, aku doa Airis ada adik beradik yang rapat dan sayang each other. Aku tak nak dia sorang-sorang bila aku tak ada nanti. 

Aku rasa bukan aku je face benda ni kan? Setiap kali soalan ni datang, aku membayangkan kawan-kawan atau sedara mara aku yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Lagi peritkan perasaan dorang? Sedara mara sebelah mak aku sendiri ada yang dah 10 tahun kahwin masih belum ada anak. Kawan-kawan aku juga pun ada yang senasib. Aku malas sikit nak layan kalau orang yang baru 1 tahun kawin melalak-lalak update FB ke IG ke soalan pakcik makcik bawang ni. Setiap bulan update emoji sedih-sedih sebab datang bulan. heh~ sebab bagi aku, setahun dua kawin tu ialah masa kau nak Honeymoon dan mengenali pasangan kau masing-masing. Percayalah, bila ada anak kehidupan kau akan bertukar 360 darjah. Masa tu kau jangan update "need me time" sebab masa Allah kasi kau me time tu kau sibuk mintak macam-macam. huh!

Apa-apa pun semua ni Rahsia Allah. Aku ke, makcik bawang ke, pakcik bawang ke tak tahu ape sebenarnya yang Allah dah tetapkan. Mungkin bukan sekarang airis ada adik, mungkin bulan depan? mungkin tahun depan? atau mungkin Allah tu cakap cukuplah 1, jaga baik-baik, didik baik-baik. 

Untuk Pakcik Makcik bawang, aku tak marah atau ambik hati. Aku anggap tu 1 gurauan atau 1 soalan ramah nak mengeratkan silaturahim. Aku anggap itu 1 doa. Moga Allah balikkan kebaikan dan rahmat.

Aku doakan yang membaca entri aku ni, yang masih belum dikurniakan cahaya mata atau yang senasib dengan aku, moga Allah makbulkan doa-doa kalian untuk menimang cahaya mata dalam masa-masa terdekat ni. Aaaminn Allah Ya Mujib.

Yang masih 1 anak nya, jaga dan didik lah amanah Allah itu dengan baik. Beri kasih sayang yang secukupnya. 

Syukur Alhamdullilah.
Allah belum beri aku cahaya mata ke-2 tapi Allah beri aku rezeki yang banyak dekat bisness Lullabies balm ni. Alhamdullilah Allah izinkan aku bantu mak-mak beranak kecil ni dengan Lullabies Balm  

Korang yang nak beli atau tengah mencari balm baby dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia terlarang boleh usha IG LULLABIES BALM ok


Thursday, February 8, 2018

Home Sweet Home...

Assalamualaikummmmmmmmm yaaaaa ahli BLOGGER!
Astagfirullahh aku hampir lupa password blog ni ok! Tu maknanya dah berkurun aku tak menulis. Aku suka menulis, tak kesah lah ada orang sudi baca ke tak tapi aku tau ada yang suka baca blog aku ni sebab lately ni aku dapat banyak whatsapp nak beli Lullabies Balm yang dapat contact no aku dari blog.

Mintak maaf banyak-banyak, aku semakin malas nak menulis dalam ni. Aku lebih ligat dekat dunia Instagram dan facebook . Sebabnya aku dok masuk kelas Copy writing dengan kelas Photography untuk mantapkan lagi skill-skill aku dalam dunia Bisness ni. Lagi pun masa aku suntuk sangat. Jangan harap laaa aku nak menghadap laptop time si Airis ada. Baru taip 1 ayat ada je drama nanti.. Fuhh! bukan benda senang... (bagi aku lahh)

Sekarang aku ada masa 1 jam nak menulis . Aku rindu menulis. Bayangkan rindunya tu sampai nak tidur pon aku terbayang-bayang ayat yang aku nak taip, nak share, nak update. Tapi buatnya tak jugak. huhuhu

Laptop aku pulak jadi most wanted dekat rumah ni sebab dedua lelaki dalam rumah ni laptopnya jahanam! so dorang mungkin akan mengjahanamkan laptop aku jugak sebab laptop ni pon kang jap-jap mati sendiri. huhuhu mohon kekuatan laaa untuk aku and laptop aku ni survive.

Dah masuk bulan Feb 2018 kan, kenapa aku rasa kejap sangat. Aku masih terkejar itu ini lagi..huhuhu 2018 ni rupanya lagi mencabar.

eh aku rasa aku nak [dot] com kan blog ni. boleh bagi pendapat ape aku nak buat?